Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

1 Oct 2022

Road to SSK 2022 : Perlawanan Persahabatan Bola Sepak : DOSM Selangor vs DOSM Wilayah Persekutuan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Perlawanan Persahabatan :
DOSM Selangor vs DOSM Wilayah Persekutuan
1 Oktober 2022
Padang Turf Seksyen 7, Shah Alam
Perlawanan persahabatan antara DOSM Selangor VS DOSM Wilayah Persekutuan diadakan bertujuan untuk memilih 16 pemain
terbaik
bagi mewakili pasukan Bola Sepak Zon Tengah dalam Sukan Statistik Kebangsaan yang bakal menjelang tak lama lagi. Nampaknya semua bersemangat buat persiapan menjelang Sukan Statistik Kebangsaan 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia kali ni….










Tahniah kepada pemain-pemain khususnya dari POG yang telah terpilih untuk mewakili pasukan Zon Tengah!
Terima kasih juga kepada pihak penganjur dan kedua pasukan yang menunjukkan aksi-aksi
terbaik
dalam perlawanan persahabatan ini.

ZON TENGAH BOLEH!!!

Sumber : FB DOSM Selangor

Baca selanjutnya...

Road to SSK 2022 : Perlawanan Persahabatan Futsal : DOSM Selangor vs DOSM Wilayah Persekutuan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1 Oktober 2022; Frenzy Arena Seksyen 16, Shah Alam

Perlawanan persahabatan antara DOSM Selangor VS DOSM Wilayah Persekutuan KL & Labuan diadakan bertujuan untuk memilih pemain
terbaik
bagi mewakili pasukan Futsal Zon Tengah dalam Sukan Statistik Kebangsaan yang bakal menjelang tak lama lagi.
Sengit juga pemilihan pemain futsal kali ni…Ramai pemain yang hebat-hebat beraksi dalam perlawanan persahabatan ni. Katanya ramai penyokong berpindah ke gelanggang wanita…betul ke?? Hahaha..Seronok kan tengok kakak dan abang DOSM Zon Tengah lincah beraksi dalam gelanggang..







Apa-apa pun tahniah kepada pemain-pemain yang telah terpilih khususnya dari POG!
ZON TENGAH BOLEH!!!

Sumber : FB DOSM Selangor
Baca selanjutnya...

24 Sept 2022

FitDOSM POG 24/09/2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

24 September 2022 - Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah mengadakan aktiviti FitDOSM bagi mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan anggotanya. Aktiviti ini telah diadakan di Gamuda Garden dan disertai oleh semua anggota tetap dan anggota Personel MyStep.






Jom amalkan gaya hidup sihat.
Baca selanjutnya...

22 Sept 2022

Runliga Malaysia Challenge (RMC) 2022 : Tahniah wakil POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sekalung tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Larian Kategori Tertutup DOSM Selangor yang diadakan bersempena acara Runliga Malaysia Challenge (RMC) 2022, khususnya kepada wakil POG yang berjaya memasuki carta antara yang terbaik di kalangan warga DOSM Selangor. Kekalkan momentum anda, kami semua di POG bangga denganmu Pn. 'Ainun Sa'adah dan Pn. Nik Zafifah!
Tahniah dan kekalkan gaya hidup sihat Fit DOSM . Semoga menjadi contoh ikutan kepada warga POG yang lain.




Untuk makluman, R️MC merupakan acara larian maya (virtual run) yang merekodkan jarak larian terkumpul yang mampu dicapai dalam masa sebulan.

Baca selanjutnya...

3 Sept 2022

Road to SSK 2022 : Perlawanan Persahabatan DOSM Selangor vs DOSM Wilayah Persekutuan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

3 September 2022 (Sabtu) - Perlawanan persahabatan antara DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan telah diadakan bertempat di Arena Stadium MBSJ, Subang Jaya. Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk memilih pemain-pemain
terbaik
bagi mewakili pasukan Zon Tengah dalam Sukan Statistik Kebangsaan yang bakal menjelang bulan depan.
Antara acara yang dipertandingkan:
Bola Sepak
Bola Jaring
Bola Tampar (L&W)
Sepak Takraw
Olahraga (L&W)

senamrobik dulu...












Acara pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan meriah. Boleh dikatakan semua bersemangatlah!! Semoga dengan adanya program seperti ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah antara DOSM Selangor dan DOSM WPKL.


Baca selanjutnya...

27 Aug 2022

Jeli Stats Nature Half Marathon (JSNHM) 2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

27 Ogos 2022 (Sabtu) - DOSM Kelantan telah menganjurkan acara larian Jeli Stats Nature Half Marathon (JSNHM) 2022 bertempat di Padang Istiadat Jeli, Kelantan.

Acara yang dipertandingkan adalah bagi kategori 5km, 10km & 21km.




mantap Ketua POG..


mantan POG pun ada...heyheyhey

Tahniah kepada para pemenang JSNHM dan semua yang terlibat menjayakan acara ini.
Tahniah juga buat wakil POG yang turut sama memeriahkan acara larian ini.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.