Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

27 Jun 2024

Sesi Pemukiman Bersama Agensi Pertanian Daerah Gombak & Petaling Sempena Banci Pertanian 2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

27 Jun 2024 - Khamis
Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor

Sesi pemukiman bersama agensi pertanian bagi daerah Gombak dan Petaling sempena Banci Pertanian 2024  telah diadakan di FRIM, Kepong, Selangor, yang turut dihadiri oleh agensi yang berada di bawah Daerah Gombak dan Petaling.

Pn. Wan Roslida Othman yang merupakan Penolong Pesuruhjaya Banci Pertanian telah menyampaikan amanat dan turut mengadakan perbincangan dua hala di antara agensi-agensi bagi bersama-sama membantu menjayakan Banci Pertanian 2024.




Portal Banci Pertanian 2024:

Facebook Banci Pertanian 2024:

Baca selanjutnya...

11 Jun 2024

Sesi Townhall Ybhg. Dato' Sri Dr. Pesuruhjaya Banci Bersama Penyelia Banci Pertanian DOSM Negeri (Zon Tengah)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 Jun 2024 (Selasa); Dewan Banquet, Hotel Concorde Shah Alam

Sesi Townhall YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Pesuruhjaya Banci Bersama Penyelia DOSM Negeri (Zon Tengah) bagi pelaksanaan Banci Pertanian 2024 telah diadakan sejurus berakhirnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Jasamu Dikenang 2024.

YBhg. Dato’ Sri Dr. telah menyampaikan amanat dan menyuntik kata-kata semangat kepada semua Penyelia Zon Tengah agar Banci Pertanian 2024 dapat dilaksanakan dengan jayanya bermula Julai 2024 ini. 

YBhg. Dato’ Sri Dr. Pesuruhjaya Banci menggunakan konsep ‘circle meeting’ dalam sesi townhall ini agar dapat bersoal jawab dengan lebih dekat dengan para penyelia Banci Pertanian dari DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan.





klik gambar untuk paparan lebih jelas


Baca selanjutnya...

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Dan Jasamu Dikenang Zon Tengah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 Jun 2024 (Selasa) : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 & Jasamu Dikenang 2024 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Zon Tengah telah selesai diadakan bertempat di Hotel Concorde Shah Alam.

Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin; Ketua Perangkawan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Hartini binti Yaacob; Pengarah DOSM Selangor dan Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa; Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan.

Pada majlis ini, seramai 29 orang pegawai tetap dan 14 pegawai Personal My-Step (PMS) DOSM Zon Tengah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Turut diraikan pada majlis ini ialah 3 orang pesara DOSM. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para pesara DOSM atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023, khususnya kepada anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Mohd Rashid bin Ahmad, Pembantu Perangkaan E19 yang kini telah bertukar ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, berkuatkuasa 4 Mac 2023. 

Tahniah juga kepada wakil PMS POG yang turut menerima anugerah cemerlang iaitu Cik Nur Farahin bt Mohamad Radzi. Semoga kecemerlangan prestasi mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain untuk berkhidmat lebih cemerlang seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.



Ucapan Perasmian

Gimik perasmian

Penerima APC DOSM Selangor
(klik gambar untuk paparan lebih kelas)

Penerima APC DOSM Wilayah Persekutuan
(klik gambar untuk paparan lebih kelas)

Penerima APC POG... Tahniah Farahin

Sekalung penghargaan dan syabas juga buat team POG dan Unit Prosesan dan Analisis yang telah diamanahkan tanggungjawab selaku Floor Manager dan AJK Protokol yang telah berjaya memastikan kelancaran perjalanan majlis ini.




POG Awesome!!!

Baca selanjutnya...

31 May 2024

Sesi Latihan Jurulatih DOSM Negeri Banci Pertanian 2024 Zon Tengah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

BANDAR ENSTEK, 31 Mei 2024 - Sesi Latihan Jurulatih DOSM Negeri Banci Pertanian 2024 Zon Tengah telah diadakan di Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 28 hingga 31 Mei 2024.

Seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada anggota DOSM Selangor, DOSM Wilayah Persekutuan dan DOSM Negeri Sembilan telah hadir ke sesi ini bagi mengambil peluang untuk memahami intipati Banci Pertanian 2024 dengan lebih mendalam.





Sesi taklimat ini juga dibantu oleh wakil pegawai dari JKK PIO dan ILSM. Semoga taklimat ini memberi ilmu yang manfaat kepada semua peserta untuk disampaikan kembali kepada pembanci di kemudian hari.


Baca selanjutnya...

11 May 2024

Futsal POG Siri 1/2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

10/5/2024 (Jumaat) - Agak lama juga anggota POG tidak bermain futsal bersama kerana kekurangan pemain. Kalau nak harapkan anggota Tetap semata-mata memanglah tak cukup pemain. Tambahan pula anggota Tetap yang ada kebanyakannya dibelenggu masalah kecederan, lutut longgar serta kurang stamina disebabkan jarang bersenam dan paru-paru sentiasa diselubungi asap mahupun wap. Malah beberapa pemain bintang juga telah melewati zaman kegemilangan mereka kerana peningkatan usia...

Bagaimanapun kemasukan pemain bintang baharu dari Perlis iaitu sdra. Akmar, kembali memeriahkan arena futsal POG. Satu perlawanan suka-suka antara gabungan anggota Tetap, PMS sedia ada dan beberapa bekas anggota PSH POG telah diadakan di VIP Futsal, Rawang. 





Ramai antara mereka yang boleh bermain dengan baik dan ada anggota Tetap yang membawa bersama anak-anak yang nampak cukup berbakat. Nampaknya lepas ni bolehlah kita main selalu, sekurang-kurangnya sebulan sekali...

Baca selanjutnya...

9 May 2024

Taklimat Operasi Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2024/2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Gombak - Taklimat Operasi Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2024/2025 telah diadakan pada 8-9 Mei 2024. Taklimat ini telah melibatkan anggota tetap dan anggota PMS dari Pejabat Operasi Gombak.





HIES/BA 2024/2025 dilaksanakan bermula Mei 2024 sehingga April 2025 yang meliputi  tempat kediaman terpilih untuk mendapatkan maklumat berkaitan pola taburan pendapatan, corak perbelanjaan, status kemiskinan dan jurang pendapatan isi rumah di negara ini.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.