Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

15 Sept 2026

Selamat Datang En. Muhammad Hazim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 15 September 2026, En. Muhammad Hazim bin Mohd Abd Rahim, Perangkawan Gred E9 telah melapor diri di Pejabat Perangkaan Gombak selaku Ketua Pejabat Perangkaan Gombak yang baharu, menggantikan Puan Jay Purani a/p Arumugam yang telah bertukar ke Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM).


Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia sejak tahun 2019, En. Hazim yang berasal dari Ampang, Selangor sebelum ini bertugas di Bahagian Perangkaan Penduduk & Demografi.

Seluruh warga PPG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan  En. Hazim ke dalam keluarga PPG. Semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi untuk memimpin PPG sepanjang bertugas di sini.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.