Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

28 Aug 2026

Program Merdeka 'Brisk Walk' Pejabat Perangkaan Gombak 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tarikh: 28 Ogos 2026
Masa: 7.30 – 9.00 pagi
Tempat: Taman Tasik Taman Bersatu, Rawang

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026,  Pejabat Perangkaan Gombak telah menganjurkan Program Merdeka "Brisk Walk" 2026.

Selain menyemarakkan lagi semangat patriotisme menerusi nyanyian lagu patriotik dan laungan merdeka, program turut dimeriahkan dengan aktiviti "brisk walk" warga DOSM Gombak.
Terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh seluruh warga DOSM Gombak sepanjang program berlangsung. 












Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 Malaysia! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Baca selanjutnya...

21 Apr 2026

Audit Pemantauan Pensijilan ISO/IEC 27001:2022 (ISMS) Tahun 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Audit pemantauan bagi pensijilan ISO/IEC 27001:2022, Information Security Management System (ISMS), telah dilaksanakan pada 20 hingga 21 April 2026 di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor melibatkan Pejabat Shah Alam, Pejabat Perangkaan Kajang serta Pejabat Perangkaan Gombak.

Sesi penilaian ini telah dihadiri oleh Tuan Azran bin Mohammad Ridzuan dan Tuan Rahim bin Ngatman, auditor daripada SIRIM Berhad. Turut hadir bersama wakil daripada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan (BPHPP), Ibu Pejabat DOSM.




Tujuan utama audit:
i. Menilai keberkesanan pelaksanaan ISMS;
ii. Memastikan tahap kebolehpercayaan sistem pengurusan keselamatan maklumat;
iii. Menilai tahap pematuhan terhadap keperluan standard ISO/IEC 27001:2022; dan
iv. Mengenal pasti peluang penambahbaikan berterusan dalam sistem pengurusan yang diamalkan.

Baca selanjutnya...

19 Mar 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersempena lebaran yang bakal menjelma, kami warga Pejabat Perangkaan Gombak, DOSM Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M. 




Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan di samping dapat meluangkan masa indah bersama keluarga tersayang.

Bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan anda selamat dan dipermudahkan. Pandulah dengan cermat dan berhati-hati di jalan raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Baca selanjutnya...

5 Jan 2026

Selamat Datang & Selamat bertugas kepada Pengarah Baharu DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀:

𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐙𝐀𝐊𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐈𝐒𝐀 
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑


Warga DOSM Selangor mengucapkan selamat datang kepada YBrs. Puan Siti Zakiah Binti Muhamad Isa atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor. Kami amat berbesar hati menerima kehadiran puan sebagai peneraju baharu di DOSM Selangor.

Ikhlas daripada Warga Kerja DOSM Selangor.
Baca selanjutnya...

16 Dec 2025

Program Kampung Angkat Madani di Kampung Baharu, Sabak Bernam

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13-15 Disember 2025 - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menganjurkan Program Kampung Angkat Madani bertempat di Kampung Baharu, Sabak Bernam yang juga merupakan kampung kelahiran Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.


Warga PPG turut terlibat menjayakan program tersebut selaku jawatankuasa logistik.

Pelbagai aktiviti dalam Program Kampung Angkat MADANI telah dilaksanakan dengan jayanya yang memberi manfaat kepada warga Kampung Baharu:

Larian FitDOSM Santuni Kampungku MADANI

Kejohanan Bola Sepak Bawah Umur 10 & 12 tahun  Piala Ketua Perangkawan Malaysia 2025

Pertandingan Memasak & Dekorasi Pulut Kuning MADANI

Majlis Rewang Santuni Kampungku MADANI

Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh

Majlis Makan Malam Santuni Kampungku MADANI

Pertandingan Gubahan Buah-buahan Kampungku MADANI

Promosi Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026

Sukaneka Kampungku MADANI bagi kategori kanak-kanak dan dewasa

Pertandingan Memancing Kampungku MADANI

Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma 

Mercu tanda Kampung Angkat Madani


GALERI KENANGAN WARGA PPG





















Baca selanjutnya...

30 Aug 2025

Salam Kemerdekaan ke-68 dari Warga PPG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

DOSM Gombak mengucapkan Salam Kemerdekaan ke-68 kepada seluruh warga DOSM dan rakyat Malaysia.


Terbang Tinggi Si Burung Merpati,
Hinggap Sebentar Di Atas Dahan,
Sudah 68 Tahun Kemerdekaan Dirai,
Negara Sejahtera Penuh Kenangan

Sebagai tanda semangat Kemerdekaan, kami kongsikan video khas Merdeka daripada kami semua.


𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜

Baca selanjutnya...

20 Aug 2025

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Daerah Hulu Selangor Tahun 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

20 Ogos 2025 – Kuala Kubu Bharu

DOSM Gombak telah menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Daerah Hulu Selangor Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor bertempat di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Dalam perhimpunan ini juga YBrs. Tuan Haji Yuhanas Auree bin Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua ketua jabatan di Daerah Hulu Selangor bersempena dengan Bulan Kemerdekaan.






