Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

21 Jul 2026

Sesi Review Banci Ekonomi 2026 Bil.1/2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SHAH ALAM – Sesi Review Banci Ekonomi Bil. 1/2026 telah diadakan pada 21 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 20, Bangunan Darul Ehsan bagi memantau status pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). 

Sesi review ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa, Pengarah DOSM Negeri Selangor bagi membincangkan kemajuan dan memperkukuh gerak kerja operasi BE2026.
Sesi dimulakan dengan pembentangan kemajuan status operasi, penemuan hasil tangkapan data prosesan, kemajuan status penghantaran borang, perkongsian hasil laporan semakan kualiti, status pinda semula dan hal-hal lain. 





Dalam sesi ini, YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa, Pengarah DOSM Negeri Selangor, turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Person-in-Charge (PIC) yang bertanggungjawab menguruskan kes-kes berprofil tinggi di Negeri Selangor. Kes-kes tersebut dikategorikan kepada tiga kategori utama, iaitu Diamond, Gold dan Silver.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja DOSM Negeri Selangor atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026.

Baca selanjutnya...

17 Jul 2026

Setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat Bertugas kepada Ketua Perangkawan Malaysia dan Timbalan Ketua Perangkawan Yang Baharu

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan penuh sukacita menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐭𝐢 𝐀𝐬𝐢𝐚𝐡 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 atas pelantikan sebagai 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 berkuat kuasa mulai 15 Julai 2026.


Semoga pelantikan ini membawa pembaharuan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sekali gus menjadi pemangkin untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan jabatan serta memperkukuh Sistem Statistik Negara.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas juga kepada 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐖𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐫𝐮𝐥𝐧𝐢𝐳𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐖𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐍𝐚𝐣𝐮𝐫𝐢 atas pelantikan sebagai 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 (𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢) dan 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐨𝐫𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 atas pelantikan sebagai 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 (𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥) berkuat kuasa mulai 15 Julai 2026.




Pelantikan ini mencerminkan kecemerlangan prestasi, dedikasi serta komitmen berterusan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dan menyumbang kepada kemajuan Sistem Statistik Negara.

Selamat maju jaya dalam menggalas amanah baharu sebagai Ketua Perangkawan Malaysia dan Timbalan Ketua Perangkawan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Semoga menerusi barisan kepimpinan baharu ini, DOSM akan terus memacu kecemerlangan dalam memperkukuh sistem statistik dan pembangunan ekonomi negara.

Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi.

Sumber : Facebook DOSM

Sumber: Media Berita Harian


AMANAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA KE-10
"Memperkukuh Kepercayaan, Memperhebat Keupayaan"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. Saya merakamkan penghargaan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan Yang Berbahagia Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi atas kepercayaan dan amanah yang diberikan untuk menerajui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebagai Ketua Perangkawan. Amanah ini merupakan satu tanggungjawab besar dalam memastikan statistik rasmi negara terus relevan, berkualiti dan berintegriti.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua mantan Ketua Perangkawan Malaysia yang telah menerajui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan komitmen. Segala usaha, kepimpinan serta legasi yang telah dibina menjadi asas yang kukuh untuk saya meneruskan kecemerlangan Jabatan ini.

Memperkukuh Kepercayaan Terhadap Statistik Rasmi

Landskap dunia hari ini berubah dengan pantas. Perkembangan teknologi digital, kecerdasan buatan, kemunculan sumber data baharu serta peningkatan jangkaan terhadap penyampaian perkhidmatan awam menuntut Sistem Statistik Negara untuk turut berevolusi. Dalam persekitaran yang semakin kompleks, statistik rasmi bukan sahaja perlu tepat, malah perlu lebih pantas, lebih terperinci dan lebih bermakna dalam menyokong pembuatan keputusan yang berasaskan data di semua peringkat.

Sehubungan itu, kepercayaan terhadap statistik rasmi perlu terus diperkukuh berteraskan kualiti, integriti, profesionalisme dan kerahsiaan. Prinsip ini selaras dengan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) serta United Nations Fundamental Principles of Official Statistics (UNFPOS) yang menjadi panduan merentasi agensi statistik rasmi seluruh dunia. Berlandaskan prinsip ini, momentum transformasi yang telah dibina akan diteruskan dengan penekanan kepada pelaksanaan yang lebih berfokus dan berimpak tinggi, sejajar dengan Pelan Strategik Jabatan 2026–2030 dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam serta keutamaan pembangunan negara.

