Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

27 Mar 2016

Hari Keluarga POG 2016

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

26 Mac 2016 (Sabtu) - Kelab POG telah menganjurkan Hari Keluarga POG bertempat di The Nahara, Kalumpang, Hulu Selangor. Ramai juga anggota POG dapat menghadirkan diri bersama keluarga masing-masing. Meriah sungguh suasana pada hari itu dengan aktiviti mandi manda, memancing dan menikmati hidangan BBQ.






Setinggi penghargaan kepada barisan AJK serta semua anggota yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan menjayakan hari keluarga ini. Diharapkan dengan penganjuran hari keluarga ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama anggota serta dapat lebih mengenali ahli keluarga masing-masing.


Baca selanjutnya...

16 Mar 2016

Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Rohaizad

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Peluang dan peningkatan kerjaya penjawat awam terbuka luas apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2013 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Berada Di Gred Lantikan.

Sebelum ini, pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based bagi pegawai Kumpulan Pelaksana yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Melalui pekeliling baru ini, tempoh kenaikan pangkat secara KUP telah dipendekkan daripada 15 tahun kepada 13 tahun. Penambahbaikan ini juga mengambil kira penilaian kecemerlangan. 

Kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan bertujuan untuk menyediakan peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai yang mencapai prestasi yang baik di samping menunjukkan sikap dan komitmen kerja yang positif. Dengan ini, pegawai berpeluang untuk meningkat dalam kerjaya melalui kaedah kenaikan pangkat tanpa terikat kepada keperluan kekosongan jawatan.

Sehubungan itu, Pejabat Operasi Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Rohaizad bin Mohamad Hashim yang telah memenuhi syarat kenaikan pangkat secara time based berasaskan kecemerlangan berkuatkuasa 2 Mei 2015.

Semoga kenaikan pangkat ini akan menjadi pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

17 Feb 2016

Audit Promosi EKSA Siri 2

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Rentetan daripada Audit Dalaman EKSA Siri 2 yang diadakan pada 14 Januari 2016, JK Promosi EKSA juga menganjurkan pertandingan atau lebih dikenali sebagai PRO-AUDIT SIRI 2 yang diadili pada 14 Januari 2016 dan 15 Januari 2016. PRO-AUDIT SIRI 2 mempertandingkan ruang kerja individu mengikut kategori seperti di bawah:

1) Kategori Orkid: Gred 41 dan ke atas 
2) Kategori Mawar: Gred 22 hingga Gred 40
3) Kategori Carnation: Gred 11 hingga 22 (KUP)

Berikut adalah emel dari JK Promosi EKSA yang diketuai oleh Puan Munerah Mohamad Zaman:

Pihak JK Promosi dan JK Induk mengucapkan sekalung penghargaan di atas kerjasama tuan/puan dalam menjayakan Pro-Audit EKSA pada kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Bagi yang tidak berjaya, tidak bermakna tuan/puan gagal kerana setiap individu yang kami audit telah mempamerkan kesungguhan tuan/puan. Tahniah buat semua!

Berikut adalah senarai pemenang pada Pro-Audit EKSA Siri 2:

Kategori Carnation

Zon Morib: Rugayah Binti Hashim DAN Siti Hajar Binti Tajul Arus
Zon KLIA: Nurul Nadia Binti Baharin DAN Siti Jumaiah Binti Wagiman
Zon Bukit Melawati: Muzdalifah Binti Mohamed Soad DAN Reza Adha Bin Shamsuddin
Zon Jelapang Padi: Siti Halijah Binti Mohd Esan DAN Wan Mohd Hisyamuddin Bin Che Yusoff
Zon Bandar Diraja: Suriyia Binti Mat Arif DAN Amir Imran Bin Zainal Arifin
Zon i-City: Suziyani Binti Suparman DAN Muna Balqis Binti Azmi
Zon Ampang Pechah: Selehah Binti Sanusi DAN Khairul Anuar Bin Parlan
Zon Bukit Broga: Mohd Johar Bin Mamat DAN Zulkifli Bin Muhammad
Zon Santuari Sungai Chiling: Ali Bin Ahmad DAN Mohd Fadzly Bin Mohd Noor

 


Kategori Mawar
Nurul Syaffiqa Binti Shaffie
Mohd Faizul Bin Muhammad
Norshartini Binti Ishak

Kategori Orkid
Lee Chee You
Nur-'Azah Afnan Binti Hanafi
Abu Bakar Bin Mansor

Tahniah sekali lagi!
 
Baca selanjutnya...

19 Jan 2016

Selamat Datang Siti Fatimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan En.Azizol bin Harun yang bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, kini Pejabat Operasi Gombak menerima kehadiran anggota baru.

Pada 18 Januari 2016 (Isnin), Puan Siti Fatimah binti Ahmad, Pembantu Perangkaan E17 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak.

Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia selama kira-kira 10 tahun, beliau yang kini menetap di Sungai Buloh, sebelum ini bertugas di Seksyen Prosesan, Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Siti Fatimah, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...

14 Jan 2016

Majlis Perpisahan En.Azizol

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Khamis, 14 Januari 2016, Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk En.Azizol bin Harun, Pembantu Perangkaan E17 yang akan bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan mulai 17 Januari 2016.

Majlis ringkas ini dimulakan dengan ucapan  oleh Ketua POG, En.Frankie yang merakamkan penghargaan atas khidmat cemerlang sepanjang En. Azizol berkhidmat di POG. 

Seterusnya
En. Azizol dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang beliau berada di POG. Setelah kira-kira 7 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 

Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mendoakan beliau akan terus maju jaya, dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau sekeluarga di tempat yang baru serta berjaya mengejar  segala impian di masa akan datang.

menyerahkan tugas selaku Bendahari KPOG kepada Puan Ayu
ucapan penghargaan oleh En. Frankie



ucapan pegawai yang diraikan


Majlis diakhiri dengan acara persembahan multimedia, penyampaian cenderahati, memotong kek,  dan sudah tentulah acara kemuncaknya adalah makan-makan. 





Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

 
Baca selanjutnya...

4 Jan 2016

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah Puan Ainun

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Ainun Saadah binti Abd Rahim, Pembantu Tadbir (P/O) N17, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 5.24 pagi, 3 Januari 2016.

Bayi seberat 3.46 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Ayra Kadeeja Dania binti Mohamad Khairi


Tahniah kepada Puan Ainun dan suami beliau sempena kelahiran anak ketiga mereka itu. Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

 
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.