Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

1 Nov 2024

Berakhir Sudah Operasi Banci Pertanian 2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Banci Pertanian 2024 telah melabuhkan tirainya. Lebih 11,000 tempat kediaman dan pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti pertanian di daerah Gombak dan Hulu Selangor telah diliputi sepanjang tempoh bancian mulai 7 Julai hingga 31 Oktober 2024. 

Pekebun, pesawah, penternak, nelayan, petani berskala besar hingga skala kecil telah kami banci.
Pelbagai pengalaman pahit manis dilalui para pegawai, penyelia dan juga pembanci sepanjang melaksanakan proses pembancian bertemu pengusaha aktiviti pertanian hingga ke kebun, kebun komuniti, ladang, kolam, reban dan kandang. Pelbagai cabaran juga ditempuhi termasuk menyusuri jalan berlopak, meredah sungai dan mendaki bukit. Pastinya menjadi pengalaman berharga bagi semua yang terlibat.

Ini sebahagian gambar-gambar semasa pembancian :



                            Operasi banci dmulakan dengan majlis bacaan Yasiin dan solat hajat



Bermulalah operasi banci


















Seronoknya masing-masing bila dapat bawa balik buah tangan...







Majlis meraikan tamatnya operasi banci di Ramly Bistro...

meraikan tamat operasi banci di Ramly Bistro



Jutaan terima kasih diucapkan kepada responden yang memberikan kerjasama yang baik semasa Banci Pertanian ini dijalankan.

Tahniah jua buat semua yang terlibat menjayakan banci ini.
 
"Banci Pertanian, Kunci Kemajuan Pertanian"

Baca selanjutnya...

25 Oct 2024

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Shahrul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Mohd Shahrul bin Johari, Pembantu Khidmat Am H1, telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 12.03 am, 24 Oktober 2024.

Bayi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu dinamakan Nur Dhiya bt Mohd Shahrul.


Tahniah kepada En. Shahrul dan isteri sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka itu.

Kami warga POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri-puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

24 Oct 2024

Sesi Review pasca Banci Pertanian 2024 Peringkat Daerah Kuala Selangor & Hulu Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

24 Oktober 2024 - Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 Peringkat Daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor telah diadakan di Hotel De Palma Resort, Kuala Selangor

Sesi ini merupakan sesi penting yang perlu dilaksanakan bersama agensi-agensi pertanian di setiap daerah. Ia bertujuan untuk menilai dapatan awal Banci Pertanian 2024, serta membuat perbandingan dengan data-data pentadbiran sedia ada yang dipegang oleh pelbagai agensi di peringkat daerah. Sesi ini bukan sahaja bertujuan untuk meninjau hasil awal banci, tetapi juga menyediakan platform untuk perbincangan mengenai input dan penambahbaikan data yang diperlukan. Perbincangan ini akan membantu pihak DOSM dalam menghasilkan laporan Banci Pertanian yang lebih komprehensif dan tepat.






Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 bagi Negeri Selangor, Puan Hartini binti Yaacob, serta wakil dari Ibu Pejabat iaitu Puan Komathi Pindaya dan pengiringnya, Encik Ahmad Shahrul. Terima kasih diucapkan kepada semua agensi-agensi pertanian yang hadir dan memberi kerjasama yang baik dalam Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 Daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor hari ini.

Baca selanjutnya...

20 Oct 2024

Program Satu Pemimpin, Satu Kampung sempena Hari Statistik Negara 2024 peringkat Negeri Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

19 Oktober 2024 (Sabtu) - Masjid Jamek Mahmudiah, Kampung Baharu, Sabak Bernam.

Program Satu Pemimpin, Satu Kampung anjuran Jabatan Perangkaan sempena Hari Statistik Negara 2024 peringkat Negeri Selangor!


Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan yang turut dihadiri beberapa anggota POG :

- Program Santuni Madani Bersama Komuniti Kampung Baharu 
- Larian FitSantuni Madani 
- Kejohanan Bolasepak Bawah Umur 10 & 12 tahun
- Sukaneka Mewarna Dewasa dan Kanak-Kanak 
- Reruai Pelbagai Agensi Kerajaan 
- Merewang 
- Gotong-Royong Bersihkan Kubur 
- Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma 














Baca selanjutnya...

3 Oct 2024

Banci Pertanian 2024 di kebun-kebun komuniti sekitar daerah Gombak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pelaksanaan Banci Pertanian bertempat di kebun-kebun komuniti  sekitar daerah Gombak pada sepanjang minggu ini:

1. Kebun Komuniti Gombak Utara
2. Kebun Komuniti Flat Dadimur, Batu Caves
3. Kebun Komunit Taman Rakyat Greenwood, Batu Caves
4. Kebun Komuniti Kampung Sungai Tua Baharu, Batu Caves
5. Kebun Komuniti Kampung Baru Batu Caves 
6. Kebun Komuniti Persatuan Penduduk Taman TAR, F1, Zon 1









Terima kasih jua diucapkan kepada semua pengusaha kebun komuniti  yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan maklumbalas menjawab borang soal selidik Banci Pertanian 2024.

Untuk maklumat lanjut, layari portal Banci Pertanian melalui pautan: http://www.myagricensus.gov.my

"Banci Pertanian, Kunci Kemajuan Pertanian"

Baca selanjutnya...

23 Sept 2024

Operasi Banci Pertanian di ARC Rawang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

RAWANG, 23 Sept. 2024 - Satu Sesi Kerja Lapangan  bersama Aquaculture Resource Centre (ARC) yang diusahakan oleh Tuan Mohd Hafiz Bin Nordin telah dilaksanakan. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada pihak ARC di atas 2  Penganugerahan yang di terima iaitu Anugerah Perdana Agro Makanan dan Perternak Akuakultur terbaik MAHA 2024 baru-baru ini.

Aktiviti utama yang dilaksanakan di ARC adalah Ternakan Ikan Air Tawar, Nurseri Benih Ikan Air Tawar dan Hatcheri Benih Ikan Air Tawar. Selain itu, ARC turut melaksanakan projek sampingan iaitu Ternakan ikan susu (ikan marin) dan patin buah, tanaman sayur serta aktif melaksanakan kursus dan latihan dalam bidang akuakultur. ARC turut memiliki 150 kolam ternakan.

Turut hadir bersama semasa proses pembancian ini dilaksanakan adalah Tuan Zainal (Pegawai Perikanan Daerah Gombak / Petaling). 








Terima kasih diucapkan kepada pihak ARC yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan maklumbalas menjawab borang soal selidik Banci Pertanian 2024.

Untuk maklumat lanjut, layari portal Banci Pertanian melalui pautan: http://www.myagricensus.gov.my

"Banci Pertanian, Kunci Kemajuan Pertanian"

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.