Pemantapan Undang-Undang Statistik

Kepercayaan terhadap statistik rasmi perlu disokong oleh kerangka perundangan dan tadbir urus yang mantap bagi memastikan Sistem Statistik Negara terus relevan dan berwibawa. Dalam hal ini, usaha pemantapan undang-undang statistik melalui penggubalan Rang Undang-Undang Statistik 2026 akan terus diberi keutamaan bagi memperkukuh mandat, penyelarasan dan akauntabiliti melalui pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government). Kerangka yang lebih komprehensif ini akan turut meningkatkan keberkesanan perkongsian dan penggunaan data pentadbiran merentasi kementerian dan agensi ke arah pengukuhan statistik sosial, ekonomi, alam sekitar dan lain-lain bidang yang diperlukan negara.

Memperhebat Keupayaan Organisasi

Keupayaan institusi untuk menerajui Sistem Statistik Negara memerlukan organisasi yang tangkas, berfokus dan bersedia menghadapi sebarang perubahan. Sehubungan itu, DOSM akan terus diperhebat melalui penambahbaikan struktur, fungsi dan sumber manusia secara lebih strategik bagi memastikan setiap peringkat organisasi dapat berfungsi secara optimum dan saling melengkapi. Pendekatan perekayasaan semula proses kerja (Business Process Reengineering) akan dilaksanakan bagi memperkukuh keberkesanan penyampaian DOSM. Usaha ini akan disokong oleh pengurusan bakat dan pelan penggantian yang lebih sistematik, serta diselaraskan dengan keperluan organisasi. Penempatan pegawai berasaskan kompetensi dan potensi perlu dilaksanakan secara lebih strategik bagi memastikan organisasi sentiasa didukung oleh bakat terbaik yang mampu memenuhi keperluan masa kini dan masa hadapan.

Keutamaan Terhadap Pembangunan Kapasiti

Pembangunan kapasiti sumber manusia akan terus menjadi keutamaan bagi memastikan DOSM kekal berupaya mendepani perubahan landskap data dan teknologi yang semakin pesat. Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) akan terus diperkasa sebagai pusat kecemerlangan dalam pembangunan ilmu, kepakaran dan inovasi statistik dan data bagi melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing, adaptif dan bersedia menghadapi keperluan dinamik Sistem Statistik Negara.

Pada masa yang sama, statistik rasmi akan terus diperkaya melalui penghasilan statistik yang lebih terperinci (granular), analisis yang lebih bernilai tambah serta naratif berasaskan bukti yang mampu memberikan pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap isu-isu sosioekonomi, sekali gus memperkukuh sokongan kepada perancangan dasar dan pembuatan keputusan yang lebih tepat dan berimpak.

Penutup

Masa hadapan sistem statistik negara bergantung kepada keupayaan DOSM untuk terus menyesuaikan diri dengan perubahan, memelihara integriti dan memperkukuh keupayaan institusi secara berterusan. Kepercayaan dan keupayaan perlu bergerak seiring; statistik rasmi yang berwibawa hanya dapat dihasilkan oleh organisasi yang kompeten, profesional dan berintegriti. Dengan iltizam, profesionalisme dan kebersamaan seluruh warga DOSM, agenda yang digariskan ini akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan Sistem Statistik Negara yang berwibawa demi menyokong pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Akhir kata, saya menyeru seluruh warga DOSM agar berganding bahu dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam merealisasikan amanah ini. Saya percaya, dengan kerjasama, profesionalisme, integriti serta iltizam yang tinggi daripada seluruh warga DOSM, kita mampu terus memperkasakan Sistem Statistik Negara demi memenuhi keperluan kerajaan, rakyat dan pemegang taruh.

Marilah kita melangkah seiring sebagai satu pasukan, meneruskan legasi kecemerlangan dan mencipta kejayaan baharu demi memartabatkan DOSM sebagai peneraju statistik yang unggul, dipercayai dan berwibawa pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

"Statistik Nadi Kehidupan"

Siti Asiah Ahmad
Ketua Perangkawan
17 Julai 2026
Baca selanjutnya...

15 Jul 2026

Ucapan Tahniah Kepada Para Penerima Sijil Kecemerlangan Jabatan Perangkaan Malaysia Tahun 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Sijil Kecemerlangan Jabatan Perangkaan Malaysia Tahun 2025. Seramai 27 warga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah dipilih sebagai penerima penghargaan atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang tahun 2025.

Semoga pengiktirafan ini turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga DOSM Negeri Selangor untuk terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, serta menyokong hala tuju strategik Jabatan dalam memperkasakan perkhidmatan awam.

