Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

6 Sept 2013

Majlis Aidilfitri POG 2013

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri POG telah diadakan pada 4 September 2013 (Rabu) bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pej. Operasi Gombak.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah JP Selangor, Tuan Hj. Ibrahim bin Jantan serta beberapa orang wakil dari Ibu pejabat JP Selangor, Shah Alam.

Saksikan kemeriahan majlis tersebut.

persediaan

penerima sumbangan kelahiran cahaya mata

penerima sumbangan hari lahir bulan Januari , Februari dan Mac

penerima sumbangan hari lahir bulan April dan Mei

penerima sumbangan hari lahir bulan Jun, Julai dan Ogos

majlis

selamat menjamu selera         

 Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.  Kami di POG mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Baca selanjutnya...

30 Aug 2013

Sesi Interaktif Bersama Responden JP Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Pada 29 Ogos 2013, JP Selangor telah menganjurkan Seminar Transformasi Ekonomi Negara: Impak Kepada Sektor Perkhidmatan di Negeri Selangor, yang turut diadakan bersama dengan Sesi Interaktif Bersama Responden JP Selangor.


Anggota POG, En. Mohd Faizal Noorsham telah dipilih menjadi Pengacara Majlis. Beberapa anggota POG juga telah dipilih untuk bertugas di gerai-gerai pameran pada seminar tersebut.









Diharapkan dengan penganjuran seminar ini, dapat lebih memperkenalkan serta mempromosi Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai sebuah agensi utama kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.
Baca selanjutnya...

6 Aug 2013

Diari Ramadhan K-POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Aktiviti di POG sepanjang bulan Ramadhan :


1. Majlis Bacaan surah Yaasin diadakan setiap hari Jumaat.


2. Tadarus Al-Quran.


3. Anggota POG bersepakat membuat kerja amal iaitu menghulur sumbangan kepada fakir miskin dan ibu tunggal yang tinggal di sekitar Gombak dan Hulu Selangor. Golongan sasaran telah dikenalpasti melalui pemerhatian semasa menjalankan kerja luar. Sumbangan tersebut digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sebagai persediaan mereka untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Diharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan beban dan memberi mereka sedikit kegembiraan menjelang lebaran kali ini. Semoga segala sumbangan ikhlas tuan/puan mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.



En. Frankie menyampaikan sumbangan 



4. Sedikit terkilan kerana pada tahun ini POG tidak sempat untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama. Ini disebabkan kesuntukan masa, kesibukan menjalankan tugas hakiki serta beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Mungkin tahun depan K-POG patut merancang majlis ini lebih awal agar dapat direalisasikan. Insya Allah.

Sekian laporan ringkas di bulan Ramadhan.
Baca selanjutnya...

2 Jul 2013

Sukan Antara Zon 2013

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Pada 27-29 Jun 2013, Sukan Antara Zon ke-10 Jabatan Perangkaan Malaysia yang dianjurkan oleh Zon Utara, telah diadakan di Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah. 

POG hanya menghantar 2 orang peserta untuk mewakili pasukan Zon Tengah iaitu sdra. Bazri b. Abu Bakar yang kini telah cukup umur untuk menyertai pasukan Futsal Veteran, serta sdra. Mohd Shahrul b. Johari yang mewakili pasukan Futsal Lelaki.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti ping pong, badminton, bola tampar, bola jaring, sepaktakraw, futsal dan bowling.

Setinggi tahniah kepada pasukan Futsal Lelaki & Bola Tampar Lelaki Zon Tengah yang berjaya muncul juara, manakala naib juara bagi acara Badminton dan Bola Tampar Wanita. 

Tahniah juga khususnya kepada sdra. Shahrul a.k.a Kecik yang telah membantu pasukan Zon Tengah menjuarai acara Futsal Lelaki. Kami di POG tumpang berbangga dengan kejayaan beliau.

Sdra Bazri pula walaupun tidak berjaya membantu pasukan Futsal Veteran meraih kemenangan, beliau sungguh bertuah kerana mendapat hadiah yang lebih lumayan iaitu sebuah tablet Asus dalam acara cabutan bertuah. Kami di POG tumpang cemburu pula... :)




















Setinggi penghargaan kepada semua pemain dan penyokong yang memberi komitmen yang tinggi. Kepada yang tak berjaya, cuba lagi di kejohanan akan datang yang bakal berlangsung di Pahang pada 2015. 

