Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

22 Mar 2023

Perjumpaan Pengarah Bersama Anggota DOSM Selangor & Tazkirah Ramadan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

22 Mac 2023 (Rabu) : Sesi Perjumpaan Pengarah DOSM Selangor, Puan Hartini binti Yaacob bersama warga DOSM Selangor telah diadakan bertempat di Dewan Ballroom Institut Kesihatan Negara, Setia Alam. 

Seluruh warga DOSM Selangor termasuk dari Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Pejabat Operasi Gombak (POG) hadir pada majlis ini.

Majlis turut diisi dengan Penyerahan Watikah Kenaikan Pangkat kepada beberapa anggota serta Tazkirah Ramadan oleh penceramah jemputan Ustaz Norazan Bin Abdul Rahman anjuran Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial (KSKS) DOSM Selangor bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba serta 





















Baca selanjutnya...

12 Mar 2023

Hiking ke Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

12 Mac 2023 (Ahad) - Beberapa orang anggota POG telah menyertai aktiviti hiking ke Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu. Perjalanan kira-kira 12km pergi balik, laluan pun santai-santai sahaja dan tidak perlu mendaki cerun curam. 

Sekali-sekala buat aktiviti sihat begini dapat juga menenangkan fikiran setelah penat otak bekerja. Tak percaya lihatlah wajah ceria masing-masing....













Sayang sekali kerana ramai anggota lain yang ingin turut serta tetapi tidak berkesempatan kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Tak apa, lain kali kita buat lagi, harapnya lebih ramai dapat menyertai.
Baca selanjutnya...

21 Feb 2023

Kenaikan Pangkat : Tahniah Cik Hazimah, En. Afiq, Pn. Emily & En. Rozan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota-anggota POG di atas kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK).

Anggota-anggota tersebut adalah :

1. Cik Nor Hazimah bt Yeop Abd Rashid - E32 (TBK1)
2. En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab - E22 (TBK1)
3. Pn. Emily Singa - E22 (TBK1)
4. En. Rozan bin Sulaiman - E22 (TBK1)


Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

20 Feb 2023

Selamat Datang Cik Hazimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 20 Februari 2023, Cik Nor Hazimah bt Yeop Abd Rashid, Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak, menggantikan Puan Norashikin bt Nasokha yang bertukar ke Seksyen Prosesan & Analisis, Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam.


Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia sejak tahun 2009,sebelum ini beliau ditempatkan bertugas secara kader di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Cik Hazimah ke dalam keluarga POG, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.

Baca selanjutnya...

16 Feb 2023

Majlis Perpisahan Puan Shikin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 16 Februari 2023 (Khamis), Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Norashikin bt Nasokha, Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 yang bertukar ke Seksyen Prosesan & Analisis, Ibu Pejabat DOSM Selangor berkuatkuasa mulai 6 Februari 2023.

Majlis turut dihadiri oleh En. Shahrill, Ketua Pejabat Operasi Kajang serta En. Fakhrul dari Ibu Pejabat DOSM Shah Alam.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab POG, En. Azeman serta Ketua POG, En. Frankie yang berkongsi kenangan serta merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan khidmat cemerlang sepanjang Puan Shikin berkhidmat di POG. 

Seterusnya Puan Shikin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang beliau berada di POG. Walaupun cuma setahun sempat mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 












Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran serta merakamkan terima kasih tidak terhingga atas segala tunjuk ajar, teguran, dorongan dan nasihat yang telah beliau berikan dan mendoakan beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.

Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi... 
(tak jauh pun, kat Shah Alam je)

  

Baca selanjutnya...

9 Feb 2023

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rashid

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Mohd Rashid bin Ahmad, Pembantu Perangkaan E19, telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 2.28a.m, 8 Februari 2023.

Bayi seberat  2.7kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan dan dinamakan  Muhammad Faqih Anaqu bin Mohd Rashid.


Tahniah kepada En. Rashid dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-putera mereka bakal menjadi anak yang soleh... aamiinn. Insya Allah.
 
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.