Senarai penerima:

1. YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa
2. Puan Jay Purani a/p Arumugam
3. Puan Nor Hazimah binti Yeop Abd Rashid
4. Puan Nursyuzalawaty binti Mohd Sohip
5. Encik Azhari bin Mohamad
6. Puan Siti Suhaina binti Abdul Wahab
7. Puan Norshartini binti Ishak
8. Encik Mohd Hafizal bin Harun
9. Encik Ali bin Ahmad
10. Encik Hairulhadimi bin Mohd Diah
11. Encik Azeman bin Sha'ari
12. Encik Ahmad Fais bin Misbah
13. Encik Ahmad Zafli bin Suhaimi
14. Encik Mohd Firdaus bin Abd Ghani
15. Encik Mohd Fazli bin Ali
16. Puan Nik Zafifah binti Nik Ibrahim
17. Encik Muhammad Faizal bin Muhammad Hasbi Tan
18. Puan Norfazliani binti Mariani
19. Puan Ema Norlaily binti Rosli
20. Encik Muhammad Syafiq bin Rosali
21. Puan Nur Al-Kauthar binti Burhan
22. Puan 'Ainun Sa'adah binti Haji Abd. Rahim
23. Puan Normasnifiza binti Mohd Ali
24. Encik Muhamad Nor Izwan bin Mohd Mustafa
25. Puan Siti Nurul Huda binti Abd Kadir
26. Puan Nur Fatin Asikin binti Mat Ayob
27. Encik Che Mohd Hafizul bin Che Husin






 Tahniah dan syabas kepada semua penerima!  


Baca selanjutnya...

8 Jul 2026

Selamat Bersara Dato' Sri Ketua Perangkawan Malaysia

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, sempena persaraan wajib beliau yang berkuat kuasa pada 8 Julai 2026.


Terima kasih atas kepimpinan, jasa dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang menerajui DOSM. Legasi yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga DOSM.

Semoga YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin sentiasa berada dalam lindungan-Nya, dikurniakan kesihatan yang baik serta kesejahteraan yang berpanjangan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.

Jasa dikenang, Legasi disanjung.

Ikhlas daripada, 
Pengarah dan Seluruh Warga DOSM Selangor.

Baca selanjutnya...

5 Jul 2026

Larian Maya 7.7KM sempena persaraan Ybhg Dato' Sri Dr Ketua Perangkawan Malaysia

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Warga DOSM Selangor tidak ketinggalan menyertai Cabaran Larian Maya 7.7KM sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia yang akan bersara pada 7 Julai 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin atas khidmat bakti dan kepimpinan yang dicurahkan sepanjang menerajui DOSM.

Semoga YBhg. Dato’ Sri sentiasa dilimpahi rahmat, dikurniakan kesihatan yang sihat walafiat, serta kebahagiaan bersama keluarga. Selamat bersara YBhg. Dato’ Sri.




Tahniah kepada semua finisher khususnya warga PPG yang berjaya melengkapkan Larian & Briskwalk 7.7KM ini.

Baca selanjutnya...

30 Jun 2026

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Dan Jasamu Dikenang 2026 Peringkat Zon Tengah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

30 Jun 2026 (Selasa) : 

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 & Jasamu Dikenang 2026 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Peringkat Zon Tengah telah selesai diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di mana kali ini DOSM Selangor menjadi tuan rumah.

Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin; Ketua Perangkawan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa; Pengarah DOSM Selangor dan Puan Hartini binti Yaacob; Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan.

Pada majlis ini, seramai 16 orang pegawai Tetap dan 13 Personel MyStep (PMS) DOSM Selangor menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan. Pengiktirafan ini adalah bukti kepada komitmen, dedikasi, disiplin serta kecemerlangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang, serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga DOSM Selangor untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Turut diraikan pada majlis ini ialah para pesara DOSM Selangor iaitu En. Mohd Najib bin Mohd Yusof dan En. Pakhrughazi bin Mohamed. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Semoga para pesara sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.

Seluruh warga PP Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025, khususnya kepada anggota PP Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Aidil Ariff bin Asyurisham (Pembantu Perangkaan E1), Puan Hamizah bt Ahmad (PMS) dan Cik Wafiy Aida  bt Harizam (PMS).

Montaj Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) DOSM Zon Tengah 2025














Semoga kecemerlangan mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga PPG yang lain untuk berkhidmat lebih cemerlang seterusnya menjadi pemangkin meningkatkan prestasi ke arah kecemerlangan jabatan.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.