Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

30 Aug 2024

FIT DOSM Merdeka POG di Dataran Taman Bersatu, Rawang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

FIT Merdeka DOSM sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67. Program dianjurkan bagi menyemarakkan semangat M.E.R.D.E.K.A dengan aktiviti kecergasan.

Program anjuran Kelab Sukan Kebajikan & Sosial (KSKS) DOSM Selangor ini berjalan serentak di 3 lokasi berbeza:
• Dataran Tasik Shah Alam (Warga BDE)
• Dataran IOI Central Park (Warga POK)
• Dataran Taman Bersatu, Rawang (Warga POG)





Pakaian ikut tema warna-warna bendera Malaysia...




mujur la ada 3 orang ni pakai kuning...

Semua kaya dengan budaya, Di bawah kibaran satu bendera. Saya anak Malaysia πŸŽΆπŸ‡²πŸ‡Ύ

Baca selanjutnya...

5 Jul 2024

Sesi Taklimat Kepada Penyelia & Pembanci Banci Pertanian 2024 Daerah Gombak & Hulu Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dikongsikan suasana Sesi Taklimat Kepada Penyelia dan Pembanci Banci Pertanian 2024 yang telah berlangsung pada 1- 3 Julai 2024 di tempat berikut:

• Daerah Gombak – Dewan Titania di JKR Gombak
• Daerah Hulu Selangor – Pejabat Penghulu Mukim Serendah

Taklimat yang dilaksanakan selama 3 hari ini telah memberi penerangan dan pendedahan kepada penyelia dan pembanci untuk memahami konsep dan cara pengisian borang yang tepat supaya mereka dapat menjalankan tugas sebagai pembanci dengan baik seterusnya menjayakan perlaksanaan Banci Pertanian 2024. 





Selain sesi pembelajaran secara teori, para pembanci juga diberi pendedahan kerja di lapangan bersama Penyelia Daerah pada 4 -5 Julai 2024.

Tahniah diucapkan kepada semua penyelia dan  pembanci yang terpilih untuk bersama DOSM bagi melaksanakan Banci Pertanian 2024 ini.

π‘©π’‚π’π’„π’Š π‘·π’†π’“π’•π’‚π’π’Šπ’‚π’: π‘²π’–π’π’„π’Š π‘²π’†π’Žπ’‚π’‹π’–π’‚π’ π‘·π’†π’“π’•π’‚π’π’Šπ’‚π’
Baca selanjutnya...

27 Jun 2024

Sesi Pemukiman Bersama Agensi Pertanian Daerah Gombak & Petaling Sempena Banci Pertanian 2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

27 Jun 2024 - Khamis
Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor

Sesi pemukiman bersama agensi pertanian bagi daerah Gombak dan Petaling sempena Banci Pertanian 2024  telah diadakan di FRIM, Kepong, Selangor, yang turut dihadiri oleh agensi yang berada di bawah Daerah Gombak dan Petaling.

Pn. Wan Roslida Othman yang merupakan Penolong Pesuruhjaya Banci Pertanian telah menyampaikan amanat dan turut mengadakan perbincangan dua hala di antara agensi-agensi bagi bersama-sama membantu menjayakan Banci Pertanian 2024.




Portal Banci Pertanian 2024:

Facebook Banci Pertanian 2024:

Baca selanjutnya...

11 Jun 2024

Sesi Townhall Ybhg. Dato' Sri Dr. Pesuruhjaya Banci Bersama Penyelia Banci Pertanian DOSM Negeri (Zon Tengah)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 Jun 2024 (Selasa); Dewan Banquet, Hotel Concorde Shah Alam

Sesi Townhall YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Pesuruhjaya Banci Bersama Penyelia DOSM Negeri (Zon Tengah) bagi pelaksanaan Banci Pertanian 2024 telah diadakan sejurus berakhirnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Jasamu Dikenang 2024.

YBhg. Dato’ Sri Dr. telah menyampaikan amanat dan menyuntik kata-kata semangat kepada semua Penyelia Zon Tengah agar Banci Pertanian 2024 dapat dilaksanakan dengan jayanya bermula Julai 2024 ini. 

YBhg. Dato’ Sri Dr. Pesuruhjaya Banci menggunakan konsep ‘circle meeting’ dalam sesi townhall ini agar dapat bersoal jawab dengan lebih dekat dengan para penyelia Banci Pertanian dari DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan.





klik gambar untuk paparan lebih jelas


Baca selanjutnya...

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Dan Jasamu Dikenang Zon Tengah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 Jun 2024 (Selasa) : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 & Jasamu Dikenang 2024 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Zon Tengah telah selesai diadakan bertempat di Hotel Concorde Shah Alam.

Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin; Ketua Perangkawan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Hartini binti Yaacob; Pengarah DOSM Selangor dan Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa; Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan.

Pada majlis ini, seramai 29 orang pegawai tetap dan 14 pegawai Personal My-Step (PMS) DOSM Zon Tengah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Turut diraikan pada majlis ini ialah 3 orang pesara DOSM. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para pesara DOSM atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023, khususnya kepada anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Mohd Rashid bin Ahmad, Pembantu Perangkaan E19 yang kini telah bertukar ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, berkuatkuasa 4 Mac 2023. 

Tahniah juga kepada wakil PMS POG yang turut menerima anugerah cemerlang iaitu Cik Nur Farahin bt Mohamad Radzi. Semoga kecemerlangan prestasi mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain untuk berkhidmat lebih cemerlang seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.



Ucapan Perasmian

Gimik perasmian

Penerima APC DOSM Selangor
(klik gambar untuk paparan lebih kelas)

Penerima APC DOSM Wilayah Persekutuan
(klik gambar untuk paparan lebih kelas)

Penerima APC POG... Tahniah Farahin

Sekalung penghargaan dan syabas juga buat team POG dan Unit Prosesan dan Analisis yang telah diamanahkan tanggungjawab selaku Floor Manager dan AJK Protokol yang telah berjaya memastikan kelancaran perjalanan majlis ini.




POG Awesome!!!

Baca selanjutnya...

31 May 2024

Sesi Latihan Jurulatih DOSM Negeri Banci Pertanian 2024 Zon Tengah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

BANDAR ENSTEK, 31 Mei 2024 - Sesi Latihan Jurulatih DOSM Negeri Banci Pertanian 2024 Zon Tengah telah diadakan di Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 28 hingga 31 Mei 2024.

Seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada anggota DOSM Selangor, DOSM Wilayah Persekutuan dan DOSM Negeri Sembilan telah hadir ke sesi ini bagi mengambil peluang untuk memahami intipati Banci Pertanian 2024 dengan lebih mendalam.





Sesi taklimat ini juga dibantu oleh wakil pegawai dari JKK PIO dan ILSM. Semoga taklimat ini memberi ilmu yang manfaat kepada semua peserta untuk disampaikan kembali kepada pembanci di kemudian hari.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.