Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

12 Oct 2013

Gotong-royong Perdana 5S POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Amalan 5S telah dilancarkan... kini tiba masanya untuk bergotong royong... amalan 5S yang pertama iaitu SISIH atau dalam bahasa Jepun SEIRI, bermaksud mengasing/membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.





Baca selanjutnya...

10 Oct 2013

Lawatan Sambil Belajar Amalan 5S di Ibu Pejabat JP Selangor, Shah Alam

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Selaras dengan pelancaran amalan 5S di Pejabat Operasi Gombak (P.O.G) pada 3 Oktober 2013 yang lepas, serombongan ahli Jawatankuasa 5S P.O.G telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Amalan 5S di Ibu Pejabat JP Selangor, Shah Alam memandangkan Pejabat Shah Alam telah diaudit oleh pihak MAMPU dan bakal menerima persijilan.

Objektif lawatan ini adalah bagi melihat perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan kepada POG bagi mengamalkan 5S serta mendedahkan ahli Jawatankuasa 5S di peringkat P.O.G berkenaan amalan 5S yang boleh dibawa ke Pejabat Operasi Gombak. 

Dimulai dengan taklimat berkenaan amalan 5S oleh En. Md Rashid b. Md Said, seterusnya anggota rombongan dibawa melawat ke setiap Zon serta diberi penerangan oleh Tn. Hj. Abu Bakar b. Mansor serta En. Mohd Fairoz b. Abdul Rani.















Terima kasih di atas kesudian Jawatankuasa 5S di Shah Alam berkongsi ilmu berkenaan amalan 5S dengan kami di P.O.G. Dengan adanya lawatan ini dapatlah kami meneruskan amalan 5S seterusnya mewujudkan persekitaran kerja berkualiti ke arah budaya kerja yang lebih cemerlang.
Baca selanjutnya...

5 Oct 2013

Majlis Pelancaran Amalan 5S Pejabat Operasi Gombak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. 
Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.



Amalan 5S telah mula dipraktikkan di Ibu Pejabat JP Selangor, Shah Alam dan dalam proses menerima persijilan 5S oleh pihak MAMPU. Kini amalan 5S ini akan dipanjangkan pula ke kedua-dua P.O Gombak dan P.O Kajang. 

~ Di POG, satu mesyuarat telah diadakan pada 1 Oktober 2013, di mana mesyuarat telah membuat perlantikan Jawatankuasa Induk 5S - POG.


Penasihat : Tn. Hj. Ibrahim bin Jantan
Pengerusi : Pn. Norhashimah binti Haron

Timbalan Pengerusi : Pn. Norazlinda binti Ramli
Fasilitator : En. Frankie anak Albert Antau
Penyelaras : En. Ahmad Rahimi bin Abdullah
Setiausaha : Pn. Che Norfairos binti Che Omar

AJK Promosi : Cik Hazwani binti Abdullah
                Setiausaha :  En. Ali Bin Ahmad
                Jurugambar : En. Azizol Bin Harun

AJK Latihan : Pn. Raiham binti Abdullah
                Setiausaha : En. Mohd Afiq Aizzuddin Bin Wahab
                Bendahari : Pn. Nur Hidayu Binti Md Shukor

AJK Audit : Pn. ‘Ainun Sa’adah binti Hj. Abd Rahim 
En. Rozan bin Sulaiman

Ketua Zon 1: En. Haidzir bin Kidam

Ketua Zon 2 : Pn. Husna binti Khiri


~ Majlis Pelancaran Amalan 5S peringkat Pejabat Operasi Gombak telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

                        Tarikh              :           3 Oktober 2013 (Khamis)

                        Masa               :           9.00 pagi – 1.00 thari

                        Tempat           :           Bilik Taklimat/Latihan Sri Selayang, Aras 2,

                                                            Pejabat Operasi Gombak

selamat dilancarkan...



Timbalan Pengerusi, Fasilitator dan Penyelaras bersama Ketua Zon
Jawatankuasa Induk 5S POG
Jawatankuasa Induk & AJK 5S POG
trend terkini.... gaya bebas

Selepas ini, Jawatankuasa ini bercadang untuk membuat lawatan ke Jabatan Perangkaan Negeri Selangor, Shah Alam bagi melihat perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan kepada POG bagi mencapai 5S di peringkat Pejabat Operasi Gombak.
Baca selanjutnya...

2 Oct 2013

Tahniah Fadzly & Isteri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan  tahniah kepada Sdra. Mohd. Fadzly dan isteri sempena kelahiran anak kedua mereka. 

Bayi perempuan seberat 4.04 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang pada 2 Oktober 2013, dinamakan Mia Alya Sara.





Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki serta semoga putera puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

6 Sept 2013

Majlis Aidilfitri POG 2013

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri POG telah diadakan pada 4 September 2013 (Rabu) bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pej. Operasi Gombak.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah JP Selangor, Tuan Hj. Ibrahim bin Jantan serta beberapa orang wakil dari Ibu pejabat JP Selangor, Shah Alam.

Saksikan kemeriahan majlis tersebut.

persediaan

penerima sumbangan kelahiran cahaya mata

penerima sumbangan hari lahir bulan Januari , Februari dan Mac

penerima sumbangan hari lahir bulan April dan Mei

penerima sumbangan hari lahir bulan Jun, Julai dan Ogos

majlis

selamat menjamu selera         

 Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.  Kami di POG mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Baca selanjutnya...

30 Aug 2013

Sesi Interaktif Bersama Responden JP Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Pada 29 Ogos 2013, JP Selangor telah menganjurkan Seminar Transformasi Ekonomi Negara: Impak Kepada Sektor Perkhidmatan di Negeri Selangor, yang turut diadakan bersama dengan Sesi Interaktif Bersama Responden JP Selangor.


Anggota POG, En. Mohd Faizal Noorsham telah dipilih menjadi Pengacara Majlis. Beberapa anggota POG juga telah dipilih untuk bertugas di gerai-gerai pameran pada seminar tersebut.









Diharapkan dengan penganjuran seminar ini, dapat lebih memperkenalkan serta mempromosi Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai sebuah agensi utama kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.