Bagi pihak DOSM Gombak, kehadiran telah diwakili oleh En. Abdul Rahim bin Shaharudin dan En. Aidil Ariff bin Asyurisham.
Baca selanjutnya...

4 Aug 2025

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

4 Ogos 2025 (Isnin) - Pejabat Perangkaan Gombak turut strim secara langsung Majlis Perhimpunan Penjawat Awam bersama-sama YAB Dato' Menteri Besar Selangor dan Pelancaran Bulan Kebangsaan serta Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025.







Baca selanjutnya...

14 Feb 2025

Amanat YBhg Dato’ Sri Ketua Perangkawan Malaysia sempena 8 Tahun menerajui DOSM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, 14 Februari 2025 merupakan satu tarikh yang amat bermakna bagi saya, kerana genap lapan tahun saya diberi amanah untuk menerajui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Tempoh ini bukan hanya sekadar perjalanan profesional, tetapi juga sebuah pengalaman yang membentuk diri saya sebagai seorang pemimpin dan penjawat awam yang terus berkhidmat untuk negara dan rakyat.

Sepanjang tempoh ini, saya telah menyaksikan transformasi besar dalam dunia perangkaan—daripada pendekatan tradisional kepada penggunaan teknologi data raya, kecerdasan buatan (AI), dan analitik lanjutan. Dalam menghadapi cabaran ekonomi, sosial, dan pandemik yang melanda dunia, kita di DOSM sentiasa memastikan bahawa setiap data yang disampaikan adalah tepat, telus, dan berimpak tinggi untuk menyokong kepada setiap dasar-dasar negara yang dilaksanakan.

Sebagai Ketua Perangkawan, saya memandang statistik sebagai nadi kehidupan negara. Statistik bukan hanya sekadar angka-angka yang tercatat dalam laporan, tetapi ia adalah cerminan realiti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam tempoh lapan tahun ini, kita telah menerbitkan pelbagai laporan yang memberikan gambaran menyeluruh tentang keadaan ekonomi, sosial, dan demografi negara. Melalui kajian dan penyelidikan yang mendalam, kita membekalkan data yang menyokong keputusan penting dalam pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan kesejahteraan sosial negara.

Sebagai contoh, statistik tentang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kadar pengangguran, inflasi, dan kadar kemiskinan adalah sebahagian daripada indikator penting yang memberi kesan langsung kepada kebijakan kerajaan dalam merangka dasar. Selain itu, statistik penduduk dan perumahan, pendidikan dan kesihatan adalah sandaran utama dalam merancang masa depan yang lebih cerah untuk rakyat Malaysia.

Namun begitu, statistik tidak hanya terhad kepada angka. Saya selalu mengingatkan anggota DOSM bahawa setiap data yang kita kutip adalah tentang kehidupan sebenar, tentang keluarga yang bergantung pada bantuan kerajaan, anak-anak yang sedang membesar, dan pekerja yang berusaha memperbaiki kehidupan mereka. Setiap angka mencerminkan harapan dan impian rakyat Malaysia, dan ini adalah tanggungjawab kita untuk memastikan ketepatan dan integriti pada setiap data dan angka yang dipersembahkan.

Dalam usaha kita memastikan negara bergerak ke arah yang lebih maju, saya percaya bahawa pemimpin statistik bukan hanya seorang yang mementingkan kecekapan teknikal, tetapi juga berpegang teguh pada prinsip integriti, ketelusan, dan dedikasi. Saya amat berbangga kerana dapat bekerja bersama-sama dengan warga DOSM yang berkaliber dan berdedikasi, yang sentiasa memastikan bahawa tugas kami bukan sekadar mengeluarkan statistik, tetapi amanah yang harus dipenuhi dengan penuh rasa tanggungjawab.

Setiap pencapaian yang kita raih hari ini adalah hasil daripada kerja keras dan ketabahan kalian semua. Kejayaan kita bukan hanya diukur dengan laporan statistik, tetapi juga dengan impaknya terhadap kehidupan rakyat.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga DOSM. Kejayaan kita hari ini bukanlah usaha seorang individu, tetapi hasil kerja keras, dedikasi, dan semangat berpasukan yang luar biasa. Tanpa sokongan anda semua, tidak mungkin kita dapat mencapai tahap yang kita nikmati hari ini.

Terima kasih juga kepada pengguna data dan statistik di seluruh pelosok yang terus memberikan sokongan kepada kami dalam memastikan negara ini sentiasa bergerak maju dengan data yang berkualiti. Bersama-sama, kita akan terus menggalas tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi, bersemangat, dan terus menjadi pemacu utama untuk kemajuan negara tercinta, Malaysia.
Statistik segalanya pasti.

Sumber : Facebook DrUzir Mahidin


Baca selanjutnya...

7 Jan 2025

Majlis Amanat Tahun Baru 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selasa, 7 Jan 2025  


Warga POG turut sama mendengar Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Soft Launch MyMets secara atas talian. 

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri DrUzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.




Selamat Tahun Baru 2025. Semoga tahun 2025 ini membuka lembaran dan semangat baharu kepada kita semua.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.