Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

17 Sept 2023

Pameran Mempromosikan Pelaksanaan Banci Pertanian 2024 Di Program Karnival Mega Suria

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

16 & 17 September 2023 – Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah menyertai Pameran Mempromosikan Pelaksanaan Banci Pertanian 2024 bersempena dengan Program Karnival Mega Suria Tahun 2023 yang diadakan di Padang Timur MBPJ anjuran Suria FM. Jabatan ini juga telah menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh Suria FM untuk menjalankan pengiraan statistik pengunjung Program Karnival Mega Suria yang julung-julung kalinya diadakan ini. 

Antara warga POG yang terlibat :





kerja sampai malam

Penyertaan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor ini diharap dapat mempromosikan Banci Pertanian yang bakal dilaksanakan di seluruh Malaysia pada tahun hadapan iaitu tahun 2024 di samping dapat membekalkan statistik pengunjung berkualiti, bermutu dan boleh dipercayai.
Terima kasih diucapkan kepada Suria FM kerana sudi menjemput kami. 

Baca selanjutnya...

16 Sept 2023

Majlis Perpisahan Puan Hazwani

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Lumrah alam, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Pada hari Jumaat, 15 September 2023, Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Hazwani bt Abdullah, Pembantu Perangkaan E22 TBK1 yang akan bertukar ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, berkuatkuasa mulai 4 September 2023.

Majlis diserikan dengan ucapan oleh En. Frankie (Ketua POG), Cik Hazimah (Pengerusi K-POG), En. Azeman (wakil Penyelia) serta Puan Ainun (wakil anggota Tetap) yang merakamkan penghargaan atas khidmat cemerlang sepanjang Puan Hazwani berkhidmat di POG sejak dari awal penubuhannya pada tahun 2008. 

Seterusnya Puan Hazwani dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang telah memberikan kerjasama, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang beliau bertugas di POG. Setelah kira-kira 16 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 










Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mendoakan beliau akan terus maju jaya, dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau sekeluarga di tempat yang baharu serta berjaya mengejar  segala impian di masa akan datang.

Baca selanjutnya...

15 Sept 2023

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 di POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

PENGHAYATAN BULAN KEBANGSAAN 2023 PERINGKAT DOSM SELANGOR
 
Bersempena dengan tibanya bulan Ogos yang sinonim dengan Bulan Kebangsaan Negara, DOSM Selangor melalui Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) telah menganjurkan beberapa acara untuk menyemai nilai patriotisme di dalam diri setiap anggota unit/PO. Acara-acara tersebut dipertandingkan mengikut unit dan pejabat operasi, iaitu:

i. Hiasan Tema Kemerdekaan Terbaik
ii. Persembahan Kemerdekaan Terbaik
iii. Penciptaan Jalur Gemilang Terbaik (Dari Barangan Kitar Semula)

Penjurian yang diketuai oleh Puan Hartini Binti Yaacob, Pengarah DOSM Selangor telah diadakan di setiap unit dan pejabat operasi bermula dari 6-8 September 2023. 

Video hasil suntingan Mohd Fadzly






Tahniah dan terima kasih kepada semua yang berjuang dan bertungkus lumus di dalam program penghayatan kemerdekaan 2023. Menang atau kalah bukan ukuran tetapi yang penting adalah SEMANGAT untuk menghasilkan sesuatu daripada tiada kepada ada dan daripada mustahil kepada boleh! Kerjasama daripada semua pihak menjadikan POG setanding dengan seksyen-seksyen lain yang sama mantap dan bergaya. Awesome job semua anggota POG tak kira tetap atau PMS. You have standing in the eyes of the world. Keep up the awesome works!
- Frankie Albert Antau, Ketua Pejabat Operasi Gombak
                                                                                        
Baca selanjutnya...

