Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

18 Aug 2011

Berpisah jua : Abdillah bin Yusop

Salam.

Lama juga tak menulis di ruangan ini memandangkan terlalu sibuk dengan kerja-kerja hakiki yang perlu disiapkan segera. 

wahh...senyum lebar nampak!
~ 18 Ogos 2011; POG kehilangan seorang lagi anggota yang cukup berdedikasi iaitu En. Abdillah b. Yusop, kerana permohonan beliau untuk bertukar balik ke Kuching, Sarawak telah diluluskan. Beliau yang baru berkahwin pada bulan Jun yang lalu nampaknya tidak dapat bertahan dan bersabar lagi tinggal berjauhan dengan isteri tercinta yang bertugas di Kuching. Jadi apabila dapat bertukar pastinya beliau merasakan ibarat pucuk dicita ulam mendatang. 

~ Memandangkan sekarang bulan Ramadhan, satu majlis berbuka puasa merangkap majlis perpisahan telah diadakan secara kecil-kecilan di sebuah kedai tomyam terkenal di Bandar Country Homes (ehh...ye ke terkenal???)

Seluruh anggota POG merasai kehilangan besar kerana komitmen dan dedikasi yang diberikan selama beliau berkhidmat di POG. POG mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di tempat baru.
Baca selanjutnya...

15 Jun 2011

Laporan Suku Tahunan ke-2/2011

Lama tak berupdate dah blog ni sebab adminnya perasan sibuk. Mintak tolong kawan2 lain jadi admin pun semuanya perasan sibuk juga. Jadi kita buat laporan peristiwa & aktiviti kelab secara suku tahunan je lah.

PERPISAHAN

POG mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di tempat baru.
 ~ 14 April 2011; Satu majlis perpisahan diadakan sempena pertukaran En. Zulkifly b. Mat Yunos ke Jabatan Perangkaan Negeri Perak (Ipoh) berkuatkuasa 18 April 2011. Beliau bertukar suka sama suka dengan Puan Husna bt. Khiri. Seluruh anggota POG merasai kehilangan besar kerana komitmen dan dedikasi yang diberikan selama beliau berkhidmat di POG (ehh... ye ke?). Kehilangan beliau tidak mungkin dapat dicari ganti, ibaratnya macam POG dah hilang sebelah tangan kiranya.


Dalam masa yang sama, K-POG juga mengucapkan selamat datang kepada ahli baru , Pn. Husna bt Khiri.


KELAHIRAN


dah jadi bapak budak
~ Kelab POG mengucapkan tahniah kpd En. Abdul Rahim b. Shaharuddin (Boloq) & isteri di atas kelahiran cahayamata sulung mereka pada 26 April 2011.

Bayi lelaki seberat 3.44 kg dilahirkan secara normal di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, diberi nama Abdul Akif Rizqin.

Kpd Rahim & isteri, selamat menjadi ibu bapa mithali dan semoga Abdul Akif Rizqin menjadi anak yg soleh. Aamiin.



PERKAHWINAN

~ Walimatul urus! Dua orang anggota POG telah membuat keputusan muktamad untuk menghilangkan status keterunaan mereka.

sama cantik sama padan
5 Jun 2011 - Abdillah b. Yusop dengan pasangannya Norhayati bt. Ahmad telah selamat diijabqabulkan di Kg. Bawang Hilir, Matu, Sarawak.

Malangnya semua anggota POG tidak dapat (tidak mampu sebenarnya) untuk menghadirkan diri memeriahkan majlis tersebut....jauh sangat la. Mungkin Abdillah patut mengadakan majlis resepsi perkahwinan beliau di Hotel FiveOEight... sebelah ofis je!



12 Jun 2011 -  Tibalah masanya Fauzi b. Muhammad menamatkan zaman bujangnya dengan Mariaton Asiah bt. Shamsudin (Aton). Majlis berlangsung di Kg. Sg Tekali, Hulu Langat. Ramai juga anggota POG, HQ Shah Alam & POK yang hadir memeriahkan majlis.

pengantin senyum lebar nampak...


KPOG mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Dillah dan Pojie bersama  pasangan mereka semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin!
Baca selanjutnya...

9 Apr 2011

Mesyuarat Agung KSKS

Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 KSKS

Tarikh : 8 April 2011

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Auditorium SIRIM, Seksyen 2 Shah Alam.

Tahniah kpd sdr Azeman Shaari kerana berjaya mempertahankan kerusi AJK KSKS tahun 2011/2012. Habis tu, dah dia sorang je calon dari P.O Gombak, secara automatik la dia menang. Apahal pun, kami di P.O Gombak bangga denganmu Azeman.

*gambar2 dicilok dari mamaaryan
Baca selanjutnya...

31 Mar 2011

Meja Ping Pong sudah mari...


Meja ping pong yg dipesan sudah sampai. Sumber kewangan? Dari kutipan sumbangan ahli kelab yg berminat, kelab cuma dulukan duit je. Semoga dimanfaatkan sebaik-baiknya. Main waktu rehat atau lepas waktu kerja saja yeeee...
Baca selanjutnya...

14 Mar 2011

Majlis kenduri cukur jambul, aqiqah & doa selamat Mohd Fadzly

Assalamualaikum...

Tajuk tu macam ada yg tak kena je kan?. Sebenarnya bukanlah Mohd Fadzly yg di'aqiqah & dicukur jambulnya... dah tua bangka macam tu nak cukur jambul apa lagi ye tak? Dah jadi bapak budak pun.

comeynye......gambar dicilok dari FB Fadzly
 Kisah benarnya kawan kita Fadzly telah mengadakan kenduri aqiqah, cukur jambul & doa selamat sempena kelahiran putera sulungnya Muhammad Danieal Razi'in yg kini hampir berusia 2 bulan. Kenduri tersebut telah diadakan di rumah mertuanya di Ulu Yam Baru.

Antara rakan POG yg sempat menghadirkan diri adalah Ali sekeluarga, Faizal sekelamin, Bazri, Pojie, Wanie, Raiham, Min & Linda (ex-POG)... Kalau ada yg tertinggal namanya sila ungkit di ruang komen.

Rasanya belum terlambat utk kita ucapkan tahniah kpd Fadzly & isteri atas kelahiran anak sulung mereka ini, semoga menjadi anak yg soleh... Aamiin...
Baca selanjutnya...

9 Mar 2011

Apix dah jadi papa

Kelab POG mengucapkan tahniah kpd Mohd Afiq Aizzuddin & isteri di atas kelahiran cahayamata sulung mereka pada 8 Mac 2011.

tengah tidur pun senyum...(gambar dari FB)

Bayi lelaki seberat 2.75 kg dilahirkan secara pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, diberi nama Muhammad Rayyan Naufal...panjangnya nama dia. Kesian dia nak tulis nama sendiri nanti tambah pulak nama papanya yg panjang gak...hehe!

Kpd Apix & isteri, selamat menjadi ibu bapa mithali dan semoga Muhammad Rayyan Naufal menjadi anak yg soleh. Aamiin.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.