Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

2 Sept 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - PSH

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tahniah kepada 2 orang Pekerja Sambilan Harian (PSH) di atas penganugerahan perkhidmatan cemerlang peringkat P.O Gombak yang disampaikan oleh En. Frankie.

 ucapan penghargaan


Mazlina bt Mamat


 Mary Wong


Teruskan kecemerlangan.
Baca selanjutnya...

23 Aug 2014

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Majlis sambutan Aidilfitri di POG telah diadakan pada 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435. Saksikan kemeriahan suasana hari raya di POG pada majlis tersebut.




Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami di POG.


Baca selanjutnya...

24 Jul 2014

Semoga cepat sembuh, Wan Faizal

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Dimaklumkan bahawa seorang anggota dari Pejabat Operasi Gombak iaitu En. Wan Ahmad Faizal bin Wan Ibrahim telah dimasukkan ke Hospital KPJ Rawang kerana dijangkiti virus kencing tikus (Leptospiral) dan demam denggi.Beliau sedang dirawat di wad 608.


3.            Kepada sesiapa yang berkelapangan, bolehlah melawat beliau di Hospital KPJ Rawang. Waktu melawat adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

4.            Marilah kita Warga JP Selangor sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

'Ainun Sa'adah binti Hj. Abd Rahim
Pejabat Operasi Gombak
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor.
Baca selanjutnya...

20 Jul 2014

Majlis Berbuka Puasa POG 2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 19 Julai 2014, bersamaan 21 Ramadhan 1435 (Sabtu), POG telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama anggota POG seisi keluarga. Jika sebelum ini POG mengadakan majlis berbuka di restoran dan kelab golf, tapi kali ini ahli-ahli K-POG bersepakat untuk mengadakan majlis tersebut di pejabat sahaja. Kosnya lebih murah dan menjimatkan.

Menu: Nasi Beriyani, Daging Kambing Panggang, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca, Acar, Mi Kari, Murtabak Raja, Kek Lapis Sarawak, Sagu Santan... dan pelbagai kuih muih dan pencuci mulut lain. Minuman yang disediakan pula adalah Air Sirap Limau, Teh Tarik dan sudah tentu Jus Mangga Mangolee yang kian menjadi rebutan di POG...hehe.

Tak perlu cerita banyak... biarlah gambar-gambar yang berbicara...

 jam 5.00 pm... mula sibuk membuat persiapan

menu yang biasanya paling laris iaitu kambing panggang dipanggang di sebelah pejabat shj

antara anak-anak yang sempat diambil gambar...






acara terakhir... acara tapau menapau... kalau berbuka di restoran mana boleh buat macam ni...kan3?
Begitulah meriahnya suasana majlis tersebut. Harap maaf atas segala kekurangan.


Baca selanjutnya...

19 Jun 2014

Mendaki Gunung Kinabalu: Misi Berjaya!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

GUNUNG Kinabalu, setinggi 4095 meter (13,435 kaki) dari paras laut, merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan kelima tertinggi di Asia Tenggara. 


Tiga orang anggota POG iaitu Ali, Shahrul dan Rozan berkesempatan menyertai ekspedisi mendaki gunung tersebut, yang turut disertai oleh 17 orang pendaki lain. Setelah mengharungi pendakian yang benar-benar menguji mental dan fizikal, akhirnya mereka berjaya mengibarkan bendera Jabatan di puncak Gunung Kinabalu pada jam 5.40 pagi, 15 Jun 2014 (Ahad).




Beberapa hari/minggu sebelum itu...


1 Mei 2014 - Para pendaki Misi Kinabalu menjalani latihan mendaki Bukit Broga (berketinggian 400 meter dari paras laut) dan Gunung Tok Wan (684 meter) di Semenyih sebagai persiapan menguatkan otot kaki dan mental. Pendakian tersebut turut disertai oleh pendaki sokongan iaitu sdra. Rohaizad dan Faliq.



24 Mei 2014 - Satu lagi latihan dijalankan dengan mendaki Gunung Datuk (884 meter) di Rembau, Negeri Sembilan. 


Dalam satu majlis pelepasan ringkas, Ketua POG menyerahkan bendera untuk dikibarkan di puncak Gunung Kinabalu. Sayang sekali Sdra Wan Faizal (dua dari kiri) yang sepatutnya turut sama mendaki tidak dapat menyertai di saat-saat akhir kerana masalah kesihatan ahli keluarga terdekat.


Akhir kata, tahniah kepada ketiga-tiga pendaki. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan moral dalam menjayakan misi ini.

Baca selanjutnya...

13 Jun 2014

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


PUTRAJAYA, 12 Jun 2014 - Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Sebanyak tiga jenis bentuk penghargaan disampaikan iaitu Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Sijil Penghargaan JPM dan Sijil Anugerah Khas JPM. 


Dari 58 Jabatan dan Agensi di bawah JPM, seramai 1,747 orang warga JPM merupakan penerima APC pada tahun 2013. 

Anugerah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada sesi pagi dan Y.Bhg. Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada sesi petang. Giliran penerima anugerah bagi Jabatan Perangkaan telah ditetapkan pada sesi petang. 

Y.Bhg. Tan Sri KSN berkata, APC merupakan platform menguji komitmen dan menggalakkan penjawat awam meningkatkan produktiviti agar mencapai kualiti yang tinggi dan menepati kehendak pelanggan atau rakyat. 

Beliau juga mengingatkan semua ketua jabatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya tidak menganjurkan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) secara berasingan selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri berkenaan belanja berhemah dalam Sektor Awam. Sebaliknya, mereka dinasihatkan untuk melaksanakan hanya satu majlis APC di peringkat JPM.


Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2013 bagi JP Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang menerima anugerah tersebut iaitu En. Ali bin Ahmad dan Pn. Che Norfairos bt Che Omar.


Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dapat menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.