Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

29 Nov 2025

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Aidil

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Aidil Ariff bin Asyurisham, Pembantu Perangkaan E1, telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 7.41 pm, 28 November 2025.

Bayi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu dinamakan Muhammad Ali Imran bin Aidil Ariff.


Tahniah kepada En. Aidil dan isteri sempena kelahiran cahaya mata sulung mereka itu.

Kami warga PPG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera mereka bakal menjadi anak yang soleh... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

18 Nov 2025

Kerja Lapangan Semakan Rangka Ekonomi dan Program Retreat PPG di Kalumpang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17-18 November 2025 | Hulu Selangor

Banci Ekonomi (BE) 2026 akan bermula awal tahun depan. Kerja di lapangan bagi menyemak rangka Banci Ekonomi sedang giat dijalankan oleh anggota DOSM Selangor termasuk di PPG. Kali ini anggota Tetap & PMS PPG telah turun padang bertemu pemilik perniagaan di sekitar daerah Hulu Selangor.


Selesai melaksanakan tugasan di lapangan, sempat juga Kelab PPG mengadakan program retreat/team building untuk semua anggota PPG yang terlibat bertempat di Sri Damai Resort, Kalumpang.

Antara aktiviti yang sempat dijalankan :

Merentas halangan dan aktiviti air dengan meredah sungai


solat maghrib dan isyak berjemaah serta doa selamat sempena BE2026


makan malam bersama


FitDOSM & brisk walk



Semoga aktiviti ‘team building’ ini dapat meningkatkan semangat berpasukan, membina hubungan yang lebih erat dan komunikasi yang lebih efektif di antara anggota PPG seterusnya segala tugasan yang diamanahkan menjadi lebih lancar.

Selesai program, semua peserta terlibat menyambung kembali tugasan masing-masing untuk hari kedua di sekitar daerah Hulu Selangor.



Baca selanjutnya...

15 Nov 2025

Sesi latihan menemuramah pelajar Universiti Malaya bersama DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

15 November 2025 - Hari ini berlangsung sesi latihan menemuramah bersama yang melibatkan para pelajar dan pensyarah Universiti Malaya bersama DOSM Selangor di sekitar Seksyen 17, Shah Alam. Anggota PPG dari Unit Isi Rumah turut terlibat dalam sesi ini.

Sebelum turun padang, semua petugas & pelajar diberi taklimat ringkas tentang prosedur kerja luar, kaedah temu ramah, keselamatan, etika profesional, serta pematuhan kepada SOP DOSM. 
Sesi ini penting untuk memastikan setiap tugasan di lapangan berjalan lancar, teratur dan menepati standard pengeluaran statistik rasmi negara.







Langkah kecil sebelum kerja bermula, tapi kesannya besar untuk memastikan data yang dikumpul adalah tepat, berkualiti dan berintegriti.
Baca selanjutnya...

11 Nov 2025

Sesi Libat Urus Banci Ekonomi (BE) 2026 bersama Stakeholders Negeri Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 November 2025 - Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 Bersama Stakeholders mendapat sambutan daripada pemain industri dan persatuan peniaga di negeri ini. Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor turut meluangkan masa merasmikan dan menyokong pelaksanaan Banci Ekonomi yang ke-6 bermula awal Februari tahun depan melibatkan 300,000 syarikat berdaftar.


Sesi ini membuka ruang kepada pelbagai pihak berkepentingan Negeri Selangor untuk berkongsi pandangan, idea dan input ke arah memperkukuh pelaksanaan dasar berasaskan data.

Terima kasih kepada semua rakan strategik yang telah hadir dan terus menyokong misi DOSM ke arah ekosistem data yang inklusif dan mampan.








Warga PPG sekali lagi diberi tanggungjawab melaksanakan tugasan selaku sebahagian ahli Jawatankuasa Program & Protokol bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis dari mula hingga  ke akhir.
Baca selanjutnya...

7 Nov 2025

Sesi Literasi Statistik bersama pelajar Universiti Malaya (UM)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingan data dan statistik dalam perancangan dasar negara serta memperkukuh budaya berasaskan bukti (evidence-based culture) di kalangan generasi muda.


Pn. Jay Purani mewakili PPG


“Daripada nombor lahirnya keputusan.”

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.