Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

11 Oct 2025

Program Road to Hari Statistik Negara (HSN) & Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2025 di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sepang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 Oktober 2025 (Sabtu) - Program Road to Hari Statistik Negara Peringkat Negeri Selangor & Sedunia 2025 telah diadakan di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sepang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Noor Azman bin Ab Rahman, Pengarah KEMAS Negeri Selangor. Kehadiran tetamu kehormat, para pegawai serta masyarakat setempat turut menyerikan sambutan bertemakan “Celik Statistik Si Manja KEMAS”.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya senamrobik, fun walk 2km, pertandingan mewarna, sukaneka, gerai jualan IKS, cabutan bertuah serta reruai pameran oleh agensi dan pemeriksaan kesihatan.










Majlis ini turut menzahirkan penghargaan serta komitmen kepada semua agensi yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam memperkukuh budaya celik data dan statistik dalam kalangan masyarakat
Baca selanjutnya...

25 Sept 2025

Jemputan sebagai Tenaga Pengajar Kursus Kaedah Pengumpulan Data bagi Banci dan Penyiasatan Gred 1-4 Secara Atas Talian

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

24-25 September 2025 (Rabu-Khamis) 

Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Jabatan Perangkaan Malaysia telah menganjurkan Kursus Kaedah Pengumpulan Data bagi Banci dan Penyiasatan Gred 1-4 secara atas talian. 

3 orang anggota PPG telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi kursus tersebut iaitu Puan Jay Purani a/p Arumugam, En. Azeman bin Shaari dan En. Ali bin Ahmad.




Sesungguhnya ia menjadi pengalaman berharga khususnya kepada dua orang Penyelia PPG iaitu En. Azeman dan En. Ali yang pertama kali diberi peluang menjadi tenaga pengajar bagi kursus anjuran ILSM.
Baca selanjutnya...

24 Sept 2025

Mesyuarat Persediaan Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) di Morib

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

23-24 September 2025

Mesyuarat Persediaan Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) Bil. 2/2025 telah diadakan di Merbau Hall, Villea Morib.

Agenda mensyuarat adalah pembentangan rancangan persediaan awal bagi setiap jawatankuasa termasuk strategi, sasaran bagi setiap unit dan status terkini mengikut sektor dan subsektor.






Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan kita semua dalam melaksanakan Banci Ekonomi tahun depan. 
Baca selanjutnya...

15 Sept 2025

Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Pada 11-13 September 2025, telah berlangsung kejohanan Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) kali ke-14. Dalam temasya kejohanan edisi kali ini, Zon Selatan (DOSM Johor, DOSM Melaka dan DOSM Negeri Sembilan) telah menjadi tuan rumah dan telah diadakan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Muar, Johor.


BACA: SUKAN STATISTIK KEBANGSAAN KE-13, 2022


Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, sepak takraw, tarik tali, futsal, badminton, bola tampar, acara balapan, ping pong, perbarisan, permainan dalaman dan e-sukan.


Pada SSK kali ini, seramai 15 anggota PPG telah terpilih untuk mewakili kontinjen Zon Tengah dalam beberapa acara iaitu:


1. Puan Jay Purani a/p Arumugam (Balapan & Cross Country)

2. Nik Zafifah bt Nik Ibrahim (Balapan & Cross Country)

3. Akmar Harfizi bin Adanan (Balapan & Cross Country)

4. Mohamad Bazri b. Abu Bakar (Sepak Takraw)

5. Azeman b. Shaari (Sepak Takraw) 

6. Ali b. Ahmad (Sepak Takraw)

7. Muhammad Yazid bin Mohamed Yunus (Sepak Takraw)

8. Rohaizad bin Mohamad Hashim (Tarik tali)

9. Mohamad Zulrusdi b. Mohd Zain (Futsal lelaki)

10. Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab ((Futsal veteran)

11. Rozan b. Sulaiman (Bola Tampar lelaki)

12. Azureen bt Mohd Sirojuddin (Perbarisan)

13. Noriza bt Ali (Perbarisan)

14. 'Ainun Sa'adah bt Hj Abd Rahim (Perbarisan)

15. Mohd Fadzly b. Mohd Noor (Pen. Pengurus pasukan Ping Pong)


pelepasan atlet


pasukan futsal veteran yang memenangi pingat perak... hebat En. Afiq!


acara futsal lelaki...
hebat En. Zul yang bermain bermati-matian 
hingga hampir dikejarkan ke hospital

pasukan sepaktakraw yang semuanya diwakili oleh anggota PPG...
hantar atlet veteran pun boleh dapat pingat gangsa

team perbarisan... pingat emas... 
tahniah Pn.Ainun, Pn. Azureen & Pn. Noriza 


Zon Tengah.... aummm!!!

team PPG yang awesome

acara 4x100 wanita yang memenangi pingat perak... 
laju sungguh Pn. Jay berlari...
lepas ni pasti anak buah beliau tak berani nak melarikan diri.. 

peserta cross country 9km dari PPG bersama DSKP

pingat emas acara tarik tali
sudah pasti hasil tarikan mantap peserta paling gagah dari PPG..
tahniah En. Rohaizad

team bola tampar...
semoga tamparan En. Rozan & rakan-rakan lebih padu dalam SSK akan datang

Malam Apresiasi SSK 2025



Para pemenang pingat...






Pasukan Zon Utara (DOSM Perak, DOSM Pulau Pinang, DOSM Kedah dan DOSM Perlis) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan SSK untuk edisi ini. Zon Ibu Pejabat Putrajaya & ILSM di tempat kedua, manakala pasukan Zon Tengah (DOSM Wilayah Persekutuan dan DOSM Selangor) telah meraih kedudukan tempat ketiga. Syabas dan tahniah diucapkan buat para atlet yang telah bertungkus lumus berjuang dengan semangat kesukanan yang tinggi.


Jutaan terima kasih kepada semua urusetia, penyelaras acara sukan, pemain dan penyokong Zon Tengah yang telah berusaha gigih dan memberi komitmen yang tinggi. Semoga dalam kejohanan akan datang kita mampu untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam setiap acara yang dipertandingkan.


Syabas dan tahniah buat semua.

Baca selanjutnya...

30 Aug 2025

Salam Kemerdekaan ke-68 dari Warga PPG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

DOSM Gombak mengucapkan Salam Kemerdekaan ke-68 kepada seluruh warga DOSM dan rakyat Malaysia.


Terbang Tinggi Si Burung Merpati,
Hinggap Sebentar Di Atas Dahan,
Sudah 68 Tahun Kemerdekaan Dirai,
Negara Sejahtera Penuh Kenangan

Sebagai tanda semangat Kemerdekaan, kami kongsikan video khas Merdeka daripada kami semua.


𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜

Baca selanjutnya...

29 Aug 2025

Majlis Bacaan Surah Al-Kahfi, Yasiin, Tahlil & Selawat Sempena Maulidur Rasul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

29 Ogos 2025 (Jumaat) : 
Majlis Bacaan Surah  Al-Kahfi, Yasiin dan Tahlil (untuk Allahyarham/Allahyarhamah ibu bapa mertua En. Azeman dan ibu Cik Hazimah yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini) telah diadakan bertempat di Bilik Taklimat Sri Selayang,Pejabat Perangkaan Gombak.



Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai sempena Maulidur Rasul.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.