Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

19 Mar 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersempena lebaran yang bakal menjelma, kami warga Pejabat Perangkaan Gombak, DOSM Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M. 




Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan di samping dapat meluangkan masa indah bersama keluarga tersayang.

Bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan anda selamat dan dipermudahkan. Pandulah dengan cermat dan berhati-hati di jalan raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Baca selanjutnya...

17 Mar 2026

Taklimat Operasi Fasa 2 Banci Ekonomi 2026 PPG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17 Mac 2026 - Dikongsikan sekitar Taklimat Pelaksanaan Operasi Banci Ekonomi 2026 Fasa 2, peringkat Pejabat Perangkaan Gombak yang diadakan di Dewan Simfoni, Bukit Lagong, Selayang.

Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan yang menyeluruh kepada para pembanci serta pegawai yang terlibat berkaitan kaedah pelaksanaan operasi, pematuhan garis panduan yang ditetapkan serta penyelarasan tugasan di lapangan. 

Inisiatif ini adalah bagi memastikan pelaksanaan Operasi Banci Ekonomi 2026 Fasa 2 dapat dijalankan secara sistematik, teratur dan berkesan.







Diharapkan melalui sesi taklimat ini, semua petugas akan lebih bersedia dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing, seterusnya menyumbang kepada pengumpulan data yang berkualiti, tepat dan menepati piawaian yang telah ditetapkan.

Baca selanjutnya...

16 Mar 2026

Majlis Berbuka Puasa PPG 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

16 Mac 2026 bersamaan 26 Ramadan 1447H (Isnin) - Kelab Pejabat Perangkaan Gombak telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Restoran Dapur Unggun.







Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama anggota dan ahli keluarga masing-masing. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.