Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

10 Oct 2026

Selamat Pengantin Baru, Fatin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

10 Oktober 2026 (Sabtu) - Ucapan Selamat Pengantin Baru kepada anggota PPG, Nur Fatin Asikin bt Mat Ayob yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati beliau, Syaikhan bin Osman. Majlis telah dilangsungkan di Kg Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan.


Ketua PPG, En. Hazim menyampaikan sumbangan perkahwinan dari pihak kelab kepada Puan Fatin, 
diiringi Pengerusi KPPG, En. Aiman

Seluruh warga PPG mengucapkan selamat melayari bahtera rumahtangga kepada Puan Fatin dan suami, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aamin Ya Rabbal 'Aalamiin.
Baca selanjutnya...

3 Oct 2026

Kejohanan Bowling DOSM Selangor 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

3 Oktober 2026 (Sabtu) - 
Ole-Ole Super Bowl, Shah Alam

Kejohanan Bowling DOSM Selangor anjuran Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial DOSM Selangor (KSKS) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan dengan penglibatan 26 pasukan dari 9 unit/Pejabat Perangkaan di DOSM Selangor.






Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang, khususnya wakil dari Pejabat Perangkaan Gombak yang menghantar 3 pasukan di mana Team PPG A dan PPG B telah berjaya meraih tempat keempat dan kelima dalam acara berpasukan. 
Baca selanjutnya...

26 Sept 2026

Tahniah PPG : Johan Pertandingan Sudut Hiasan di Ruang Bekerja Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS), Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Sudut Hiasan di Ruang Bekerja Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung mulai 28 Ogos 2026 (Jumaat) hingga 16 September 2026 (Rabu).

Untuk makluman, sebanyak enam (6) daripada sembilan (9) unit/seksyen/pejabat perangkaan telah menyertai pertandingan tersebut. Berdasarkan penilaian oleh Pengarah DOSM Negeri Selangor, pemenang pertandingan telah ditetapkan seperti berikut:

Johan: Pejabat Perangkaan Gombak
Naib Johan: Unit Perkhidmatan & Kewangan
Tempat Ketiga: Unit Harga-Harga
                                     



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas kreativiti, komitmen dan semangat kerjasama yang telah ditunjukkan. Terima kasih juga kepada seluruh warga DOSM Negeri Selangor yang telah mengambil bahagian dalam menjayakan pertandingan ini.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
(NURUL FAREHA BINTI AHMAD KHAIRON)
Setiausaha KSKS 2025/2026
b.p. Pengerusi
Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS)
Jabatan Perangkaan Malaysia
Negeri Selangor

Baca selanjutnya...

Tahniah PPG : Pemenang Tempat Ketiga Video Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS), Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Video Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M yang lalu.

Sehubungan itu, sebanyak lapan (8) daripada sembilan (9) unit/seksyen/pejabat perangkaan telah menyertai pertandingan tersebut. Berdasarkan penilaian oleh Pengarah DOSM Negeri Selangor, pemenang pertandingan telah ditetapkan seperti berikut:

Johan: Unit Harga-Harga
Naib Johan: Unit Prosesan & Analisis
Tempat Ketiga: Pejabat Perangkaan Gombak



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas kreativiti, komitmen dan usaha yang telah ditunjukkan dalam menghasilkan video raya yang menarik. Terima kasih juga kepada seluruh warga DOSM Negeri Selangor yang telah mengambil bahagian dalam menjayakan pertandingan ini.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
(NURUL FAREHA BINTI AHMAD KHAIRON)
Setiausaha KSKS 2025/2026
b.p. Pengerusi
Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS)
Jabatan Perangkaan Malaysia
Negeri Selangor

Baca selanjutnya...

15 Sept 2026

Selamat Datang En. Muhammad Hazim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 15 September 2026, En. Muhammad Hazim bin Mohd Abd Rahim, Perangkawan Gred E9 telah melapor diri di Pejabat Perangkaan Gombak selaku Ketua Pejabat Perangkaan Gombak yang baharu, menggantikan Puan Jay Purani a/p Arumugam yang telah bertukar ke Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM).


Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia sejak tahun 2019, En. Hazim yang berasal dari Ampang, Selangor sebelum ini bertugas di Bahagian Perangkaan Penduduk & Demografi.

Seluruh warga PPG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan  En. Hazim ke dalam keluarga PPG. Semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi untuk memimpin PPG sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...

14 Sept 2026

Selamat Datang En. Adnan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 14 September 2026, En. Mohamad Shafiudin Adnan bin Noor Akamar  Pembantu Perangkaan E1 telah melapor diri di Pejabat Perangkaan Gombak bagi mengisi kekosongan jawatan di Unit Industri. 


Baru sahaja hampir setahun berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia, beliau yang menetap di Kuala Kubu Bharu sebelum ini berkhidmat di Seksyen Rangka dan Pemetaan, Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam.

Seluruh warga kerja PPG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan En. Adnan ke dalam keluarga PPG, semoga cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.