Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

21 Jun 2017

Majlis Khatam Al-Quran, Bacaan Tahlil & Berbuka Puasa

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

20 Jun 2017 (Selasa) - Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) telah menganjurkan program Majlis Khatam Al-Quran, Bacaan Tahlil, Penyampaian Sumbangan kepada warga Jabatan yang memerlukan & Berbuka Puasa bertempat di Aras LG, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam. Berikut adalah tentatif program :

     5.30pm - Ketibaan Jemputan

     5.45pm - Ucapan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor,
                   Encik Muhammad Amri bin Idris

     6.00pm - Khatam Al-Quran
                 - Tahlil
                 - Penyampaian Sumbangan

     7.20pm - Berbuka Puasa
                 - Solat Maghrib Berjemaah

     8.00pm - Bersurai

Sehubungan itu, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga P.O Gombak yang terlibat menjayakan program Tadarus Al-Quran di peringkat POG sepanjang bulan Ramadhan ini. Agihan surah untuk POG tahun ini adalah Surah Al-Maidah, Al-An'am, Al-A'raf, Al-Anfal dan At-Taubah. Semoga kita semua diberi ganjaran pahala yang berganda serta meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah.










 *semua gambar adalah ihsan blog KSKS


Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf".



Nabi s.a.w juga telah bersabda:
" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menghalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)

  

Baca selanjutnya...

17 Jun 2017

Majlis Berbuka Puasa POG 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 16 Jun 2017, bersamaan 21 Ramadhan 1438 (Jumaat), POG telah meneruskan tradisi mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di pejabat POG bersama-sama anggota seisi keluarga.

Menu: Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah, Daging Kambing Panggang, Ayam dan Sosej Panggang, Acar serta pelbagai kuih muih dan pencuci mulut lain.




















Begitulah meriahnya suasana majlis tersebut. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Harap maaf atas segala kekurangan.
Baca selanjutnya...

10 Jun 2017

Tazkirah Ramadhan : Lailatul Qadar - Ustaz Mohd Fuad

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

9 Jun 2017 (Jumaat) - Kelab Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Majlis Ceramah Agama sempena bulan Ramadhan al-Mubarak. Ceramah tersebut disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Mohd Fuad b. Mohammad Farid Khan; Eksekutif Wakaf & Dakwah IK Sunnah LifeStyle.




Berikut adalah intipati ceramah untuk kita renung dan amalkan bersama dalam usaha mencari Lailatul Qadar, 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

1. Antara waktu mustajab untuk berdoa:
~ Ketika waktu sahur dan di akhir sepertiga malam.
~ Ketika waktu berbuka puasa.
~ Ketika hujan turun.
~ Ketika malam Lailatul Qadar.
~ Ketika waktu antara azan dan iqamah.
~ Ketika sujud dalam solat.
~ Ketika sebelum memberi salam dalam solat wajib.
~ Ketika hari jumaat.
~ Ketika waktu antara 2 khutbah dalam solat jumaat.

2. Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 1000 bulan bersamaan 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

~ Di antara tanda malam Al-Qadar adalah malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas; manakala pada siangnya cahaya matahari warnanya kelihatan pucat.

~ Cara mencari dan menghidupkan Lailatul Qadar seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan ialah: :
  • Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
  • Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang menghadiri solat isya' berjemaah, maka baginya pahala solat separuh malam, dan sesiapa yang solat isya' dan subuh berjemaah, maka baginya pahala solat sepanjang malam." HR Muslim & Tirmidzi.
  • Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
  • Uzlah (tidak mendekati) isteri.
  • Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
  • Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
  • Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
  • Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
  • Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
  • Berdoa ke hadrat Ilahi. Rasulullah s.a.w sering membaca doa:  "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih." 
  • Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
“Siapa yang menghadiri shalat ‘Isya berjamaah, maka baginya pahala shalat separuh malam. Siapa yang melaksanakan shalat ‘Isya dan Shubuh berjamaah, maka baginya pahala shalat semalam penuh.”


Sumber : https://rumaysho.com/11367-cara-mendapatkan-lailatul-qadar.html
Apa yang dikatakan oleh Imam Syafi’i dan ulama lainnya di atas sejalan dengan hadits dari ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
“Siapa yang menghadiri shalat ‘Isya berjamaah, maka baginya pahala shalat separuh malam. Siapa yang melaksanakan shalat ‘Isya dan Shubuh berjamaah, maka baginya pahala shalat semalam penuh.” (HR. Muslim no. 656 dan Tirmidzi no. 221).


Sumber : https://rumaysho.com/11367-cara-mendapatkan-lailatul-qadar.html
Apa yang dikatakan oleh Imam Syafi’i dan ulama lainnya di atas sejalan dengan hadits dari ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
“Siapa yang menghadiri shalat ‘Isya berjamaah, maka baginya pahala shalat separuh malam. Siapa yang melaksanakan shalat ‘Isya dan Shubuh berjamaah, maka baginya pahala shalat semalam penuh.” (HR. Muslim no. 656 dan Tirmidzi no. 221).


