Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

18 Nov 2025

Kerja Lapangan Semakan Rangka Ekonomi dan Program Retreat PPG di Kalumpang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17-18 November 2025 | Hulu Selangor - 

Banci Ekonomi (BE) 2026 akan bermula awal tahun depan. Kerja di lapangan bagi menyemak rangka Banci Ekonomi sedang giat dijalankan oleh anggota DOSM Selangor termasuk di PPG. Kali ini anggota Tetap & PMS PPG telah turun padang bertemu pemilik perniagaan di sekitar daerah Hulu Selangor.


Selesai melaksanakan tugasan di lapangan, sempat juga Kelab PPG mengadakan program retreat/team building untuk semua anggota PPG yang terlibat bertempat di Sri Damai Resort, Kalumpang.

Antara aktiviti yang sempat dijalankan :

Merentas halangan dan aktiviti air dengan meredah sungai


solat maghrib dan isyak berjemaah serta doa selamat sempena BE2026


makan malam bersama


FitDOSM & brisk walk



Semoga aktiviti ‘team building’ ini dapat meningkatkan semangat berpasukan, membina hubungan yang lebih erat dan komunikasi yang lebih efektif di antara anggota PPG seterusnya segala tugasan yang diamanahkan menjadi lebih lancar.

Selesai program, semua peserta terlibat menyambung kembali tugasan masing-masing untuk hari kedua di sekitar daerah Hulu Selangor.



Baca selanjutnya...

15 Nov 2025

Sesi latihan menemuramah pelajar Universiti Malaya bersama DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

15 November 2025 - Hari ini berlangsung sesi latihan menemuramah bersama yang melibatkan para pelajar dan pensyarah Universiti Malaya bersama DOSM Selangor di sekitar Seksyen 17, Shah Alam. Anggota PPG dari Unit Isi Rumah turut terlibat dalam sesi ini.

Sebelum turun padang, semua petugas & pelajar diberi taklimat ringkas tentang prosedur kerja luar, kaedah temu ramah, keselamatan, etika profesional, serta pematuhan kepada SOP DOSM. 
Sesi ini penting untuk memastikan setiap tugasan di lapangan berjalan lancar, teratur dan menepati standard pengeluaran statistik rasmi negara.







Langkah kecil sebelum kerja bermula, tapi kesannya besar untuk memastikan data yang dikumpul adalah tepat, berkualiti dan berintegriti.
Baca selanjutnya...

11 Nov 2025

Sesi Libat Urus Banci Ekonomi (BE) 2026 bersama Stakeholders Negeri Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 November 2025 - Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 Bersama Stakeholders mendapat sambutan daripada pemain industri dan persatuan peniaga di negeri ini. Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor turut meluangkan masa merasmikan dan menyokong pelaksanaan Banci Ekonomi yang ke-6 bermula awal Februari tahun depan melibatkan 300,000 syarikat berdaftar.


Sesi ini membuka ruang kepada pelbagai pihak berkepentingan Negeri Selangor untuk berkongsi pandangan, idea dan input ke arah memperkukuh pelaksanaan dasar berasaskan data.

Terima kasih kepada semua rakan strategik yang telah hadir dan terus menyokong misi DOSM ke arah ekosistem data yang inklusif dan mampan.








Warga PPG sekali lagi diberi tanggungjawab melaksanakan tugasan selaku sebahagian ahli Jawatankuasa Program & Protokol bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis dari mula hingga  ke akhir.
Baca selanjutnya...

7 Nov 2025

Sesi Literasi Statistik bersama pelajar Universiti Malaya (UM)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingan data dan statistik dalam perancangan dasar negara serta memperkukuh budaya berasaskan bukti (evidence-based culture) di kalangan generasi muda.


Pn. Jay Purani mewakili PPG


“Daripada nombor lahirnya keputusan.”

Baca selanjutnya...

19 Oct 2025

Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) dan Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan di Sg Koyan, Lipis, Pahang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17-19 Oktober 2025 (Jumaat-Ahad)
Sg Koyan, Kuala Lipis, Pahang

Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) dan Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan 1, Lipis, Pahang. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Sambutan HSN 2025 pada  adalah Malaysia Data Innovation X DOSM Datathon 2025, Stats Hunt, Pengucapan Awam Statistik, Debat Statistik Antara IPT, Majlis Solat Hajat & Doa Selamat dan banyak lagi.




wakil dari DOSM Selangor
PPG diwakili oleh Cik Hazimah

Semoga segala aktiviti yang telah dilaksanakan ini dapat meningkatkan literasi statistik di kalangan rakyat serta membolehkan rakyat lebih memahami dan memanfaatkan data dalam kehidupan seharian

Aokme, Moh Gegor Bersame!
Statistik Nadi Kehidupan










Baca selanjutnya...

11 Oct 2025

Program Road to Hari Statistik Negara (HSN) & Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2025 di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sepang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 Oktober 2025 (Sabtu) - Program Road to Hari Statistik Negara Peringkat Negeri Selangor & Sedunia 2025 telah diadakan di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sepang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Noor Azman bin Ab Rahman, Pengarah KEMAS Negeri Selangor. Kehadiran tetamu kehormat, para pegawai serta masyarakat setempat turut menyerikan sambutan bertemakan “Celik Statistik Si Manja KEMAS”.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya senamrobik, fun walk 2km, pertandingan mewarna, sukaneka, gerai jualan IKS, cabutan bertuah serta reruai pameran oleh agensi dan pemeriksaan kesihatan.










Majlis ini turut menzahirkan penghargaan serta komitmen kepada semua agensi yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam memperkukuh budaya celik data dan statistik dalam kalangan masyarakat
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.