Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

28 Aug 2026

Program Merdeka 'Brisk Walk' Pejabat Perangkaan Gombak 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tarikh: 28 Ogos 2026
Masa: 7.30 – 9.00 pagi
Tempat: Taman Tasik Taman Bersatu, Rawang

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026,  Pejabat Perangkaan Gombak telah menganjurkan Program Merdeka "Brisk Walk" 2026.

Selain menyemarakkan lagi semangat patriotisme menerusi nyanyian lagu patriotik dan laungan merdeka, program turut dimeriahkan dengan aktiviti "brisk walk" warga DOSM Gombak.
Terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh seluruh warga DOSM Gombak sepanjang program berlangsung. 












Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 Malaysia! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Baca selanjutnya...

27 Aug 2026

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rozan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Rozan bin Sulaiman, Pembantu Perangkaan E2 (TBK1), telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 27 Ogos 2026 di Hospital Sungai Buloh dan dinamakan Hafiz Saif bin Rozan.


Tahniah kepada En. Rozan dan isteri sempena kelahiran cahaya mata ketiga mereka itu.

Seluruh warga kerja PPG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

14 Aug 2026

Sesi Lawatan Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Gombak, 14 Ogos 2026 – Pejabat Perangkaan Gombak telah menerima kunjungan seramai 11 orang Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran,  Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh bagi sesi perkongsian maklumat dan lawatan untuk kajian kawasan operasi di Daerah Gombak.

Sesi ini turut memberi peluang kepada para pelatih untuk mendapatkan pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas mengenai peranan DOSM sebagai agensi utama dalam pengumpulan, penghasilan dan penyebaran statistik rasmi negara, khususnya data yang berkaitan dengan kawasan operasi di Daerah Gombak.




Terima kasih atas kunjungan ke Pejabat Perangkaan Gombak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi pengalaman yang berguna kepada semua pelatih.

Baca selanjutnya...

3 Aug 2026

Sekalung Tahniah dan Selamat Bertugas kepada Timbalan Pengarah DOSM Selangor yang baharu

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga kerja Pejabat Perangkaan Malaysia Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Suhaidi bin Abdul Rais, atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor berkuatkuasa 3 Ogos 2026.



Semoga pelantikan ini membawa kejayaan berterusan kepada DOSM Selangor dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik serta memacu kecemerlangan statistik negara, khususnya di Negeri Selangor.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.