Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

Showing posts with label Team Building. Show all posts
Showing posts with label Team Building. Show all posts

18 Nov 2025

Kerja Lapangan Semakan Rangka Ekonomi dan Program Retreat PPG di Kalumpang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17-18 November 2025 | Hulu Selangor - 

Banci Ekonomi (BE) 2026 akan bermula awal tahun depan. Kerja di lapangan bagi menyemak rangka Banci Ekonomi sedang giat dijalankan oleh anggota DOSM Selangor termasuk di PPG. Kali ini anggota Tetap & PMS PPG telah turun padang bertemu pemilik perniagaan di sekitar daerah Hulu Selangor.


Selesai melaksanakan tugasan di lapangan, sempat juga Kelab PPG mengadakan program retreat/team building untuk semua anggota PPG yang terlibat bertempat di Sri Damai Resort, Kalumpang.

Antara aktiviti yang sempat dijalankan :

Merentas halangan dan aktiviti air dengan meredah sungai


solat maghrib dan isyak berjemaah serta doa selamat sempena BE2026


makan malam bersama


FitDOSM & brisk walk



Semoga aktiviti ‘team building’ ini dapat meningkatkan semangat berpasukan, membina hubungan yang lebih erat dan komunikasi yang lebih efektif di antara anggota PPG seterusnya segala tugasan yang diamanahkan menjadi lebih lancar.

Selesai program, semua peserta terlibat menyambung kembali tugasan masing-masing untuk hari kedua di sekitar daerah Hulu Selangor.



Baca selanjutnya...

23 May 2025

Sesi Pengukuhan Pasukan DOSM Selangor di Huda's Haven, Batang Kali

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

21 & 22 Mei 2025 (Rabu & Khamis) - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah mengadakan Sesi Pengukuhan Pasukan (Team Building) bagi Gred 2 dan ke atas (penyelia dan pegawai kanan jabatan) bertempat di Huda's Haven, Kg. Ulu Rening, Batang Kali, Selangor.



Semoga aktiviti ‘team building’ ini dapat meningkatkan semangat, membina hubungan yang lebih erat dan komunikasi yang lebih efektif di antara anggota DOSM seterusnya segala tugasan yang diamanahkan menjadi lebih lancar .


Baca selanjutnya...

27 Feb 2011

Team Building @ Dusun Eco Resort

Dalam kesibukan kerja, sempat juga POG mengadakan program team building kat Dusun Eco Resort, Bentong, bertujuan untuk meningkatkan semangat berpasukan dan silaturrahim sesama anggota. Disertai juga 6 org wakil dari P.O Kajang.

Hari Pertama;  26 Feb. 2011 (Sabtu) 

klik pada gambar utk besarkan saiz
~ 8.30 am, berkumpul dan bertolak dari pejabat, sampai di Dusun Eco Resort pada 9.30 am. Check in dan sarapan nasi bungkus. Lepas tu pasang khemah, bagi taklimat sikit & pembahagian kumpulan.

~ Aktiviti pertama, rentas halangan. Ada 12 halangan yang agak mencabar perlu ditempuhi. Tapi rasanya halangan terakhirlah yg paling mencabar bila terpaksa berenang dlm kubang berlumpur. Masing2 dah macam khinzir je baunya.

~ Habis je aktiviti rentas halangan, terus buat aktiviti berakit. Peserta dibahagi dua kumpulan dan kena buat rakit sendiri (bahan2 buluh, tali & pelampung dibekalkan). Aktiviti ni memang berkesan untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan anggota. Rakit yang dibina pula memang kukuh, walaupun satu kumpulan tu rakitnya 2-3 kali terbalik...

~ Lepas berakit, balik ke khemah, masak utk makan tengahari. Nasib baik ada staff veteran yg tak larat join aktiviti yg tolong masak... legalah sikit kami yang kepenatan ni. Terima kasih kpd Chef Wakdey & Co. Kalau dah dalam hutan ni masak bodoh2 pun semuanya sedap dibaham. Lepas makan, aktiviti bebas... semestinya diisi dengan aktiviti meniduri diri masing2... dapat selelap pun jadilah.

~ Petang, aktiviti riadah ringan2... main sepakraga bulatan & mandi kolam.


 ~ Malam diiisi dgn program kerohanian; solat maghrib & isya' berjemaah, diselitkan dgn kuliah maghrib secara santai oleh al-fadhil bos kami sendiri... Lepas tu aktiviti bakar-membakar ayam utk makan malam & aktiviti berkumpulan (permainan bahasa isyarat & teka-teki) secara santai juga sebelum tidur.


Hari Kedua;  27 Feb. 2011 (Ahad)

~ Lepas solat subuh berjemaah, sarapan & mengemaskan khemah masing2, bersiap sedia utk check-out dari tapak perkhemahan. Acara yg wajib dah habis, kaum ibu termasuklah bos memilih utk terus balik.

~ 15 peserta lelaki yg tinggal memutuskan utk main paintball. Perjalanan ke gelanggang paintball sungguh mencabar, kena mendaki 200 anak tangga. Tapi rasa teruja mengatasi segalanya sebab kebanyakannya tak pernah main paintball. Pada harga RM 35.00, kami diberi 150 biji peluru bebola cat, topeng dan jaket keselamatan.

~ Memandangkan ini pengalaman pertama, kami minta pada instructor supaya permainan dijalankan secara 'no rules'... main la sampai habis peluru. Dah kena tembak pun takde hal boleh main lagi... sampai ada mamat yg gila menembak membabi buta habis pelurunya dlm masa tak sampai 3 minit. Syok juga main perang2 ni, teringat zaman kecik2 dulu.

~ Habis je game paintball tu, terus balik dan singgah Hutan Lipur Lentang utk membersihkan diri.

~ Kesimpulannya, boleh dikatakan program team building ni SUKSES! Mungkin tahun depan kita buat lagi! Sapa setuju?
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.