Sumber : https://rumaysho.com/11367-cara-mendapatkan-lailatul-qadar.html
Apa yang dikatakan oleh Imam Syafi’i dan ulama lainnya di atas sejalan dengan hadits dari ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
“Siapa yang menghadiri shalat ‘Isya berjamaah, maka baginya pahala shalat separuh malam. Siapa yang melaksanakan shalat ‘Isya dan Shubuh berjamaah, maka baginya pahala shalat semalam penuh.” (HR. Muslim no. 656 dan Tirmidzi no. 221).


Sumber : https://rumaysho.com/11367-cara-mendapatkan-lailatul-qadar.html

3. Di akhir ceramah, Ustaz Mohd Fuad turut menerangkan kelebihan kitab Tafsir Ibnu Kathir, iaitu sebuah kitab tafsir tertua berusia lebih 700 tahun. Kitab tafsir ini dianggap yang terbaik, terlengkap dan terkenal dalam dunia keilmuan Islam. Ia menjadi rujukan kepada semua cendekiawan Islam Ahlus Sunnah wal Jama'ah di seluruh dunia.

Baca selanjutnya...

Sumbangan Hari Lahir, Kelahiran Anak & Kematian

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

9 Jun 2017 (Jumaat) - Dalam satu majlis ringkas, penyerahan sumbangan dari Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) DOSM Selangor serta KPOG telah diadakan.

Sumbangan hadiah hari lahir : En. Afiq & En. Haidzir

 Sumbangan kelahiran cahaya mata : En. Afiq & Puan Siti Fatimah

Sumbangan kematian ahli keluarga :
En. Afiq (bapa) & En. Frankie (ibu)


Baca selanjutnya...

24 May 2017

Majlis Tazkirah Ramadhan - Ustaz Awang Mamat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

23 Mei 2017 (Selasa) - Kelab Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Majlis Ceramah Agama sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. Ceramah tersebut disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Awang bin Mamat.

Majlis dipengerusikan oleh En. Mohd Fadzly bin Mohd Noor, diikuti bacaan doa oleh En. Abdul Rahim bin Shaharuddin.






Berikut adalah intipati ceramah untuk kita renung dan amalkan bersama sepanjang bulan Ramadhan ini :

~ Generasi kini tidak lagi cintakan al-Quran. Maka bermulanya Ramadhan ini sama-samalah kita berubah mendekatkan diri dengan al-Quran. Buat tadarus sekurang-kurangnya 1 mukasurat sehari.

~ Sentiasa bermuhasabah diri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, bukan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja malah juga selepasnya.

~ Menghayati bahawa ibadah puasa itu kerana Allah, jangan cuma berlapar dahaga kerana semata-mata diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan. Maka kena tunaikan juga ibadah lain yang wajib seperti mendirikan solat 5 waktu dan menutup aurat serta banyak bersedekah dan sebagainya.

~ Jangan tinggalkan bangun bersahur walaupun dengan hanya minum seteguk air dan sebiji tamar. Sebaik-baiknya dilakukan di akhir malam ketika sudah hampir waktu subuh serta diiringi dengan banyak berdoa, beristighfar dan solat malam.

~ Mengerjakan solat berjemaah, jika tak sempat ke surau/masjid sekurang-kurangnya dikerjakan di rumah bersama keluarga.

~ Solat isyak berjemaah di surau/masjid diikuti dengan solat terawih, solat witir dan bertadarus. 

~ Sentiasa produktif di tempat kerja dan tidak bermalas-malasan kerana sikap bermalas-malasan itu akan menyebabkan bulan Ramadhan itu menjadi fitnah kepada orang Islam, seolah-olah dengan berpuasa menjadikan umat Islam malas, lemah dan tidak produktif.

~ Jangan membazir ketika berbuka, kawal nafsu makan dan nafsu mata ketika membeli makanan di bazar Ramadhan.

~ Berbuka bersama keluarga dan jangan makan terlalu banyak. Banyakkan berdoa sebelum berbuka kerana waktu sebelum berbuka adalah antara waktu mustajab untuk berdoa. Sebaiknya bergilir-gilirlah berdoa antara suami, isteri dan anak-anak menyatakan hasrat masing-masing dalam bahasa yang mudah difahami.

Selesai ceramah, En. Arifin Amin mewakili POG 
menyampaikan sumbangan cenderahati kepada Ustaz Awang.

Baca selanjutnya...

20 May 2017

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

19 Mei 2017 (Jumaat) - Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga DOSM Selangor bertempat di Auditorium Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 Shah Alam.



Aturcara majlis:
~ Ucapan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor; En.Muhammad Amri bin Idris, diikuti sesi dialog antara Pengurusan Kanan Jabatan bersama anggota DOSM Selangor.

~ Pembentangan Aktiviti Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) DOSM Selangor bagi tahun 2017-2018.

~ Pelancaran #FitDosm Selangor.

~ Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016 di mana seramai 15 orang anggota JP Selangor telah dipilih menerima anugerah tersebut termasuk seorang anggota dari P.O. Gombak.



Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2016 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada satu-satunya anggota P.O Gombak yang layak menerima anugerah tersebut iaitu Puan Hazwani bt Abdullah.

 

Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dapat menjadi contoh teladan dan menggalakkan warga POG yang lain agar meningkatkan produktiviti, berintegriti dan lebih beriltizam agar mencapai kualiti yang tinggi seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.



Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.