Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

19 Mar 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersempena lebaran yang bakal menjelma, kami warga Pejabat Perangkaan Gombak, DOSM Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M. 




Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan di samping dapat meluangkan masa indah bersama keluarga tersayang.

Bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan anda selamat dan dipermudahkan. Pandulah dengan cermat dan berhati-hati di jalan raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Baca selanjutnya...

17 Mar 2026

Taklimat Operasi Fasa 2 Banci Ekonomi 2026 PPG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17 Mac 2026 - Dikongsikan sekitar Taklimat Pelaksanaan Operasi Banci Ekonomi 2026 Fasa 2, peringkat Pejabat Perangkaan Gombak yang diadakan di Dewan Simfoni, Bukit Lagong, Selayang.

Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan yang menyeluruh kepada para pembanci serta pegawai yang terlibat berkaitan kaedah pelaksanaan operasi, pematuhan garis panduan yang ditetapkan serta penyelarasan tugasan di lapangan. 

Inisiatif ini adalah bagi memastikan pelaksanaan Operasi Banci Ekonomi 2026 Fasa 2 dapat dijalankan secara sistematik, teratur dan berkesan.







Diharapkan melalui sesi taklimat ini, semua petugas akan lebih bersedia dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing, seterusnya menyumbang kepada pengumpulan data yang berkualiti, tepat dan menepati piawaian yang telah ditetapkan.

Baca selanjutnya...

16 Mar 2026

Majlis Berbuka Puasa PPG 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

16 Mac 2026 bersamaan 26 Ramadan 1447H (Isnin) - Kelab Pejabat Perangkaan Gombak telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Restoran Dapur Unggun.







Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama anggota dan ahli keluarga masing-masing. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini.

Baca selanjutnya...

16 Feb 2026

Salam Takziah En. Akmar Harfizi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Dukacita dimaklumkan bahawa Ibu kepada Encik Akmar Harfizi bin Adenan, Pembantu Perangkaan E1, Pejabat Perangkaan Gombak, DOSM Selangor telah kembali ke rahmatullah pada 16 Februari 2026 (Isnin) bersamaan 28 Syaaban 1447H. Jenazah Allahyarhamah Puan Ratipah binti Abu Seman telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peseri Abi, Kangar, Perlis.

Sekalung takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah. Marilah kita semua, warga Jabatan Perangkaan Malaysia yang beragama Islam menghadiahkan bacaan Al-Fatihah serta diiringi doa memohon agar seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberi ketabahan dan kesabaran di atas pemergian Allahyarhamah yang dikasihi. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat juga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.  
Baca selanjutnya...

21 Jan 2026

Sesi Perjumpaan Pengarah DOSM Selangor bersama Warga PPG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

21 Januari 2026

Selesai turun padang meninjau kerja-kerja operasi di lapangan Banci Ekonomi 2026 di Taman Selayang Jaya, YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa, Pengarah DOSM Selangor telah berkunjung ke Pejabat Perangkaan Gombak untuk Sesi Perjumpaan bersama warga PPG.

Sesi ini bertujuan untuk berkenalan dengan anggota PPG serta meninjau operasi PPG bagi memperkukuh peranan dalam pengumpulan dan penyampaian data statistik. Fokus utama adalah meningkatkan kecekapan kerja, mengenal pasti cabaran, dan memastikan data yang dikumpul berkualiti serta relevan untuk pembangunan daerah.



Terima kasih kepada YBrs. Puan Pengarah kerana sudi hadir ke pejabat kami.
Baca selanjutnya...

Operasi Kerja Lapangan Banci Ekonomi 2026 di Taman Selayang Jaya

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

21 Januari 2026

Dikongsikan gambar kerja lapangan  yang merangkumi Pasar Harian dan Medan Selera/Food Court di sekitar Taman Selayang Jaya, Gombak

Pengarah DOSM Selangor, YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa turut turun padang bagi memantau serta memastikan kelancaran perjalanan banci. Ini kerana pemantauan secara langsung dapat memastikan setiap proses banci dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.





Terima kasih kepada semua peniaga dan pengusaha atas sokongan yang diberikan. 
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.