Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

16 Feb 2023

Majlis Perpisahan Puan Shikin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 16 Februari 2023 (Khamis), Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Norashikin bt Nasokha, Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 yang bertukar ke Seksyen Prosesan & Analisis, Ibu Pejabat DOSM Selangor berkuatkuasa mulai 6 Februari 2023.

Majlis turut dihadiri oleh En. Shahrill, Ketua Pejabat Operasi Kajang serta En. Fakhrul dari Ibu Pejabat DOSM Shah Alam.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab POG, En. Azeman serta Ketua POG, En. Frankie yang berkongsi kenangan serta merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan khidmat cemerlang sepanjang Puan Shikin berkhidmat di POG. 

Seterusnya Puan Shikin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang beliau berada di POG. Walaupun cuma setahun sempat mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 












Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran serta merakamkan terima kasih tidak terhingga atas segala tunjuk ajar, teguran, dorongan dan nasihat yang telah beliau berikan dan mendoakan beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.

Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi... 
(tak jauh pun, kat Shah Alam je)

  

Baca selanjutnya...

9 Feb 2023

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rashid

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Mohd Rashid bin Ahmad, Pembantu Perangkaan E19, telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 2.28a.m, 8 Februari 2023.

Bayi seberat  2.7kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan dan dinamakan  Muhammad Faqih Anaqu bin Mohd Rashid.


Tahniah kepada En. Rashid dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-putera mereka bakal menjadi anak yang soleh... aamiinn. Insya Allah.
 
Baca selanjutnya...

1 Feb 2023

Majlis Pelancaran POG Biggest Loser 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1 Februari 2023 (Rabu) - Majlis Pelancaran POG Biggest Loser 2023 telah diadakan bertempat di Tasik Taman Bersatu, Rawang

Penyelaras: Pn Nik Zafifah Nik Ibrahim
Penyelaras bersama: Pn Husna Khiri (Fit DOSM)

Peserta



Aktiviti 

Fit DOSM

Pelancaran POG Biggest Loser 2023 oleh KPO

Penimbangan kali ke-2 peserta Biggest Loser

Pengumuman pemenang acara penimbangan kali ke-2 Biggest Loser (Kategori L&P)

Kutipan denda bagi peserta yang berat sama atau bertambah (RM10 seorang 😝)

Peserta bersama penyokong

Baca selanjutnya...

20 Jan 2023

Sesi Walkabout YBhg. Dato’ Sri Dr Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia bersama Warga DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

20 Januari 2023, Jumaat - YBhg. Dato’ Sri Dr Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia telah berkunjung ke Pejabat Shah Alam untuk Sesi Walkabout bersama warga DOSM Selangor.

Anggota Pejabat Operasi Gombak turut berkesempatan hadir diwakili oleh Ketua & Timbalannya iaitu En. Frankie & Puan Norashikin bersama barisan para penyelia.

Acara :
1. Program FitDOSM: Breakfast Run di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
2. Amanat dari YBhg. Dato’ Sri Ketua Perangkawan Malaysia kepada warga DOSM Selangor.
3. Mesyuarat Pengurusan DOSM Selangor bersama YBhg. Dato’ Sri Ketua Perangkawan Malaysia














 


Baca selanjutnya...

19 Jan 2023

Kerja Luar : Pilot Test Borang Banci Pertanian 2024 bersama BPPAS

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sektor pertanian adalah penting bagi mewujudkan keberdikarian bekalan makanan negara. Maksud kepada keberdikarian bekalan makanan adalah negara menghasilkan dan membekalkan bekalan makanan tempatan secara domestik dan tidak bergantung kepada industri import.

Sekiranya kita berjaya membentuk bekalan makanan atau sumber pertanian yang cukup untuk permintaan domestik, kita pasti dapat mengeluarkan hasil untuk pasaran antarabangsa. Dengan meningkatkan sektor pertanian, negara dapat meningkatkan pendapatan eksport serta menyumbang kepada pendapatan negara.
Apabila sektor pertanian diperluaskan dan menjadi agenda utama kerajaan, ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan terutamanya golongan luar bandar.

Bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi sektor pertanian di negara kita, BANCI PERTANIAN AKAN DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2024. 

Justeru, sebagai persediaan untuk banci ini, baru-baru ini kajian Pilot Banci Pertanian telah dilaksanakan di semua daerah di Selangor yang meliputi kedua-dua kumpulan sasaran iaitu isi rumah dan pertubuhan. Kajian pilot ini adalah hasil usahasama antara DOSM Ibupejabat iaitu Bahagian Perangkaan Pertanian dan Asas Tani (BPPAS) dan DOSM Selangor.

Salah satu tujuan kajian pilot ini adalah untuk membuat pengujian soal selidik bagi memastikan kelancaran pelaksanaan banci pertanian pada tahun hadapan. 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua responden yang terlibat atas kerjasama baik yang diberikan 👍👍👍.


Daerah Gombak








Daerah Hulu Selangor





Baca selanjutnya...

18 Jan 2023

Sumbangan Kelahiran : Tahniah Puan Fatiha

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada Puan Fatiha di atas kelahiran cahayamata kedua. Sumbangan hadiah kelahiran dari Kelab POG dan juga Unit Isi Rumah telah disampaikan oleh Puan Norashikin. 




Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.