Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

2 Nov 2022

Sesi Review HIES/BA & Mesyuarat Pengurusan Bil.5/2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Banting, 2 November 2022 – Sesi Review Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 dan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 5 Tahun 2022 telah diadakan pada hari ini dan dipengerusikan oleh Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor.
Turut diadakan sesi penyerahan tugas kepada Ketua Unit Pembuatan,Binaan,Alam Sekitar & Pertanian yang baharu, Encik Mohd Rosli bin Mahmood dan juga sesi serahan tugas oleh Ketua Unit Isi Rumah, Encik Mohd Fairoz bin Abdul Rani kepada Puan Rasidah binti Abdullah.

Puan Pengarah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Fairoz bin Abdul Rani sepanjang berada di jabatan ini sejak tahun 2013-2022 kerana beliau akan bertukar ke ibu pejabat pada minggu pertama November 2022. Semoga terus maju jaya di tempat baru.








Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan setiap bahagian dan unit dan beberapa permasalahan yang diselesaikan dibentangkan dalam mesyuarat ini. Sesi Review Survei HIES/BA 2022 juga telah diadakan dengan jayanya.

Sumber : FB DOSM Selangor
Baca selanjutnya...

29 Oct 2022

Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 27-29 Oktober 2022, telah berlangsung Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) kali ke-13. Sejak kali terakhir diadakan pada tahun 2017 akibat kekangan masa serta pandemik Covid-19, temasya kejohanan dwitahunan kali ini dianjurkan oleh Zon Utara dan telah diadakan di Kompleks Sukan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Diadakan juga konvoi bermotosikal oleh anggota DOSM Selangor menuju ke  UPSI Tanjung Malim bagi memeriahkan lagi acara sukan ini.


Pada SSK 2022 kali ini, seramai 9 anggota POG telah terpilih untuk mewakili pasukan Zon Tengah dalam beberapa acara iaitu:

1. Ali b. Ahmad (Futsal veteran)
2. Mohd Bazri b. Abu Bakar (Sepak Takraw)
3. Azeman b. Shaari (Sepak Takraw)
4. Nik Zafifah bt Nik Ibrahim (Cross Country 5km)
5. Mohd Fadzly b. Mohd Noor (Bola sepak 11-Sebelah)
6. Mohamad Zulrusdi b. Mohd Zain (Futsal lelaki & Bola sepak 11-Sebelah)
7. Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab ((Futsal lelaki & Bola sepak 11-Sebelah)
8. Rozan b. Sulaiman (Bola Tampar lelaki)
9. Muhammad Amirul b. Aziz (Futsal lelaki)

Zon Tengah telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan. Kali ini gelaran juara keseluruhan dirangkul oleh Zon Borneo manakala Zon Ibu Pejabat Putrajaya & ILSM di tempat kedua.

Jutaan terima kasih kepada semua urusetia, penyelaras acara sukan, pemain dan penyokong Zon Tengah yang telah berusaha gigih dan memberi komitmen yang tinggi. Semoga dalam kejohanan akan datang kita mampu untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Syabas dan tahniah buat semua.


































INFO : SEJARAH PENGANJURAN SUKAN STATISTIK KEBANGSAAN

1997 : Zon Utara - Ipoh, Perak
1999 : Zon Timur - Kuala Terengganu, Terengganu
2002 : Zon Ibu Pejabat - Pusat Latihan BSN, Bangi
2004 : Zon Tengah - Pusat Latihan BSN, Bangi 
2006 : Zon Selatan - Ayer Keroh & Bandaraya Melaka
2009 : Zon Ibu Pejabat - Pusat Latihan BSN, Bangi
2011 : Zon Selatan - Seremban, N.Sembilan
2013 : Zon Utara - UUM Sintok, Kedah
2015 : Zon Timur - UIAM, Kuantan, Pahang
2017 : Zon Tengah  - Pusat Latihan INSPEN, Kajang
Baca selanjutnya...

24 Oct 2022

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Pn. Fatiha

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Nurul Fatiha bt Rusli, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 10.41 am, Isnin, 24 Oktober 2022, bersamaan cuti umum Hari Deepavali.

Bayi seberat 2.8 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Tanah Merah, Kelantan dan dinamakan Nur Fia Aliesya.


Tahniah kepada Puan Fatiha dan suami beliau sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka. Seluruh warga POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...

22 Oct 2022

Karnival Statistik 2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menganjurkan Karnival Statistik 2022 di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai Perak pada 20-22 Oktober 2022 (Khamis-Sabtu). Karnival ini dianjurkan sempena sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2022 dan Sedekad Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM).

Terdapat pelbagai aktiviti, program dan pertandingan yang dijalankan sepanjang Sambutan HSN 2022 ini. Antaranya adalah Forum Perdana Ehwal Islam, Karnival Statistik (Pameran dan Jualan oleh Agensi Kerajaan & Swasta), Karnival Kerjaya (Temuduga Terbuka), Program Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan, Demonstrasi oleh Abang Bomba, Kaunter Bayaran & Semakan Saman JPJ dan PDRM (termasuk diskaun), Kaunter Bayaran Cukai Tanah dan banyak lagi. 






Beberapa orang anggota POG turut berkesempatan hadir memeriahkan karnival tersebut (namun tak sempat diambil gambarnya).


Baca selanjutnya...

8 Oct 2022

Road to SSK 2022 : Perlawanan Persahabatan DOSM Zon Tengah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SABTU, 8 Oktober 2022
Kompleks Sukan UiTM Shah Alam
Hari ini telah berlangsung perlawanan persahabatan antara Pasukan DOSM Zon Tengah (DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan) melawan pasukan jemputan sempena meraikan Hari Sukan Negara 2022 yang diadakan pada 8 Oktober 2022 di seluruh negara. Antara acara yang dipertandingkan pada hari ini adalah:

Bolasepak
DOSM Zon Tengah vs SOPRA 35 FC
Sepaktakraw
DOSM Zon Tengah 1 vs DOSM Zon Tengah 2

Bola Tampar
DOSM Zon Tengah vs Polis Klang Selatan
Bola Jaring
DOSM Zon Tengah 1 vs DOSM Zon Tengah 2
Ping Pong
DOSM Zon Tengah vs Pejabat Pembangunan Negeri Selangor - ICU JPM











Meriah acara hari ni..ramai penyokong dari DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan hadir bagi semangat pada pasukan masing-masing. Kita mantapkan lagi skill pasukan sebelum berentap dalam Sukan Statistik Kebangsaan 2022 nanti!!

Sumber : FB DOSM Selangor
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.