Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

23 May 2025

Sesi Pengukuhan Pasukan DOSM Selangor di Huda's Haven, Batang Kali

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

21 & 22 Mei 2025 (Rabu & Khamis) - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah mengadakan Sesi Pengukuhan Pasukan (Team Building) bagi Gred 2 dan ke atas (penyelia dan pegawai kanan jabatan) bertempat di Huda's Haven, Kg. Ulu Rening, Batang Kali, Selangor.



Semoga aktiviti ‘team building’ ini dapat meningkatkan semangat, membina hubungan yang lebih erat dan komunikasi yang lebih efektif di antara anggota DOSM seterusnya segala tugasan yang diamanahkan menjadi lebih lancar .


Baca selanjutnya...

5 May 2025

Majlis Meraikan Kejayaan Malaysia Menduduki Tempat Pertama Dunia dalam Penilaian Open Data Inventory (ODIN) 2024/25

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

5 Mei 2025 (Isnin) - Malaysia telah mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan apabila diumumkan sebagai negara yang menduduki tempat pertama di peringkat global dalam penilaian Open Data Inventory (ODIN) 2024/25 oleh Open Data Watch (ODW) pada 29 April 2025. 

Malaysia telah mengatasi 198 buah negara lain dalam penilaian yang menumpukan aspek keterbukaan dan liputan data statistik rasmi, diikuti oleh Singapura, Finland, Denmark dan Poland. Pencapaian ini menunjukkan lonjakan ketara berbanding kedudukan ke-67 dalam penilaian ODIN 2022/23.
 

Sehubungan itu, satu Majlis bersempena Meraikan Kejayaan Malaysia Menduduki Tempat Pertama Dunia dalam Penilaian Open Data Inventory (ODIN) 2024/25 telah diadakan di Ruang Legar Galeri Blok C7, Ibu Pejabat DOSM Putrajaya, disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Seluruh warga DOSM Gombak turut mengikuti siaran langsung majlis tersebut. Kami turut berbangga dan meraikan kejayaan negara menduduki tempat pertama dunia dalam Penilaian Open Data Inventory (ODIN) 2024/25! 






Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia di atas kejayaan bermakna ini.

Baca selanjutnya...

30 Apr 2025

Majlis Apresiasi PMS HIES/BA 2024/2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

30 April 2025 (Rabu) - Pejabat Operasi Gombak telah menganjurkan Majlis Apresiasi Personel MyStep (PMS) bagi projek Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2024/2025 bagi menghargai sumbangan mereka dalam menjayakan survei tersebut.


Aturcara majlis :

Bacaan Doa diikuti ucapan Ketua Pejabat Operasi Gombak dan Penyelia Tetap (Operasi)

Ucapan Penyelia PMS Operasi & Prosesan serta ucapan wakil-wakil PMS

Penyampaian Sijil Penghargaan 


Penyampaian hadiah kuiz Ramadan DOSM Selangor yang kesemua pemenangnya dibolot oleh anggota POG.... syabas dan tahniah!!!


Sesi Fotografi

Tahniah dan terima kasih kepada semua anggota yang terlibat. Semoga terus sukses dalam kerjaya pada masa depan.














Baca selanjutnya...

24 Apr 2025

Majlis Sambutan Hari Raya POG 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

24 April 2025 (Khamis) - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pejabat Operasi Gombak telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Pengarah DOSM Selangor, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, Ketua Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Ketua-Ketua Unit.














Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota POG dan para tetamu jemputan yang telah menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah antara sesama anggota DOSM Selangor khususnya di POG bertambah erat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA POG.

Baca selanjutnya...

16 Apr 2025

Majlis Sambutan Hari Raya DOSM Selangor 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

16 April 2025 (Rabu) - Majlis Sambutan Hari Raya DOSM Selangor tahun ini dilaksanakan secara sederhana di Ibu Pejabat Shah Alam bagi menghormati mangsa-mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Height. 

Sehubungan dengan itu Sambutan Raya telah dilaksanakan mengikut Seksyen/Unit/PO. Bagi memeriahkan sambutan tersebut pihak KSKS telah menganjurkan pertandingan mengikut tema dan dekorasi di setiap Seksyen/Unit/PO.

Beberapa anggota POG diketuai Puan Jay Purani turut dijemput hadir mewakili POG.










Baca selanjutnya...

15 Apr 2025

Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat PERODUA

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

15 April 2025 (Selasa) - Pengarah DOSM Selangor, Puan Hartini binti Yaacob telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Perodua, Sungai Choh, Rawang bersama-sama pegawai DOSM Gombak, Selangor. Turut hadir adalah pegawai atasan dan wakil daripada Syarikat Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd, Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd dan Perodua Sales Sdn. Bhd.

Antara perkongsian ialah pemakluman berkaitan banci/survei yang dilaksanakan oleh DOSM serta penerangan berkaitan aktiviti yang dilaksanakan oleh Perodua. Kerjasama ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan dua hala antara DOSM Selangor dan Perodua dalam menjayakan operasi banci/survei.




Semoga usaha bersama ini memberi manfaat dan kejayaan kepada pertumbuhan dan pembangunan sektor ekonomi negara. 

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.