Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

10 Sept 2026

Taklimat & Latihan Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 Fasa 3

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

10 September 2026
Dewan Seminar, Bahagian Latihan Perhutanan, Jalan Foxworthy, 
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong

Taklimat dan Latihan Pelaksanaan Operasi Banci Ekonomi 2026 (BE2026) Fasa 3 Pejabat Perangkaan Gombak telah diadakan bagi memberikan penerangan kepada anggota PPG yang terlibat dalam operasi lapangan BE2026 Fasa 3. 

Sesi yang dirasmikan oleh Puan Pengarah DOSM Selangor, YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa ini telah membincangkan isu serta strategi pengumpulan data bagi memastikan operasi lapangan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Selain itu, anggota turut diberikan panduan mengenai kaedah menjawab soalan dalam borang soal selidik panjang dengan tepat bagi mengurangkan kesilapan semasa proses pengisian.


pengerusi majlis, pembaca doa & ucapan perasmian oleh Puan Pengarah

barisan penceramah








Pelaksanaan taklimat dan latihan ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman, kecekapan serta kesediaan anggota dalam melaksanakan tugasan pengumpulan data bagi menjamin kelancaran dan kualiti pelaksanaan Banci Ekonomi 2026.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.