Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

23 Oct 2026

Sesi Perjumpaan Pengarah Bersama Warga DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SHAH ALAM, 23 OKTOBER 2026 – YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, telah mengadakan sesi perjumpaan bersama warga DOSM Selangor bertempat di Dewan Perkim, Seksyen 8, Shah Alam bagi membincangkan perkembangan semasa jabatan.

Antara perkara utama yang diberikan penekanan dalam sesi perjumpaan ini ialah perkembangan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026, hal-hal tadbir urus jabatan, serta aspek pengurusan kewangan berhemah. Sesi perjumpaan turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada barisan pegawai yang telah menerima kenaikan pangkat sepanjang tahun 2026.


















Sesi perjumpaan sebegini bukan sahaja memperkukuh komunikasi dua hala dan menyelaraskan penyampaian maklumat, malah menyuntik semangat kebersamaan bagi memastikan setiap amanah serta tanggungjawab dilaksanakan dengan cekap dan berkesan oleh seluruh warga DOSM Selangor. 

Baca selanjutnya...

19 Oct 2026

Selamat Datang Puan Faradiana

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 19 Oktober 2026, Pn. Wan Faradiana binti W. Baharim, Pembantu Perangkaan E2 (TBK1) telah melapor diri di Pejabat Perangkaan Gombak bagi mengisi kekosongan jawatan di Unit Isi Rumah. 


Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia selama 19 tahun sejak tahun 2007, beliau yang kini menetap di Taman Pinggiran Batu Caves sebelum ini berkhidmat di Pejabat Perangkaan Kerteh, DOSM Negeri Terengganu.

Seluruh warga kerja PPG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Pn. Faradiana ke dalam keluarga PPG. Semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...

16 Oct 2026

Road To HSN 2026 : Statistik Berkat, Langkah Terarah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

16 Oktober 2026 (Jumaat) – Pejabat Perangkaan Gombak (PPG) telah melaksanakan program Road to Hari Statistik Negara (HSN) 2026 bertemakan “Statistik Berkat, Langkah Terarah”.


Program ini diisi dengan aktiviti kerohanian seperti bacaan selawat, 10 ayat pertama dan terakhir Surah Al-Kahfi, Surah Yasin dan doa selamat sebagai usaha memohon keberkatan, kesejahteraan serta kelancaran segala urusan warga PPG.

Penganjuran program ini turut menjadi platform memperkukuh ukhuwah, menyemai nilai kerohanian dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga PPG menjelang sambutan Hari Statistik Negara pada 20 Oktober 2026.





Semoga segala usaha dan komitmen warga PPG terus diberkati dalam merealisasikan aspirasi “Statistik Nadi Kehidupan”.

STATISTIK BERKAT, LANGKAH TERARAH
Baca selanjutnya...

10 Oct 2026

Selamat Pengantin Baru, Fatin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

10 Oktober 2026 (Sabtu) - Ucapan Selamat Pengantin Baru kepada anggota PPG, Nur Fatin Asikin bt Mat Ayob yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati beliau, Syaikhan bin Osman. Majlis telah dilangsungkan di Kg Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan.


Ketua PPG, En. Hazim menyampaikan sumbangan perkahwinan dari pihak kelab kepada Puan Fatin, 
diiringi Pengerusi KPPG, En. Aiman

Seluruh warga PPG mengucapkan selamat melayari bahtera rumahtangga kepada Puan Fatin dan suami, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aamin Ya Rabbal 'Aalamiin.
Baca selanjutnya...

3 Oct 2026

Kejohanan Bowling DOSM Selangor 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

3 Oktober 2026 (Sabtu) - 
Ole-Ole Super Bowl, Shah Alam

Kejohanan Bowling DOSM Selangor anjuran Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial DOSM Selangor (KSKS) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan dengan penglibatan 26 pasukan dari 9 unit/Pejabat Perangkaan di DOSM Selangor.






Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang, khususnya wakil dari Pejabat Perangkaan Gombak yang menghantar 3 pasukan di mana Team PPG A dan PPG B telah berjaya meraih tempat keempat dan kelima dalam acara berpasukan. 
Baca selanjutnya...

26 Sept 2026

Tahniah PPG : Johan Pertandingan Sudut Hiasan di Ruang Bekerja Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS), Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Sudut Hiasan di Ruang Bekerja Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung mulai 28 Ogos 2026 (Jumaat) hingga 16 September 2026 (Rabu).

Untuk makluman, sebanyak enam (6) daripada sembilan (9) unit/seksyen/pejabat perangkaan telah menyertai pertandingan tersebut. Berdasarkan penilaian oleh Pengarah DOSM Negeri Selangor, pemenang pertandingan telah ditetapkan seperti berikut:

Johan: Pejabat Perangkaan Gombak
Naib Johan: Unit Perkhidmatan & Kewangan
Tempat Ketiga: Unit Harga-Harga
                                     



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas kreativiti, komitmen dan semangat kerjasama yang telah ditunjukkan. Terima kasih juga kepada seluruh warga DOSM Negeri Selangor yang telah mengambil bahagian dalam menjayakan pertandingan ini.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
(NURUL FAREHA BINTI AHMAD KHAIRON)
Setiausaha KSKS 2025/2026
b.p. Pengerusi
Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS)
Jabatan Perangkaan Malaysia
Negeri Selangor

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.