Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Baca selanjutnya...
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 11 September 2026, Kelab PPG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Jay Purani a/p Arumugam, Ketua Pejabat Perangkaan Gombak yang akan bertukar ke Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai, Perak berkuatkuasa mulai 14 September 2026.
Majlis diserikan dengan ucapan oleh wakil-wakil anggota PPG yang berkongsi kenangan dan merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan khidmat cemerlang sepanjang Puan Jay memimpin PPG. Antara wakil yang menyampaikan ucapan ialah :
1. Cik Nor Hazimah (Penolong Pegawai Perangkaan)
2. Pn. Nik Zafifah (wakil anggota Tetap)
4. Pn. 'Ainun Sa'adah (wakil Unit Pentadbiran)
5. Cik Nur Hamaliah (wakil PMS)
Seterusnya Puan Jay dalam ucapannya telah menyampaikan amanat serta merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota PPG yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang beliau memimpin PPG. Pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau.
Warga PPG yang saya kasihi sekalian,From all the busy days, crazy deadlines, fieldwork, meetings, laughter, stress & last-minute missions - thank you semua sebab sentiasa bersama dan menjadi sebahagian daripada perjalanan saya di DOSM Gombak.Terima kasih atas segala support, teamwork, friendship, gelak ketawa & memories yang kita cipta bersama. TQ so much again for the lovely gifts, cakes, chocolates, bouquets etc...really appreciate it.Terima kasih kerana sama-sama membantu menjayakan pelbagai tugasan, survei, banci dan program yang kita laksanakan. Setiap seorang daripada anda telah memainkan peranan dan memberikan sumbangan masing-masing kepada team PPG.Saya juga dengan rendah hati memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kita bekerja bersama ada kata-kata, teguran atau tindakan saya yang mungkin terkasar atau mengguris perasaan mana-mana pihak.Saya doakan semoga semua terus maju, dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan.Keep supporting each other and keep the PPG spirit going!Jaga diri, jaga team & teruskan buat yang terbaik!Take care semua & all the best.Jumpa lagi, somewhere someday.Regards,Jay
Seluruh warga PPG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran serta merakamkan terima kasih tidak terhingga atas segala tunjuk ajar, teguran, dorongan dan nasihat yang telah beliau curahkan.
Kami turut mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, dipermudahkan segala urusan, berjaya mengejar segala impian di masa akan datang serta terus maju jaya dengan lebih cemerlang dalam menjalankan tugas di ILSM nanti.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan
Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi...






















































