Kelab ini bernaung di bawah Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (KSKS).
K-PPG diwujudkan untuk mengatur program dan aktiviti untuk kebaikan ahli seperti :
~ mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli dan keluarga ahli.
~ mewujudkan semangat kerjasama dalam satu pasukan dan menyatupadukan warga Jabatan.
~ mengendalikan hal-hal kebajikan ahli seperti perkahwinan, kelahiran, kematian & majlis perpisahan.
~ melahirkan anggota Jabatan yang sihat, produktif dan berwawasan.
~ merehatkan minda dari bebanan tugas seharian di pejabat.
~ dan banyak lagi...
Jawatankuasa yang dilantik juga berusaha keras sedaya upaya untuk merancang dan menjayakan beberapa program yang sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli kelab.
INFO JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA, PEJABAT PERANGKAAN GOMBAK :
- Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia (DOSM) merupakan antara agensi utama kerajaan di bawah Kementerian Ekonomi yang diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk memungut, mentafsir serta menyebar data rasmi negara yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.
- Ibu Pejabat DOSM terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, juga mempunyai pejabat cawangan di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi telah diwujudkan di beberapa buah negeri.
- Di DOSM Negeri Selangor, Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Pejabat Operasi Gombak (POG) telah diwujudkan pada tahun 2008.
- Bagi POG, kawasan operasinya adalah meliputi keseluruhan daerah Gombak dan Hulu Selangor.
- 1 Ogos 2008, POG mula ditempatkan di Wisma HR, Jalan Pusat BCH 1/1, Bandar Country Homes, Rawang.
- 22 April 2009, ia dirasmikan oleh Ketua Perangkawan Malaysia ketika itu, Y.Bhg. Dato' Hajjah Wan Ramlah bt Wan Abd. Raof.
- Mulai bulan September 2012, Pejabat kami berpindah ke Pusat Perniagaan Reef, Rawang (berdekatan Pasaraya Lotus Rawang).
-10 Disember 2012, pejabat baharu ini dirasmikan oleh Ketua Perangkawan ketika itu, Y.Bhg. Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan.
- 1 Ogos 2008, POG mula ditempatkan di Wisma HR, Jalan Pusat BCH 1/1, Bandar Country Homes, Rawang.
- 22 April 2009, ia dirasmikan oleh Ketua Perangkawan Malaysia ketika itu, Y.Bhg. Dato' Hajjah Wan Ramlah bt Wan Abd. Raof.
- Mulai bulan September 2012, Pejabat kami berpindah ke Pusat Perniagaan Reef, Rawang (berdekatan Pasaraya Lotus Rawang).
-10 Disember 2012, pejabat baharu ini dirasmikan oleh Ketua Perangkawan ketika itu, Y.Bhg. Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan.
- Mulai 18 Februari 2025, kesemua 30 Pejabat Operasi DOSM di seluruh Malaysia telah dijenamakan semula sebagai Pejabat Perangkaan (PP).
Alamat:
Pejabat Perangkaan Gombak,
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor,
No. C1, Jalan Reef 1/2,
Pusat Perniagaan Reef,
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03 - 6093 2050
Faks : 03 - 6093 2044
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor,
No. C1, Jalan Reef 1/2,
Pusat Perniagaan Reef,
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03 - 6093 2050
Faks : 03 - 6093 2044
Ketua Pejabat Perangkaan Gombak :
En. Anas bin Aminuddin (17 Mac 2008 - 1 Ogos 2008)
En. Mohd Rosli Bin Mahmood ( 13 Oktober 2008 - 26 April 2013)
En. Frankie anak Albert Antau (29 April 2013 - 31 Oktober 2023)
Timbalan Ketua Pejabat Perangkaan Gombak :
1. Cik Norhafiza binti Mohamed Rashid (01/08/2008 - 29/01/2010)
2. En. Mohd Damanhuri bin Abdul Aziz (01/03/2011 - 30/12/2011)
3. Puan Norazlinda binti Ramli (03/01/2012 - 24/11/2013)
4. Cik Siti Norasyikin binti Mohd Ghani (25/11/2013 - 03/01/2022)
5. Puan Norashikin binti Nasokha (04/01/2022 - 05/02/2023)
6. Cik Nor Hazimah binti Yeop Abd Rashid (20/02/2023 - kini)







