Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

14 Apr 2019

Kejohanan Boling Tertutup POG 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13 April 2019 (Sabtu) - Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) telah menganjurkan Kejohanan Boling Tertutup Pejabat Operasi Gombak bertempat di iBowl, Brem Mall, Kepong.

POG turut berbesar hati di atas kesudian Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris dan En. Fairoz dari Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam hadir memeriahkan kejohanan ini.

Sebelum acara bermula, turut diadakan gimik pelancaran ISI World Statistics Congress ke-62 yang bakal berlangsung pada 18-23 Ogos 2019 nanti di mana DOSM menjadi tuan rumah.








Berikut adalah keputusan kejohanan tersebut:

Kategori Lelaki:
1. En. Azeman 
2. En. Bazri
3. En.Rohaizad
4. En. Aiman
5. En. Fairoz



Kategori Wanita:
1. Cik  Afiza (PSH)
2. Cik Marini (PSH)
3. Kak Yam (cleaner POG)
4. Pn. Kartini (PSH)
5. Cik Amirah (PSH)


Kategori Khas
Raja & Ratu L......g
(tak sampai hati nak tulis.. nama juga terpaksa dirahsiakan
demi menjaga perasaan peserta...hehe)



Tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa cuba lagi dalam kejohanan yang akan datang (bolehlah mula berlatih dengan gigih bermula dari sekarang). Semoga kejohanan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga POG dan keluarga masing-masing.

Baca selanjutnya...

13 Apr 2019

Majlis Ceramah Sempena Israk Mikraj

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

12/04/2019 (Jumaat) - Jawatankuasa Penerapan Nilai-Nilai Murni, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (POG) telah mengadakan Majlis Ceramah Sempena Peristiwa Israk Mikraj bertempat di Bilik Taklimat Sri Selayang, POG dan dihadiri oleh semua kakitangan Tetap dan PSH.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Anwar bin Mohd Ibnu, seorang pendakwah bebas yang juga Imam 2, Masjid Antara Gapi, Serendah. 








Selain kisah Israk dan Mikraj, antara intipati ceramah beliau : 

~ Sentiasa bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan setiap suruhan-Nya. 
~ Menjauhi segala larangan-Nya serta perkara-perkara yang boleh menyebabkan syirik kepada-Nya, kerana dosa syirik tidak akan diampunkan Allah s.w.t.
~ Kembali mengamalkan Amar Maaruf Nahi Mungkar, bermula dengan diri sendiri dan keluarga.
~ Ikhlas dalam setiap perbuatan khususnya dalam pekerjaan.
~ Allah menjanjikan syurga kepada setiap hamba-Nya yang beriman walaupun cuma sebesar zarah. Namun perlu sentiasa tingkatkan kualiti iman.
~ Wujudkan majlis ilmu di rumah bersama keluarga.  


Baca selanjutnya...

6 Apr 2019

Kejohanan Futsal Tertutup POG Siri 2/2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

K-POG telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup POG, bertempat di Gelanggang Futsal MPS, Bt 17 Rawang. Para pemain yang terdiri dari kalangan anggota Tetap dan PSH telah diundi secara telus dan dibahagikan kepada 5 pasukan mengikut warna :







Keputusan :

 Juara : Kuning

 Naib Juara : Putih

 Ketiga : Merah

 Keempat : Hitam

dan Kelima : Biru (jangan la malu-malu)

Setinggi-tinggi  tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pemain yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Kepada pasukan yang tidak berjaya, jangan ada rasa kecewa. Kejohanan akan datang kita buat undian semula ya... Yang penting, tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama anggota di samping memupuk budaya hidup sihat.... FitDosm.


Baca selanjutnya...

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

5 April 2019 (Jumaat) - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Peringkat Zon Tengah bersama DOSM Negeri Selangor bertempat di Dewan Multaqam, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur. 

Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua 15 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2018 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Abdul Rahim bin Shaharuddin dan En. Rozan bin Sulaiman. Tak lupa juga buat En. Muhammad Amirul Aziz yang menerima anugerah PSH Cemerlang 2018.





Semoga kejayaan dan kecemerlangan mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.


Baca selanjutnya...

7 Mar 2019

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 KSKS

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

6 Mac 2019 (Rabu) - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial DOSM Selangor (KSKS) telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan dihadiri oleh semua kakitangan tetap DOSM Selangor.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2019/2020, khususnya En. Rozan bin Sulaiman yang telah dipilih sebulat suara untuk mewakili P.O Gombak :



Pengerusi : En. Sharudin bin Shafie

Tim. Pengerusi : En. Mohd Fairoz bin  Abdul Rani

Setiausaha : Pn. Nor Amalina bt Ahmad@ Ghazali

Naib Setiausaha : Cik Siti Suhaina bt Abd Wahab

Bendahari : Pn. Nurul Nadia bt Baharin


Wakil Seksyen & P.O :

Seksyen Rangka&Pemetaan - En. Mohd Husaini bin Jamaluddin

Seksyen Isi Rumah - Pn. Salini bt Mahamad

Seksyen Harga-Harga - En Mohd Khairul bin Mohd Nordin

Seksyen Industri - En. Ahmad Fais bin Misbah

Seksyen Perkhidmatan - En. Mohamad Jafri bin Basar

Seksyen Pentadbiran - Pn. Nurhidaya bt Shamsidin

Seksyen Prosesan - Pn. Jalina bt Rashid

PO Kajang - Cik Nor Hasni bt Nayan

PO Gombak - En. Rozan bin Sulaiman

Semoga Jawatankuasa baru ini dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi.


Baca selanjutnya...

Ceramah Mengukuh Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Perkhidmatan Awam & Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SHAH ALAM, 6 Mac - Selesai Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga DOSM Selangor, diadakan pula sesi Ceramah & Perkongsian Bertajuk "Mengukuh Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Perkhidmatan Awam" oleh Tuan Mohd Zamir bin Zubid, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor. 

Seterusnya diadakan majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh warga DOSM Selangor. Bacaan ikrar dipimpin oleh YBrs. Encik Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor dan disaksikan oleh YBhg. Dato Hj Alias Salim, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor.












Kepada semua Warga DOSM Selangor, JAUHILAH ABCD!

A - AMBIL
B - BERI
C - CLAIM (tuntutan palsu)
D - DUDUK (salah guna kedudukan/kuasa)

Semua gambar ihsan FB DOSM Selangor.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.