Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

19 Jul 2025

Kejohanan Liga Sepaktakraw Tertutup KSBS 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

19 Julai 2025 (Sabtu) - Pasukan sepaktakraw Pejabat Perangkaan Gombak telah menyertai kejohanan  Liga Sepaktakraw Tertutup anjuran Kelab Sepaktakraw Bidara Sari di Saujana Perdana, Sg. Buloh.

Walaupun pasukan ini baru sahaja dibentuk sebagai persediaan menghadapi Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) yang akan berlangsung pada bulan September, pasukan ini berjaya meraih kedudukan yang agak membanggakan dengan meraih tempat keempat.

Tahniah kepada semua pemain.






Baca selanjutnya...

16 Jul 2025

Salam Takziah Cik Hazimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa, bonda kepada Cik Hazimah binti Yeop Abd Rashid, Penolong Pegawai Perangkaan E6 (TBK1), Pejabat Perangkaan Gombak, DOSM Selangor telah kembali ke Rahmatullah pada awal pagi ini 15 Julai 2025 bersamaan 19 Muharram 1447H. Jenazah Allahyarhamah Putri Maimon binti Megat Abdul Wahab disolatkan di Masjid Jamek Bota Kanan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tali Air, Bota Kanan, Perak.


Semoga Cik Hazimah dan keluarga diberi ketabahan dan kesabaran atas pemergian bonda yang dikasihi. Marilah kita semua, warga Jabatan Perangkaan Malaysia yang beragama Islam menghadiahkan bacaan Al-Fatihah serta diiringi doa semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. InsyaAllah.
Baca selanjutnya...

11 Jul 2025

Sesi Saringan Kesihatan KOSPEN WOW & Taklimat Minda Sihat DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SHAH ALAM, 11 Julai 2025 - Sesi Saringan Kesihatan dilakukan oleh pasukan perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling merangkumi tinggi, berat, bacaan tekanan darah, bacaan glukos dan bacaan kolesterol. Ada yang terpaksa ambil tekanan darah berkali-kali, berdebar agaknya nampak doktor.






Hadirnya Tuan Afandy bin Sutrisno Tanjung; Pegawai Psikologi KKM menggamatkan Taklimat Minda Sihat. Bersemangat semua menjawab sahutan penceramah

Baca selanjutnya...

8 Jul 2025

Ziarah Shahrul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

7/7/2025 (Isnin) - Pada Jumaat lepas seorang anggota PPG, En. Mohd Shahrul bin Johari telah terlibat dalam kemalangan motosikal berdekatan Rawang Bypass dan mengakibatkan kecederaan yang agak serius iaitu patah tiga tulang rusuk dan juga ibu jari tangan.

Hari ini beberapa warga PPG diketuai oleh Pengarah DOSM Selangor, Puan Hartini binti Yaacob dan Ketua Pejabat Perangkaan Gombak, Puan Jay Purani a/p Arumugam serta barisan jawatankuasa tertinggi Kelab Pejabat Perangkaan Gombak (KPPEG) telah menziarahi En. Shahrul di Hospital Selayang.




Sumbangan berupa wang tunai dari KPPEG serta warga PPG telah disampaikan kepada En. Shahrul dan isteri. Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban beliau sekeluarga. 

Seluruh warga PPG mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga.


Baca selanjutnya...

24 Jun 2025

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Dan Jasamu Dikenang 2025 Peringkat Zon Tengah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

24 Jun 2025 (Selasa) : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 & Jasamu Dikenang 2025 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Zon Tengah telah selesai diadakan bertempat di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati di mana DOSM Wilayah Persekutuan menjadi tuan rumah.


Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin; Ketua Perangkawan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa; Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan dan Puan Hartini binti Yaacob; Pengarah DOSM Selangor.

Pada majlis ini, seramai 28 orang pegawai tetap dan 18 Personel MyStep (PMS) DOSM Zon Tengah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Turut diraikan pada majlis ini ialah 5 orang pesara DOSM Wilayah Persekutuan . Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para pesara DOSM atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.

Seluruh warga PP Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024, khususnya kepada anggota PP Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu Cik Nor Hazimah binti Yeop Abd Rashid, Penolong Pegawai Perangkaan E6 (TBK1); Puan Noriza binti Ali, Pembantu Perangkaan E3 dan En. Muhammad Izwan bin Mohamed Zain (Personel MyStep).







Semoga kecemerlangan mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga PPG yang lain untuk berkhidmat lebih cemerlang seterusnya menjadi pemangkin meningkatkan prestasi ke arah kecemerlangan jabatan.

Baca selanjutnya...

14 Jun 2025

Hiking ke Air Terjun Lata Gapi, Serendah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

14 Jun 2025 (Sabtu) - Seramai 22 orang anggota PPG telah menyertai aktiviti hiking ke Air Terjun Lata Gapi, Serendah. Ini merupakan aktiviti pertama yang dianjurkan oleh KPPEG di bawah jawatankuasa yang baharu dilantik tempoh hari bagi sesi 2025-2026. 

Jarak laluan ke Lata Gapi ini hanyalah kira-kira 4km pergi dan balik. Laluan pun kebanyakannya landai sahaja, tidak perlu mendaki cerun curam sangat. Beberapa kali juga perlu meredah anak sungai yang cetek. Boleh jalan santai-santai sahaja... sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga warga emas.

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan kerjasama sesama anggota PPG. Sekali-sekala buat aktiviti sihat begini dapat juga menenangkan fikiran setelah penat otak bekerja. Tak percaya, lihatlah wajah ceria masing-masing.... 











Sayang sekali kerana ramai lagi anggota lain yang tidak berkesempatan menyertai kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Tak apa, lain kali kita buat lagi, harapnya lebih ramai dapat menyertai.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.