Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

11 Jul 2025

Sesi Saringan Kesihatan KOSPEN WOW & Taklimat Minda Sihat DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SHAH ALAM, 11 Julai 2025 - Sesi Saringan Kesihatan dilakukan oleh pasukan perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling merangkumi tinggi, berat, bacaan tekanan darah, bacaan glukos dan bacaan kolesterol. Ada yang terpaksa ambil tekanan darah berkali-kali, berdebar agaknya nampak doktor.






Hadirnya Tuan Afandy bin Sutrisno Tanjung; Pegawai Psikologi KKM menggamatkan Taklimat Minda Sihat. Bersemangat semua menjawab sahutan penceramah

Baca selanjutnya...

8 Jul 2025

Ziarah Shahrul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

7/7/2025 (Isnin) - Pada Jumaat lepas seorang anggota PPG, En. Mohd Shahrul bin Johari telah terlibat dalam kemalangan motosikal berdekatan Rawang Bypass dan mengakibatkan kecederaan yang agak serius iaitu patah tiga tulang rusuk dan juga ibu jari tangan.

Hari ini beberapa warga PPG diketuai oleh Pengarah DOSM Selangor, Puan Hartini binti Yaacob dan Ketua Pejabat Perangkaan Gombak, Puan Jay Purani a/p Arumugam serta barisan jawatankuasa tertinggi Kelab Pejabat Perangkaan Gombak (KPPEG) telah menziarahi En. Shahrul di Hospital Selayang.




Sumbangan berupa wang tunai dari KPPEG serta warga PPG telah disampaikan kepada En. Shahrul dan isteri. Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban beliau sekeluarga. 

Seluruh warga PPG mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga.


Baca selanjutnya...

24 Jun 2025

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Dan Jasamu Dikenang 2025 Peringkat Zon Tengah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

24 Jun 2025 (Selasa) : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 & Jasamu Dikenang 2025 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Zon Tengah telah selesai diadakan bertempat di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati di mana DOSM Wilayah Persekutuan menjadi tuan rumah.


Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin; Ketua Perangkawan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa; Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan dan Puan Hartini binti Yaacob; Pengarah DOSM Selangor.

Pada majlis ini, seramai 28 orang pegawai tetap dan 18 Personel MyStep (PMS) DOSM Zon Tengah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Turut diraikan pada majlis ini ialah 5 orang pesara DOSM Wilayah Persekutuan . Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para pesara DOSM atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.

Seluruh warga PP Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024, khususnya kepada anggota PP Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu Cik Nor Hazimah binti Yeop Abd Rashid, Penolong Pegawai Perangkaan E6 (TBK1); Puan Noriza binti Ali, Pembantu Perangkaan E3 dan En. Muhammad Izwan bin Mohamed Zain (Personel MyStep).







Semoga kecemerlangan mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga PPG yang lain untuk berkhidmat lebih cemerlang seterusnya menjadi pemangkin meningkatkan prestasi ke arah kecemerlangan jabatan.

Baca selanjutnya...

14 Jun 2025

Hiking ke Air Terjun Lata Gapi, Serendah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

14 Jun 2025 (Sabtu) - Seramai 22 orang anggota PPG telah menyertai aktiviti hiking ke Air Terjun Lata Gapi, Serendah. Ini merupakan aktiviti pertama yang dianjurkan oleh KPPEG di bawah jawatankuasa yang baharu dilantik tempoh hari bagi sesi 2025-2026. 

Jarak laluan ke Lata Gapi ini hanyalah kira-kira 4km pergi dan balik. Laluan pun kebanyakannya landai sahaja, tidak perlu mendaki cerun curam sangat. Beberapa kali juga perlu meredah anak sungai yang cetek. Boleh jalan santai-santai sahaja... sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga warga emas.

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan kerjasama sesama anggota PPG. Sekali-sekala buat aktiviti sihat begini dapat juga menenangkan fikiran setelah penat otak bekerja. Tak percaya, lihatlah wajah ceria masing-masing.... 











Sayang sekali kerana ramai lagi anggota lain yang tidak berkesempatan menyertai kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Tak apa, lain kali kita buat lagi, harapnya lebih ramai dapat menyertai.
Baca selanjutnya...

26 May 2025

Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa K-PPEG 2025-2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

26 Mei 2025 (Isnin) : Sesi pemilihan bagi jawatankuasa Kelab PPG (KPPEG) bagi tahun 2025-2026 telah dijalankan. Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut:

PENASIHAT
Jay Purani a/p Arumugam

PENGERUSI 
Muhammad Aiman bin Mohd Arshad

TIMBALAN PENGERUSI 
Akmar Harfizi bin Adanan

SETIAUSAHA
'Ainun Sa'adah bt Hj Abd. Rahim

BENDAHARI   
Azeman bin Shaari

AHLI-AHLI JAWATANKUASA  
Mohamad Bazri bin Abu Bakar (Sukan) 
Ali bin Ahmad (Kebajikan)
Rohaizad bin Mohamad Hashim (Sosial)
Nur Hidayu bt Md Shukor (Ekonomi)
Muhammad Akmalhakim bin Baharudin (Wakil PMS)
Wafiy Aida bt Harizam (Wakil PMS)


Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada ahli jawatankuasa lama sesi 2023-2024 di atas komitmen yang telah diberikan walaupun banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana kesibukan melaksanakan tugas hakiki khususnya Banci Pertanian 2024. 

Tahniah buat semua yang terpilih dan diharapkan ahli jawatankuasa yang baharu ini akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi.

Baca selanjutnya...

25 May 2025

Kejohanan Bowling Tertutup PPG Bil. 1/2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

25 Mei 2025 (Ahad) - Kelab Pejabat Perangkaan Gombak (K-PPG) telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup Pejabat Perangkaan Gombak bertempat di Lite Superbowl, Selayang Mall. 

Ucapan perasmian oleh Ketua PPG





Ucapan Pengerusi K-PPG

Setelah bertarung sebanyak 3 game, berikut adalah keputusan kejohanan tersebut :

Kategori Lelaki:
1. Azeman (Baling Jerr) - 456 jatuhan pin
2. Aiman (Beras Habis) - 417 jatuhan pin
3. Rohaizad (2 Wist & Roll) - 405 jatuhan pin



Kategori Wanita:
1. Anis Nurhidayah (Beras Habis) - 339 jatuhan pin
2. Nurfarahin (Crazy Bowlers) - 329 jatuhan pin
3. Pn. Jay Purani (All 10 Gone) - 317 jatuhan pin



Kategori Berpasukan :
1. Crazy Bowlers (Ali, Yazid, Nik Zafifah, Nurfarahin)
2. Beras Habis (Fadzly, Aiman, Noriza, Anis)
3. Baling Jerr (Azeman, Afiq, Ainun, Fatimah)



Terima kasih :
1. Seluruh jawatankuasa K-PPG yang telah merealisasikan penganjuran kejohanan ini.
2. Puan Jay Purani, Ketua PPG yang telah menyumbang piala pusingan.
3. Adabi Consumer Industries Sdn Bhd - tajaan produk makanan untuk goodies bag.

Tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa cuba lagi dalam kejohanan yang akan datang... bolehlah mula berlatih dengan gigih bermula dari sekarang ya. Semoga kejohanan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara warga PPG.



 



Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.