Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

27 May 2018

Majlis Berbuka Puasa POG 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 26 Mei 2018, bersamaan 10 Ramadhan 1439 (Sabtu), POG telah meneruskan tradisi mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di pejabat POG bersama-sama anggota seisi keluarga.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama anggota dan ahli keluarga masing-masing. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah, Encik Muhammad Amri bin Idris serta beberapa orang pegawai lain dari Shah Alam serta ahli keluarga mereka

Menu: Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Kambing Panggang, Ayam dan Sosej Panggang, Dalca, Acar serta pelbagai kuih muih dan pencuci mulut lain.



























Begitulah meriahnya suasana majlis tersebut. Harap maaf atas segala kekurangan.
Baca selanjutnya...

29 Apr 2018

Program Gegar Riuh DOSM Explorace 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

28 April 2018 (Sabtu) - Pejabat Operasi Gombak (POG) telah menganjurkan Program Gegar Riuh DOSM Explorace 2018 bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. 

Program yang telah diadakan buat julung-julung kalinya ini disertai oleh 11 pasukan dari Ibu Pejabat DOSM Selangor Shah Alam, Pejabat Operasi Gombak, Pejabat Operasi Kajang serta pasukan jemputan dari DOSM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai pemanas badan pembuka acara. Diikuti acara 'explorace' yang menguji kemahiran peserta menyelesaikan tugasan dan permasalahan yang diberi di setiap 'checkpoint' . Turut diadakan acara cabutan bertuah untuk memeriahkan suasana.

Keputusan DOSM Explorace 2018 : 

1. Suka Suki Aje (Ibu Pejabat DOSM Selangor Shah Alam)
2. Abang Long Ranger (Ibu Pejabat DOSM Selangor Shah Alam)
3. Kroni (Pejabat Operasi Kajang)
4. POGku Sayang (Pejabat Operasi Gombak)


Saksikan kemeriahan program tersebut :

















 Juara : Suka Suki Aje (Ibu Pejabat DOSM Selangor Shah Alam)

 Tempat Kedua : Abang Long Ranger (Ibu Pejabat DOSM Selangor Shah Alam)

Tempat Ketiga : Kroni (Pejabat Operasi Kajang)




Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa, anggota POG termasuk pelajar-pelajar praktikal yang telah bertungkus lumus merancang dan menjayakan program explorace ini. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi semangat kerjasama berpasukan dan hubungan silaturrahim di kalangan anggota DOSM.

Baca selanjutnya...

21 Apr 2018

Pemilihan Ahli Jawatankuasa KPOG 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 20 April 2018 (Jumaat), pemilihan bagi jawatankuasa Kelab P.O.G bagi tahun 2018-2019 telah dijalankan. Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut:

Penasihat : En. Frankie anak Albert Antau
Pengerusi : Cik Siti Norasyikin bt Mohd Ghani 
Timbalan Pengerusi : En. Mohamad Bazri bin Abu Bakar
Setiausaha : En. Muhammad Aiman bin Mohd Arshad
Bendahari : Pn. Emily Singa

AJK :         
En. Mohd Fadzly bin Mohd Noor (Sukan)
Pn. Husna Bt Khiri (Kebajikan)
En. Abdul Rahim bin Shaharuddin (Sosial)
Pn. Nik Zafifah bt Nik Ibrahim (Ekonomi)
En. Ali bin Ahmad (Blog)





Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa lama yang telah memberi komitmen yang cukup padu dalam merancang dan menjayakan semua aktiviti yang telah dijalankan, dibantu kerjasama dari semua ahli K-POG. Diharapkan ahli jawatankuasa yang baru dipilih ini akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi.


Baca selanjutnya...

15 Apr 2018

Mendaki Bukit Broga 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 14 April 2018 (Sabtu), Pejabat Operasi. Kajang telah menganjurkan aktiviti Mendaki Bukit Broga, Semenyih yang berketinggian 400 meter dari paras laut. Semua warga DOSM Selangor dijemput menyertainya.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan dari warga DOSM Selangor itu turut dimeriahkan dengan penyertaan Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris; Ketua Penolong Pengarah, En. Mohd Suhaidi Abdul Rais dan Ketua Pejabat Operasi Kajang, termasuk En. Mohd Shahrill bin Abdul Rashid. Manakala P.O Gombak cuma dapat menghantar seorang wakil iaitu Cik Syikin, yang lain mungkin sibuk dengan urusan masing-masing (maklumlah hari cuti).






Tahniah kepada anggota P.O Kajang yang merancang dan menjayakan program ini, serta tahniah kepada semua pendaki yang terlibat, sama ada yang berjaya sampai ke puncak mahupun tidak. Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat melahirkan warga DOSM yang sihat dan cergas serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.