Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

31 Mar 2011

Meja Ping Pong sudah mari...


Meja ping pong yg dipesan sudah sampai. Sumber kewangan? Dari kutipan sumbangan ahli kelab yg berminat, kelab cuma dulukan duit je. Semoga dimanfaatkan sebaik-baiknya. Main waktu rehat atau lepas waktu kerja saja yeeee...
Baca selanjutnya...

14 Mar 2011

Majlis kenduri cukur jambul, aqiqah & doa selamat Mohd Fadzly

Assalamualaikum...

Tajuk tu macam ada yg tak kena je kan?. Sebenarnya bukanlah Mohd Fadzly yg di'aqiqah & dicukur jambulnya... dah tua bangka macam tu nak cukur jambul apa lagi ye tak? Dah jadi bapak budak pun.

comeynye......gambar dicilok dari FB Fadzly
 Kisah benarnya kawan kita Fadzly telah mengadakan kenduri aqiqah, cukur jambul & doa selamat sempena kelahiran putera sulungnya Muhammad Danieal Razi'in yg kini hampir berusia 2 bulan. Kenduri tersebut telah diadakan di rumah mertuanya di Ulu Yam Baru.

Antara rakan POG yg sempat menghadirkan diri adalah Ali sekeluarga, Faizal sekelamin, Bazri, Pojie, Wanie, Raiham, Min & Linda (ex-POG)... Kalau ada yg tertinggal namanya sila ungkit di ruang komen.

Rasanya belum terlambat utk kita ucapkan tahniah kpd Fadzly & isteri atas kelahiran anak sulung mereka ini, semoga menjadi anak yg soleh... Aamiin...
Baca selanjutnya...

9 Mar 2011

Apix dah jadi papa

Kelab POG mengucapkan tahniah kpd Mohd Afiq Aizzuddin & isteri di atas kelahiran cahayamata sulung mereka pada 8 Mac 2011.

tengah tidur pun senyum...(gambar dari FB)

Bayi lelaki seberat 2.75 kg dilahirkan secara pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, diberi nama Muhammad Rayyan Naufal...panjangnya nama dia. Kesian dia nak tulis nama sendiri nanti tambah pulak nama papanya yg panjang gak...hehe!

Kpd Apix & isteri, selamat menjadi ibu bapa mithali dan semoga Muhammad Rayyan Naufal menjadi anak yg soleh. Aamiin.
Baca selanjutnya...

Sukan Antara Zon 2011

Pada 4-6 Mac 2011, Sukan Antara Zon ke-9 Jabatan Perangkaan Malaysia telah diadakan di Negeri Sembilan. POG hanya menghantar seorang wakil yang memang dirasakan boleh pergi jauh dan boleh dibawa ke tengah, iaitu sdra.Rozan Sulaiman.


 Beliau yang kelihatan agak berkaliber dalam sukan bolatampar telah terpilih utk mewakili pasukan bolatampar Zon Tengah. Namun mungkin akibat kurang keserasian dan persefahaman sesama pemain, pasukan bolatampar akhirnya pulang kehampaan. Agaknya sebab penampar mereka belum cukup power berbanding pasukan zon lain.

Apapun tahniah kpd pasukan Futsal & bowling lelaki Zon Tengah yg berjaya muncul juara. Kepada yg tak berjaya, boleh cuba lagi di kejohanan akan datang yg khabarnya bakal berlangsung di Kedah. Mungkin ketika itu POG akan menghantar lebih ramai wakil utk memaksimumkan peluang Zon Tengah bergelar juara dalam lebih banyak acara... cewwahh ayat macam bagus!
Baca selanjutnya...

2 Mar 2011

Ahli Baru

Jawatan Penolong Pegawai Perangkaan E27 di P.O Gombak telah lama kosong sejak setahun yg lalu yg kali terakhir disandang oleh Cik Norhafiza Mohamed Rashid.

Hari ini 1 Mac 2011 P.O Gombak mendapat seorang PPP E27, En. Mohd Damanhuri b. Abdul Aziz yg sebelum ini bertugas di HQ Putrajaya.

