Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Baca selanjutnya...
30 Jun 2026 (Selasa) :
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 & Jasamu Dikenang 2026 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Peringkat Zon Tengah telah selesai diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di mana kali ini DOSM Selangor menjadi tuan rumah.
Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin; Ketua Perangkawan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa; Pengarah DOSM Selangor dan Puan Hartini binti Yaacob; Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan.
Pada majlis ini, seramai 16 orang pegawai Tetap dan 13 Personel MyStep (PMS) DOSM Selangor menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan. Pengiktirafan ini adalah bukti kepada komitmen, dedikasi, disiplin serta kecemerlangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang, serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga DOSM Selangor untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Turut diraikan pada majlis ini ialah para pesara DOSM Selangor iaitu En. Mohd Najib bin Mohd Yusof dan En. Pakhrughazi bin Mohamed. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Semoga para pesara sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.
Seluruh warga PP Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025, khususnya kepada anggota PP Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Aidil Ariff bin Asyurisham (Pembantu Perangkaan E1), Puan Hamizah bt Ahmad (PMS) dan Cik Wafiy Aida bt Harizam (PMS).
Montaj Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) DOSM Zon Tengah 2025

Semoga kecemerlangan mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga PPG yang lain untuk berkhidmat lebih cemerlang seterusnya menjadi pemangkin meningkatkan prestasi ke arah kecemerlangan jabatan.






























