Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

Showing posts with label Sahabat Statistik. Show all posts
Showing posts with label Sahabat Statistik. Show all posts

27 Oct 2019

Program Sahabat Statistik 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Operasi Gombak (POG) DOSM Selangor telah menganjurkan Program Sahabat Statistik sempena Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan Ulang Tahun ke-70 Jabatan Perangkaan Malaysia pada 26 Oktober 2019 di Kampung Melayu Batu 16, Rawang.

Program yang dirasmikan oleh Tuan Md. Sabri bin Md. Taib, Ahli Majlis Zon 14 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah dihadiri oleh penduduk kampung sekitar Kampung Melayu Batu 16, Rawang.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Sesi Literasi Statistik, FitDOSM@Senamrobik, pertandingan mewarna dan melukis bagi kanak-kanak, pameran produk jabatan, pemeriksaan kesihatan percuma yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gombak serta gerai jualan.




Semoga program ini dapat menjalin dan mengeratkan lagi hubungan antara DOSM dengan komuniti sekitar seterusnya meningkatkan literasi statistik di kalangan masyarakat.




Baca selanjutnya...

15 Oct 2017

Program Sahabat Statistik Bersama Komuniti 2017 sempena Hari Statistik Negara

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

14 Oktober 2017 (Sabtu) - Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Program Sahabat Statistik : Merakyatkan Statistik Bersama Komuniti bertempat di  Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Selayang. Program ini diadakan sebagai salah satu acara bersempena Hari Statistik Negara yang diisytiharkan disambut pada 20 Oktober setiap tahun.

Kumpulan sasaran yang dijemput menghadiri program ini adalah para Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK dalam seluruh Daerah Gombak yang meliputi 5 mukim dan 49 kampung. 

Objektif program ini adalah seperti berikut: 

1. Mempromosi serta memperkenalkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) khususnya PO Gombak di kalangan komuniti setempat;

2. Menjalinkan kerjasama yang baik antara Jabatan dan komuniti agar kepentingan data statistik dapat disebarkan selaras dengan objektif Jabatan untuk merakyatkan statistik;

3. Penganjuran aktiviti pameran  yang akan memperkenalkan produk serta survei yang dijalankan oleh Jabatan khususnya persediaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020; dan

4. Memupuk semangat ukhuwah dan kerjasama berpasukan sesama anggota Jabatan demi meningkatkan kecemerlangan Jabatan. 

 Lokasi Program, urusetia pendaftaran dan ketibaan Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri dan Ketua Penolong Pengarah, En. Mohd Suhaidi


Ketibaan para tetamu jemputan

Tetamu jemputan memenuhi dewan kuliah



Aturcara Program

Pembentangan oleh Ketua Pejabat Operasi Gombak, En. Frankie anak Albert Antau; 
Fungsi dan Peranan DOSM: Penjana Statistik Negara.

  Pembentangan oleh Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris; 
Peranan Statistik Dalam Memacu Kemakmuran Dan Kesejahteraan Rakyat: 
Bersama Kita Menyumbang Ke Arah Data Yang Lebih Baik.

Pembentangan oleh Pegawai Ibu Pejabat Polis Gombak, Inspektor Muhammad Faiz bin Abu Samah; Kerjasama PDRM Bagi Melancarkan Tugas Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tayangan Montaj & Sesi Interaktif

Booth Pameran.

Penyerahan Sijil Penyertaan & Cenderahati

 bergambar ramai-ramai

tak wefie tak sah

 ramai-ramai mengucapkan Selamat Hari Statistik Negara!!!

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari

 pelbagai ragam

 free style!!!

 wefie lagi sebelum balik

Syabas dan tahniah kepada semua anggota yang terlibat menjayakan program ini. Terbukti hasil kerjasama berpasukan yang padu, kita mampu menjayakan program ini dengan cemerlang serta mendapat maklum balas positif dari para jemputan yang kini lebih mengenali dan memahami fungsi dan peranan DOSM.

#POG Ohsem

 
Baca selanjutnya...

12 Nov 2013

Hari Sahabat Statistik bersama Komuniti Taman Widuri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Pada 10 November 2013 (Ahad), bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, Pejabat Operasi Gombak dengan kerjasama Komuniti Taman Widuri 2 telah mengadakan Program Hari Sahabat Statistik bersama masyarakat bertempat di  Padang Taman Widuri 2, Bukit Sentosa, Rawang. 

Program ini diadakan buat julung-julung kalinya di peringkat Jabatan Perangkaan Malaysia, dan P.O Gombak menjadi pelopornya.

Objektif program ini adalah seperti berikut:


  •       Mempromosi serta memperkenalkan Jabatan Perangkaan Malaysia khususnya PO Gombak di kalangan isi rumah terutama di kawasan yang sukar mendapat kerjasama dalam penyiasatan rutin dijalankan oleh jabatan.
  •       Menjalinkan kerjasama yang baik antara Jabatan dan komuniti agar kepentingan data statistik dapat disebarkan.
  •       Selain itu, pameran  bagi memperkenalkan produk/penyiasatan yang dijalankan oleh Jabatan khususnya Penyiasatan Isi Rumah.


Program ini dianggarkan telah dihadiri oleh 150 orang penduduk Taman Widuri dan penduduk sekitarnya. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-


  •     Pameran – produk/penyiasatan Jabatan Perangkaan serta booth kuiz yang menyediakan 20 unit hadiah
  •       Booth ’rent survey’ (pendaftaran sewa rumah)
  •       Ceramah berkenaan Jabatan Perangkaan  
  •       Sukaneka
  •       Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
  •       Cabutan bertuah
  •       Pertandingan tarik tali antara Jabatan & Komuniti


Saksikan kemeriahan sepanjang program berlangsung :

pembuka acara... senamrobik
pendaftaran para tetamu
ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan doa
ucapan aluan ketua POG, En Frankie anak Albert Antau
ucapan Pengerusi Komuniti taman Widuri 2, En Muhamed Nizam b. Sanan
ucapan dan perasmian oleh Pengarah JP Selangor, Tn. Hj. Ibrahim b Jantan
penyampaian cenderahati kepada pihak komuniti
para hadirin
pameran dan kuiz
sukaneka dan pertandingan mewarna
pertandingan tarik tali menentang  pasukan komuniti Taman Widuri 2

penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

sebahagian krew

tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program


Ucapan tahniah dari Ketua P.O Gombak, En. Frankie anak Albert Antau :
Tahniah diucapkan kepada semua Warga POG kerana telah berjaya menganjurkan Program Sahabat Statistik pada 10 November 2013 yang lepas di Taman Widuri, Bukit Sentosa Rawang. Terima kasih juga saya ucapkan atas komitmen padu yang telah ditunjukkan oleh semua dalam menjayakan program ini. Bukan mudah hendak menganjurkan program seperti ini tetapi dengan adanya kerjasama yang telah diberikan oleh semua sekali telah berjaya menjadikan segala usaha dan penat lelah kita berbaloi dengan adanya respon positif daripada masyarakat di Taman Widuri. Syabas dan saya bangga dengan semua Warga POG. Terima kasih juga atas segala sokongan tuan/puan.



































Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.