Secara tak langsung, Kelab POG juga menerima ahli baru la. Kepada En. Damanhuri bersedialah untuk menerima kedatangan bendahari kelab (merangkap ahlong) utk dikutip yuran bulanan dengan rela hati.

Sekian terima kasih.
Baca selanjutnya...

27 Feb 2011

Team Building @ Dusun Eco Resort

Dalam kesibukan kerja, sempat juga POG mengadakan program team building kat Dusun Eco Resort, Bentong, bertujuan untuk meningkatkan semangat berpasukan dan silaturrahim sesama anggota. Disertai juga 6 org wakil dari P.O Kajang.

Hari Pertama;  26 Feb. 2011 (Sabtu) 

klik pada gambar utk besarkan saiz
~ 8.30 am, berkumpul dan bertolak dari pejabat, sampai di Dusun Eco Resort pada 9.30 am. Check in dan sarapan nasi bungkus. Lepas tu pasang khemah, bagi taklimat sikit & pembahagian kumpulan.

~ Aktiviti pertama, rentas halangan. Ada 12 halangan yang agak mencabar perlu ditempuhi. Tapi rasanya halangan terakhirlah yg paling mencabar bila terpaksa berenang dlm kubang berlumpur. Masing2 dah macam khinzir je baunya.

~ Habis je aktiviti rentas halangan, terus buat aktiviti berakit. Peserta dibahagi dua kumpulan dan kena buat rakit sendiri (bahan2 buluh, tali & pelampung dibekalkan). Aktiviti ni memang berkesan untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan anggota. Rakit yang dibina pula memang kukuh, walaupun satu kumpulan tu rakitnya 2-3 kali terbalik...

~ Lepas berakit, balik ke khemah, masak utk makan tengahari. Nasib baik ada staff veteran yg tak larat join aktiviti yg tolong masak... legalah sikit kami yang kepenatan ni. Terima kasih kpd Chef Wakdey & Co. Kalau dah dalam hutan ni masak bodoh2 pun semuanya sedap dibaham. Lepas makan, aktiviti bebas... semestinya diisi dengan aktiviti meniduri diri masing2... dapat selelap pun jadilah.

~ Petang, aktiviti riadah ringan2... main sepakraga bulatan & mandi kolam.


 ~ Malam diiisi dgn program kerohanian; solat maghrib & isya' berjemaah, diselitkan dgn kuliah maghrib secara santai oleh al-fadhil bos kami sendiri... Lepas tu aktiviti bakar-membakar ayam utk makan malam & aktiviti berkumpulan (permainan bahasa isyarat & teka-teki) secara santai juga sebelum tidur.


Hari Kedua;  27 Feb. 2011 (Ahad)

~ Lepas solat subuh berjemaah, sarapan & mengemaskan khemah masing2, bersiap sedia utk check-out dari tapak perkhemahan. Acara yg wajib dah habis, kaum ibu termasuklah bos memilih utk terus balik.

~ 15 peserta lelaki yg tinggal memutuskan utk main paintball. Perjalanan ke gelanggang paintball sungguh mencabar, kena mendaki 200 anak tangga. Tapi rasa teruja mengatasi segalanya sebab kebanyakannya tak pernah main paintball. Pada harga RM 35.00, kami diberi 150 biji peluru bebola cat, topeng dan jaket keselamatan.

~ Memandangkan ini pengalaman pertama, kami minta pada instructor supaya permainan dijalankan secara 'no rules'... main la sampai habis peluru. Dah kena tembak pun takde hal boleh main lagi... sampai ada mamat yg gila menembak membabi buta habis pelurunya dlm masa tak sampai 3 minit. Syok juga main perang2 ni, teringat zaman kecik2 dulu.

~ Habis je game paintball tu, terus balik dan singgah Hutan Lipur Lentang utk membersihkan diri.

~ Kesimpulannya, boleh dikatakan program team building ni SUKSES! Mungkin tahun depan kita buat lagi! Sapa setuju?
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.