Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

4 Jun 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


3 Jun 2016 (Jumaat) - Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga JP Selangor & Sesi Penerangan Banci Ekonomi (BE) 2016 bertempat di Auditorium Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 Shah Alam.

Aturcara majlis:
~ Ucapan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor; Tuan Haji Ibrahim bin Jantan, diikuti sesi dialog bersama anggota JP Selangor.

~ Sesi Penerangan Banci Ekonomi (BE) 2016 oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor; Puan Hartini bt Yaacob.

~ Penyampaian Sijil Penghargaan kepada  Kumpulan Inovatif & Kreatif JP Selangor iaitu Kumpulan KRINOV (yang turut dianggotai oleh En. Frankie anak Albert Antau dan En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab dari P.O Gombak)

 Kumpulan KRINOV

~ Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2015 di mana seramai 16 orang anggota JP Selangor telah dipilih menerima anugerah tersebut termasuk 3 orang anggota dari P.O. Gombak.


Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2015 bagi JP Selangor, khususnya kepada tiga anggota P.O Gombak yang menerima anugerah tersebut iaitu En. Ahmad Rahimi bin Abdullah, Puan 'Ainun Sa'adah bt Haji Abd. Rahim dan En. Azizol bin Harun (kini telah bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, JP Kelantan).





Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dapat menjadi contoh teladan dan menggalakkan warga POG yang lain agar meningkatkan produktiviti, berintegriti dan lebih beriltizam agar mencapai kualiti yang tinggi seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.

Baca selanjutnya...

12 May 2016

Majlis Perasmian pejabat baru Pejabat Operasi Gombak 2

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 12 Mei 2016 (Khamis), Majlis Perasmian bangunan pejabat baru Pejabat Operasi Gombak 2 telah diadakan berserta dengan majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor. Penyewaan pejabat tambahan terpaksa dibuat bagi mengatasi masalah kesesakan di bangunan pejabat sedia ada. Bangunan pejabat baru ini bakal diduduki oleh Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi projek Banci Ekonomi 2016 dan Penyiasatan Pendapatan & Perbelanjaan Isirumah (HIES).

Aturcara pada hari tersebut:
1. Program ceramah Israk dan Mikraj oleh penceramah jemputan.
2. Bacaan Surah Yaasin.
3. Pengenalan Banci Ekonomi dan HIES oleh Ketua Pejabat Operasi Gombak, En. Frankie anak Albert Antau.
4. Ucapan Perasmian oleh Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, Tuan Haji Ibrahim bin Jantan.
5. Sesi Dialog bersama anggota.


















"Bekerjalah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari..."


Baca selanjutnya...

10 May 2016

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Fadzly

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En.Mohd Fadzly b. Mohd Noor, Pembantu Perangkaan E17, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 4.38 pm, 9 Mei 2016.

Bayi seberat 3.3 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Qaseh Adalia bt Mohd Fadzly.

Tahniah kepada En.Fadzly dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata ketiga mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

2 Apr 2016

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Puan Zureen

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Azureen binti Mohd Sirojuddin, Pembantu Tadbir (Kewangan) N17, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 5.30 pagi, 1 April 2016.

Bayi seberat 2.68 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Sungai Buloh dan dinamakan Muhammad Aqil Harraz bin Mohamad Faisal.

Tahniah kepada Puan Azureen dan suami beliau sempena kelahiran putera kedua mereka itu. Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-putera mereka bakal menjadi anak yang soleh... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

27 Mar 2016

Hari Keluarga POG 2016

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

26 Mac 2016 (Sabtu) - Kelab POG telah menganjurkan Hari Keluarga POG bertempat di The Nahara, Kalumpang, Hulu Selangor. Ramai juga anggota POG dapat menghadirkan diri bersama keluarga masing-masing. Meriah sungguh suasana pada hari itu dengan aktiviti mandi manda, memancing dan menikmati hidangan BBQ.






Setinggi penghargaan kepada barisan AJK serta semua anggota yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan menjayakan hari keluarga ini. Diharapkan dengan penganjuran hari keluarga ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama anggota serta dapat lebih mengenali ahli keluarga masing-masing.


Baca selanjutnya...

16 Mar 2016

Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Rohaizad

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Peluang dan peningkatan kerjaya penjawat awam terbuka luas apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2013 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Berada Di Gred Lantikan.

Sebelum ini, pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based bagi pegawai Kumpulan Pelaksana yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Melalui pekeliling baru ini, tempoh kenaikan pangkat secara KUP telah dipendekkan daripada 15 tahun kepada 13 tahun. Penambahbaikan ini juga mengambil kira penilaian kecemerlangan. 

Kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan bertujuan untuk menyediakan peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai yang mencapai prestasi yang baik di samping menunjukkan sikap dan komitmen kerja yang positif. Dengan ini, pegawai berpeluang untuk meningkat dalam kerjaya melalui kaedah kenaikan pangkat tanpa terikat kepada keperluan kekosongan jawatan.

Sehubungan itu, Pejabat Operasi Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Rohaizad bin Mohamad Hashim yang telah memenuhi syarat kenaikan pangkat secara time based berasaskan kecemerlangan berkuatkuasa 2 Mei 2015.

Semoga kenaikan pangkat ini akan menjadi pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang di masa akan datang.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.