Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

29 Mar 2022

Sesi Walkabout Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah DOSM Selangor ke POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

29 Mac 2022 (Selasa) : Sesi Walkabout Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah DOSM Selangor ke Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor (POG). Sesi suaikenal ini disambut oleh Ketua Pejabat Operasi Gombak, Encik Frankie Albert Antau dan semua warga kerja POG. 







Baca selanjutnya...

22 Mar 2022

Selamat Datang (Kembali) Puan Tini; Pengarah Baharu DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya seluruh warga Pejabat Operasi Gombak ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hartini binti Yaacob atas pemangkuan Gred E54 sebagai Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor yang baharu berkuatkuasa mulai 14 Mac 2022.  

Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Pengarah DOSM Negeri Sembilan.

Beliau juga pernah bersama DOSM Selangor sebagai Timbalan Pengarah serta pernah juga memangku tugas-tugas Pengarah DOSM Selangor antara 14 Oktober 2016 - 15 Mac 2017, setelah Pengarah DOSM Selangor ketika itu, Tuan Haji Ibrahim bin Jantan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kanan (JUSA C), Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan (BPHPP) di Ibu Pejabat, Putrajaya.


Kami warga POG mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di DOSM Selangor kepada beliau. Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan baik seterusnya meningkatkan kecemerlangan DOSM Selangor.


Baca selanjutnya...

18 Mar 2022

Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Fadzly, En. Rahim, Pn. Siti Hajar & Pn. Nur Al-Kauthar

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa orang anggota POG di atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Perangkaan E19 ke Gred E22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) berkuatkuasa Julai 2021. 

Anggota-anggota tersebut adalah :

1. En. Mohd Fadzly b. Mohd Noor
2. En. Abdul Rahim b. Shaharuddin
3. Pn. Siti Hajar bt. Tajul Arus
4. Pn. Nur Al-Kauthar bt. Burhan



Sesi penyerahan surat lantikan telah diadakan di Ibu Pejabat DOSM Selangor dan disampaikan oleh Tuan Pengarah, En. Muhammad Amri bin Idris.



* Tiada gambar Pn. Siti Hajar (mengerjakan umrah) & Pn. Nur Al-Kauthar (bercuti)...



Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin 
dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

11 Mar 2022

Salam Perpisahan Pengarah DOSM Selangor, En. Amri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga POG merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris di atas perlantikan sebagai Pengarah DOSM Sabah berkuatkuasa 14 Mac 2022.


Pada 11 Mac 2022 (Jumaat), Tuan Pengarah sempat hadir ke POG bagi menyampaikan amanat dan mengucapkan salam perpisahan kepada warga POG dalam satu majlis ringkas.



Kami warga POG ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas segala jasa, nasihat, tunjuk ajar dan sumbangan yang telah beliau curahkan kepada DOSM Selangor khususnya kepada warga POG sejak menjawat jawatan Pengarah DOSM Selangor pada 16 Mac 2017. 

Mohon maaf atas segala keterlanjuran tingkah laku mahupun tutur kata yang menyinggung perasaan. 

Kami turut mendoakan semoga En. Amri dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, dipermudahkan segala urusan serta terus maju jaya dan lebih cemerlang dalam menjalankan tugas mentadbir DOSM Sabah nanti.


Baca selanjutnya...

28 Jan 2022

Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2021

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2021, hasil daripada Survei Penilaian Impak Bencana Banjir Terhadap Tempat Kediaman & Premis Perniagaan yang telah dijalankan baru-baru ini.


Terima kasih kepada semua warga DOSM khususnya warga POG yang terlibat dalam mengumpul, menganggar & menyediakan laporan ini.

Bersama-sama ini disertakan senarai antara laporan media yang membuat liputan terhadap kajian tersebut:

1.     YouTube Buletin TV3
KAJIAN IMPAK BANJIR | Negara Kerugian Hingga RM6.5 Bilion Akibat Bencana Banjir

2.    Berita Harian Online
Kerugian banjir RM6.1 bilion

3.    Free Malaysia Today
December’s floods cost RM2.6bil in damage to homes, vehicles

4.    Malaysiakini
Banjir besar akhir tahun lalu akibatkan kerugian lebih RM6 bilion

5.     Malaysianow
Kerugian banjir dianggarkan sebanyak RM6.1 bilion, kata laporan kerajaan

6.    Harian Metro
Jumlah keseluruhan kerugian akibat banjir RM6.1 bilion

7.    Astro Awani
Banjir landa negara akibatkan kerugian cecah RM6.1 bilion - Jabatan Perangkaan

8.    The Sun Daily
Malaysia floods caused over RM6b in losses 

9. Malay Mail
Stats Dept: Malaysia floods caused over RM6b in losses

10.  Kosmo
Kerugian bencana banjir cecah RM6.1 bilion

11. MalaysiaGazette
Kerugian akibat banjir RM6.1 bilion

12. TheEdgeMarkets
Recent floods caused RM6.1b losses — DOSM

13. The Malaysian Insight
December floods caused RM6.1 billion in losses, says Statistics Dept

14. Selangor Journal
Malaysia floods caused nearly RM6.1 bln in losses, RM900 mln in Selangor alone — DOSM

15. New Straits Times
Malaysia incurs loss of RM6.1 billion following nationwide floods


Baca selanjutnya...

24 Jan 2022

Kenaikan Pangkat: Tahniah Pn. Ainun

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 
Puan 'Ainun Sa'adah bt Hj Abdul Rahim di atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ke Gred N22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) berkuatkuasa 14 April 2021. 

Buat masa ini, beliau kekal ditempatkan di Pejabat Operasi Gombak.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.