Sepatah Dua Kata
3 Oct 2026
Kejohanan Bowling DOSM Selangor 2026
15 Sept 2025
Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2025
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pada 11-13 September 2025, telah berlangsung kejohanan Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) kali ke-14. Dalam temasya kejohanan edisi kali ini, Zon Selatan (DOSM Johor, DOSM Melaka dan DOSM Negeri Sembilan) telah menjadi tuan rumah dan telah diadakan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Muar, Johor.
BACA: SUKAN STATISTIK KEBANGSAAN KE-13, 2022
Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, sepak takraw, tarik tali, futsal, badminton, bola tampar, acara balapan, ping pong, perbarisan, permainan dalaman dan e-sukan.
Pada SSK kali ini, seramai 15 anggota PPG telah terpilih untuk mewakili kontinjen Zon Tengah dalam beberapa acara iaitu:
1. Puan Jay Purani a/p Arumugam (Balapan & Cross Country)
2. Nik Zafifah bt Nik Ibrahim (Balapan & Cross Country)
3. Akmar Harfizi bin Adanan (Balapan & Cross Country)
4. Mohamad Bazri b. Abu Bakar (Sepak Takraw)
5. Azeman b. Shaari (Sepak Takraw)
6. Ali b. Ahmad (Sepak Takraw)
7. Muhammad Yazid bin Mohamed Yunus (Sepak Takraw)
8. Rohaizad bin Mohamad Hashim (Tarik tali)
9. Mohamad Zulrusdi b. Mohd Zain (Futsal lelaki)
10. Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab ((Futsal veteran)
11. Rozan b. Sulaiman (Bola Tampar lelaki)
12. Azureen bt Mohd Sirojuddin (Perbarisan)
13. Noriza bt Ali (Perbarisan)
14. 'Ainun Sa'adah bt Hj Abd Rahim (Perbarisan)
15. Mohd Fadzly b. Mohd Noor (Pen. Pengurus pasukan Ping Pong)
Pasukan Zon Utara (DOSM Perak, DOSM Pulau Pinang, DOSM Kedah dan DOSM Perlis) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan SSK untuk edisi ini. Zon Ibu Pejabat Putrajaya & ILSM di tempat kedua, manakala pasukan Zon Tengah (DOSM Wilayah Persekutuan dan DOSM Selangor) telah meraih kedudukan tempat ketiga. Syabas dan tahniah diucapkan buat para atlet yang telah bertungkus lumus berjuang dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Jutaan terima kasih kepada semua urusetia, penyelaras acara sukan, pemain dan penyokong Zon Tengah yang telah berusaha gigih dan memberi komitmen yang tinggi. Semoga dalam kejohanan akan datang kita mampu untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Syabas dan tahniah buat semua.
18 Aug 2025
Karnival Sukan & Statsrun Sarawak 2025
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
14-17 Ogos 2025- Kuching, Sarawak.
Kontinjen Zon Tengah yang terdiri daripada atlet-atlet dari DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan telah menyertai Sarawak Sports Carnival 2025 yang berlangsung di Sarawak Sports Village pada 14 – 17 Ogos 2025.
Sepanjang karnival ini, kontinjen Zon Tengah telah menyertai pelbagai acara seperti perbarisan kontinjen, bola sepak dan bola jaring yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga menonjolkan semangat setiakawan, disiplin serta kebersamaan antara jabatan dan zon.
Tidak cukup dengan itu, para peserta turut menyertai Sarawak Statsrun 2025 yang berlangsung di Dataran Waterfront, Kuching pada 17 Ogos 2025.
Penyertaan ini bukan sekadar bersaing di arena sukan, malah menjadi platform untuk memperkukuh jaringan ukhuwah, kerjasama serta membina semangat kebersamaan antara jabatan di seluruh negara.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas usaha gigih, semangat kesukanan dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang karnival ini walaupun pasukan Zon Tengah tidak berjaya memperolehi keputusan yang membanggakan dalam acara yang disertai kali ini. Semoga beroleh pencapaian yang lebih baik dalam Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) di Pagoh nanti.
.jpeg)

















































