Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

1 Jun 2023

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rozan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Rozan bin Sulaiman, Pembantu Perangkaan E22 (TBK1), telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 7.31pm, 1 Jun 2023.

Bayi seberat 3.03 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Hadif Sufyan bin Rozan.


Tahniah kepada En. Rozan dan isteri sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...

26 May 2023

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

26 Mei 2023 (Jumaat) - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pejabat Operasi Gombak telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Pengarah DOSM Selangor, Ketua Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Ketua-Ketua Unit.

Ucapan Puan Pengarah & Ketua POG

Pengacara Majlis & Pembaca Doa

Pemenang POG's 100 Days Biggest Loser Challenge 
kategori Lelaki & Wanita


Sumbangan Kelahiran cahaya mata (En. Rashid) & Perpisahan Pn. Fatiha yang akan
bertukar ke DOSM Shah Alam mulai 1 Jun 2023




Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota POG dan para tetamu yang menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah antara sesama anggota DOSM Selangor khususnya di POG bertambah erat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA POG.


Baca selanjutnya...

11 May 2023

Taklimat Pemantapan Operasi Banci Ekonomi (BE) 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 Mei 2023 - Sesi Taklimat Pemantapan Operasi Banci Ekonomi (BE) 2023 telah diadakan selama 3 hari bertempat di Auditorium Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam. 








Taklimat ini bertujuan untuk memberi latihan dan memantapkan lagi kerja-kerja operasi Banci Ekonomi yang telah bermula. Semoga kerja-kerja operasi Banci Ekonomi berjalan dengan lancar sehingga selesai pada bulan September nanti.

Baca selanjutnya...

9 May 2023

Majlis Meriahnya Raya 2023 DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

9 Mei 2023 (Selasa) – Alhamdulillah selesai sudah sambutan majlis Meriahnya Raya 2023 DOSM Selangor yang telah diadakan di National Institutes of Health Malaysia (NIH) Setia Alam. 















Hampir 600 orang anggota yang terdiri daripada anggota Tetap & PMS DOSM Shah Alam, Pejabat Operasi Kajang & Pejabat Operasi Gombak hadir ke majlis ini. 

Begitu meriah sekali sambutan raya DOSM Selangor tahun ini disebabkan ramainya pengambilan anggota PMS untuk projek besar Banci Ekonomi 2023 dan persediaan Banci Pertanian 2024. 


Baca selanjutnya...

25 Apr 2023

Selamat Datang Puan Noriza

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 25 April 2023, Puan Noriza bt Ali, Pembantu Perangkaan Gred E26 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak, bagi mengisi perjawatan E26 yang telah lama kosong sejak En. Nadarajah bersara.


Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia sejak tahun 1997, sebelum ini beliau bertugas di Bahagian Perangkaan Pertanian & Alam Sekitar (BPAS), Ibu Pejabat DOSM Putrajaya.

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Noriza ke dalam keluarga POG, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.

Baca selanjutnya...

14 Apr 2023

Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Infak Ramadan KSKS 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 14 April 2023 bersamaan 24 Ramadan 1444H, Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial DOSM Selangor (KSKS) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Infak Ramadan bersama ahli-ahli kelab dan juga keluarga termasuk dari Pejabat Operasi Gombak dan Pejabat Operasi Kajang.

Kelab POG yang bernaung di bawah KSKS turut berkesempatan menghantar wakil ke majlis tersebut, yang dimeriahkan dengan kehadiran Puan Pengarah DOSM Selangor, Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah. Turut hadir adalah Ketua Pejabat Operasi Gombak dan Ketua Pejabat Operasi Kajang.

Sementara menunggu waktu berbuka, Puan Pengarah turut berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada para peserta Majlis Khatam Al-Quran serta sumbangan Kotak Kongsi Rezeki Imarah Ramadan hasil infak warga DOSM Selangor kepada ahli kelab yang layak. 











Ramadan pun sudah hampir berada di penghujungnya. Semoga tarbiyyah Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.