Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

23 Oct 2026

Sesi Perjumpaan Pengarah Bersama Warga DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SHAH ALAM, 23 OKTOBER 2026 – YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, telah mengadakan sesi perjumpaan bersama warga DOSM Selangor bertempat di Dewan Perkim, Seksyen 8, Shah Alam bagi membincangkan perkembangan semasa jabatan.

Antara perkara utama yang diberikan penekanan dalam sesi perjumpaan ini ialah perkembangan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026, hal-hal tadbir urus jabatan, serta aspek pengurusan kewangan berhemah. Sesi perjumpaan turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada barisan pegawai yang telah menerima kenaikan pangkat sepanjang tahun 2026.


















Sesi perjumpaan sebegini bukan sahaja memperkukuh komunikasi dua hala dan menyelaraskan penyampaian maklumat, malah menyuntik semangat kebersamaan bagi memastikan setiap amanah serta tanggungjawab dilaksanakan dengan cekap dan berkesan oleh seluruh warga DOSM Selangor. 

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.