Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Baca selanjutnya...
10 September 2026
Dewan Seminar, Bahagian Latihan Perhutanan, Jalan Foxworthy,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong
Taklimat dan Latihan Pelaksanaan Operasi Banci Ekonomi 2026 (BE2026) Fasa 3 Pejabat Perangkaan Gombak telah diadakan bagi memberikan penerangan kepada anggota PPG yang terlibat dalam operasi lapangan BE2026 Fasa 3.
Sesi yang dirasmikan oleh Puan Pengarah DOSM Selangor, YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa ini telah membincangkan isu serta strategi pengumpulan data bagi memastikan operasi lapangan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Selain itu, anggota turut diberikan panduan mengenai kaedah menjawab soalan dalam borang soal selidik panjang dengan tepat bagi mengurangkan kesilapan semasa proses pengisian.
![]() |
| pengerusi majlis, pembaca doa & ucapan perasmian oleh Puan Pengarah |
![]() |
| barisan penceramah |
Pelaksanaan taklimat dan latihan ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman, kecekapan serta kesediaan anggota dalam melaksanakan tugasan pengumpulan data bagi menjamin kelancaran dan kualiti pelaksanaan Banci Ekonomi 2026.

