10 Sept 2023

Program Selangor Agro Green Peringkat Daerah Sabak Bernam 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

PROGRAM SELANGOR AGRO GREEN PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 2023 BERTEMAKAN “TRANSFORMASI PERTANIAN KE ARAH PRODUKTIVITI & AGROPELANCONGAN”

9 & 10 September 2023 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah menyertai Pameran Program Selangor Agro Green Peringkat Daerah Sabak Bernam Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar anjuran Jabatan Pertanian Malaysia dan dirasmikan oleh Tuan Amri bin Ismail (S.M.S), Pegawai Daerah Sabak Bernam. 

Program Selangor Agro Green ini merupakan hari bertemu pelanggan bagi semua agensi di bawah Jabatan Pertanian Malaysia.

Penyertaan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor ini diharap dapat mempromosikan Banci Pertanian yang bakal dilaksanakan di seluruh Malaysia pada tahun hadapan iaitu tahun 2024. POG turut berkesempatan menghantar seorang wakil untuk mengendalikan pameran tersebut iaitu Puan Nik Zafifah.






Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Selangor kerana sudi menjemput DOSM bersama-sama dalam menjayakan pameran di Program ini. 


Baca selanjutnya...

18 Aug 2023

Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa K-POG 2023-2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

18 Ogos 2023 (Jumaat) : Sesi pemilihan bagi jawatankuasa Kelab P.O.G bagi tahun 2023-2024 telah dijalankan. Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut:

PENASIHAT  
Frankie anak Albert Antau

PENGERUSI 
Nor Hazimah bt Yeop Abd Rashid 

TIMBALAN PENGERUSI 
Azizol b. Harun

SETIAUSAHA
Noriza bt Ali 

BENDAHARI    
Nik Zafifah bt Nik Ibrahim

AHLI-AHLI JAWATANKUASA  
Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab (Sukan) 
Siti Fatimah bt Ahmad (Kebajikan)
Aidil Ariff bin Asyurisham (Sosial)
Mohd Rashid bin Ahmad (Ekonomi)

Muhammad Hazwan bin Mohd Yusof (Wakil PMS)
Nur Farahin bt Mohamad Radzi (Wakil PMS)





Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada ahli jawatankuasa lama sesi 2020-2022 di atas komitmen yang telah diberikan walaupun segala perancangan aktiviti tidak dapat dilaksanakan ketika negara dilanda wabak Covid-19. Diharapkan ahli jawatankuasa yang baru dipilih ini akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi.

Baca selanjutnya...

8 Aug 2023

Sesi Libat Urus Bersama FELDA Selangor Bagi Persediaan Banci Pertanian 2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SESI LIBAT URUS BERSAMA FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY (FELDA) NEGERI SELANGOR BAGI PERSEDIAAN BANCI PERTANIAN 2024
8 Ogos 2023 – Satu sesi libat urus di antara Federal Land Development Authority (FELDA) Negeri Selangor dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah diadakan melibatkan Puan Hartini binti Yaacob; Pengarah DOSM Negeri Selangor dan Encik Hasrin bin Ismail; Pengarah, Pembangunan Pertanian dan Ternakan, & Encik Mohammaad Nazri bin Jamaluddin; Pengarah, Pembangunan Usahawan (FELDA) Negeri Selangor.

Turut serta bersama di dalam sesi ini ialah beberapa pegawai dari DOSM Negeri Selangor termasuk Ketua Pejabat Operasi Gombak; En. Frankie Albert Antau serta beberapa pegawai dari FELDA Negeri Selangor.






Sesi pertemuan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi dan menghebahkan pemakluman awal berkaitan Banci Pertanian yang akan dilaksanakan oleh DOSM pada tahun 2024.
Perbincangan berilmiah ini juga memberi input yang sangat bermanfaat bagi membantu perancangan operasi dalam menjalankan Banci Pertanian 2024 dan memperkukuhkan lagi pembangunan rangka pertanian di negeri Selangor bagi melaksanakan Banci Pertanian 2024 nanti.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.