SHAH ALAM – Sesi Review Banci Ekonomi Bil. 1/2026 telah diadakan pada 21 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 20, Bangunan Darul Ehsan bagi memantau status pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026).
Sesi review ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa, Pengarah DOSM Negeri Selangor bagi membincangkan kemajuan dan memperkukuh gerak kerja operasi BE2026.
Sesi dimulakan dengan pembentangan kemajuan status operasi, penemuan hasil tangkapan data prosesan, kemajuan status penghantaran borang, perkongsian hasil laporan semakan kualiti, status pinda semula dan hal-hal lain.
Dalam sesi ini, YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa, Pengarah DOSM Negeri Selangor, turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Person-in-Charge (PIC) yang bertanggungjawab menguruskan kes-kes berprofil tinggi di Negeri Selangor. Kes-kes tersebut dikategorikan kepada tiga kategori utama, iaitu Diamond, Gold dan Silver.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja DOSM Negeri Selangor atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026.
Sumber : Facebook DOSM Selangor Rasmi




