Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Baca selanjutnya...
24 Jun 2025 (Selasa) : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 & Jasamu Dikenang 2025 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Zon Tengah telah selesai diadakan bertempat di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati di mana DOSM Wilayah Persekutuan menjadi tuan rumah.
Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin; Ketua Perangkawan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa; Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan dan Puan Hartini binti Yaacob; Pengarah DOSM Selangor.
Pada majlis ini, seramai 28 orang pegawai tetap dan 18 Personel MyStep (PMS) DOSM Zon Tengah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan.
Turut diraikan pada majlis ini ialah 5 orang pesara DOSM Wilayah Persekutuan . Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para pesara DOSM atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.
Seluruh warga PP Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024, khususnya kepada anggota PP Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu Cik Nor Hazimah binti Yeop Abd Rashid, Penolong Pegawai Perangkaan E6 (TBK1); Puan Noriza binti Ali, Pembantu Perangkaan E3 dan En. Muhammad Izwan bin Mohamed Zain (Personel MyStep).
Semoga kecemerlangan mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga PPG yang lain untuk berkhidmat lebih cemerlang seterusnya menjadi pemangkin meningkatkan prestasi ke arah kecemerlangan jabatan.