* Semua foto ihsan dari fb Pak Harun.


Baca selanjutnya...

10 Jun 2013

Kejohanan Bowling Tertutup POG 2013

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 8 Jun 2013, K-POG telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup bertempat di Speed Bowl, Rawang khusus untuk anggota POG dan kaum kerabatnya. Seramai 36 peserta telah mengambil bahagian, di mana 24 peserta kategori lelaki dan selebihnya wanita.

Biarpun ada anggota dari JP Selangor di Shah Alam yang cuba merisik kalau-kalau boleh menyertai kejohanan ini, K-POG memang sengaja menganjurkan kejohanan bowling ini secara tertutup bagi memastikan hanya kaum kerabat POG sahaja yang membawa pulang hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan... hehe, lumayanlah sangat!

Keputusan (berdasarkan jatuhan pin tertinggi dari 2 permainan) :

Kategori Lelaki:

1. Amar (S) - 332
2. Darwis (S) - 324
3. Fadzly - 303
4. Bazri - 298
5. Rais (S) - 287



Kategori Wanita:

1. Rose (pasangan Rais) - 264
2. Pn. Fatimah (isteri En. Arifin) - 255
3. Elena (anak En. Arifin) - 227
4. Pn. Salina (isteri En. Rahimi) - 222
5. Pn. Masnita (isteri Bazri) - 218


Saksikan gambar-gambar kemeriahan kejohanan tersebut.







Penganjuran kejohanan bowling ini boleh dikatakan berjaya mencapai matlamatnya, iaitu mengeratkan silaturrahim sesama anggota POG sambil bersukan. Bukan itu sahaja, dapat juga lebih saling mengenali ahli keluarga masing-masing. 

Terima kasih kepada semua yang menjayakan acara ini. Jumpa lagi tahun depan.... Insya Allah.


Baca selanjutnya...

7 Jun 2013

Ceramah Keselamatan dan Latihan Kebakaran

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Tarikh      :  6 Jun 2013
Masa        :  9.30 pagi
Tempat    :  Aras 2, Pejabat Operasi Gombak

Pejabat Operasi Gombak Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang telah menganjurkan Ceramah Keselamatan dan Latihan Kebakaran yang bertujuan untuk mendedahkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran. 

Ceramah tersebut disampaikan oleh En. Yusri bin Saharjo, Pegawai Penyiasat Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, disertai oleh beberapa anggota bomba lain.

Turut hadir adalah Pengarah JP Selangor, Tuan Hj. Ibrahim bin Jantan serta beberapa wakil dari Ibu Pejabat JP Selangor Shah Alam, Pejabat Operasi Kajang dan JP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selesai ceramah, diadakan pula demontrasi dan latihan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api di lorong belakang pejabat. Ramai anggota yang mengambil kesempatan untuk mencuba pakaian keselamatan yang biasa dipakai anggota bomba sewaktu memadam kebakaran.


para tetamu
cenderahati 








Semoga dengan adanya latihan dan ceramah ini akan dapat menambahkan ilmu dan kesedaran bagi mempertingkatkan penjagaan keselamatan di pejabat, rumah, kenderaan atau di mana-mana sahaja.

Maklumat lanjut berkenaan Tip Keselamatan Kebakaran, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di SINI.


Dalam pada itu, seorang anggota JP Selangor di Unit Prosesan, Puan Nurul Fatinah bt Mohamad Rais baru sahaja ditimpa bencana kebakaran rumah. Rumah sewa yang didiami beliau sekeluarga yang terletak di Jalan Berangan, Padang Jawa, Kelang telah musnah dan hangus dijilat api tanpa dapat menyelamatkan sebarang harta benda. Suami beliau pula mengalami kecederaan melecur di kedua-dua belah tangan. Syukur, anak-anak beliau selamat kerana berada di rumah pengasuh semasa kejadian. Walaubagaimanapun keadaan beliau sekeluarga bolehlah dianggap tinggal “sehelai sepinggang”.

POG merakamkan simpati kepada beliau sekeluarga, semoga mereka bersabar dengan ujian ini dan sama-samalah kita menyumbang agar sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan mengurangkan kesukaran yang beliau alami sekarang.

Berita lanjut di SINI
             
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.