Gombak, 14 Ogos 2026 – Pejabat Perangkaan Gombak telah menerima kunjungan seramai 11 orang Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh bagi sesi perkongsian maklumat dan lawatan untuk kajian kawasan operasi di Daerah Gombak.
Sesi ini turut memberi peluang kepada para pelatih untuk mendapatkan pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas mengenai peranan DOSM sebagai agensi utama dalam pengumpulan, penghasilan dan penyebaran statistik rasmi negara, khususnya data yang berkaitan dengan kawasan operasi di Daerah Gombak.
Terima kasih atas kunjungan ke Pejabat Perangkaan Gombak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi pengalaman yang berguna kepada semua pelatih.
Sumber: Facebook DOSM Gombak


