Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

1 Apr 2022

Majlis Bacaan Yasiin, Ceramah Ihya Ramadan & Perjumpaan Pengarah bersama semua anggota DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1 April 2022 (Jumaat) : Majlis Bacaan Surah Yasiin, Ceramah Ihya' Ramadan dan Perjumpaan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (DOSM Selangor), Puan Hartini binti Yaacob bersama warga DOSM Selangor telah diadakan bertempat di Dewan MBSA Seksyen 13, Shah Alam. 

Turut hadir ialah Encik Sharuddin bin Shafie, Timbalan Pengarah DOSM Selangor dan Encik Mohd Suhaidi bin Abdul Rais, Ketua Penolong Pengarah DOSM Selangor. Seluruh warga DOSM Selangor termasuk dari Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Pejabat Operasi Gombak (POG) hadir pada majlis ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Kahfi dan Yasiin diikuti dengan ceramah Ihya Ramadan oleh penceramah jemputan Ustaz Norazan Bin Abdul Rahman anjuran Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial (KSKS) DOSM Selangor bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba. 





Seterusnya pada majlis ini yang merupakan perjumpaan kali pertama dengan semua warga DOSM Selangor sejak dilantik sebagai Pengarah pada 14 Mac 2022, Puan Hartini telah menyampaikan amanat, nasihat dan pesanan agar semua warga dapat bekerjasama dan melaksanakan kerja dengan baik. Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba juga, Puan Hartini berpesan agar semua warga kerja DOSM Selangor dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik, sucikan hati dan sentiasa menjaga solat.

Pada majlis ini juga, Encik Sharuddin bin Shafie, Timbalan Pengarah DOSM Selangor yang bakal bertukar ke Bahagian Perangkaan Petunjuk Ekonomi berkuatkuasa 1 April 2022, memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga atas kerjasama sepanjang perkhidmatan beliau sejak 1 November 2018 hingga sekarang. Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Encik Sharuddin atas khidmat dan jasa bakti beliau kepada DOSM Selangor.



Majlis bersurai pada jam 12.00 tengah hari selepas menikmati jamuan makan tengah hari.

Baca selanjutnya...

Selamat Datang Pn. Wan Roslida, Timbalan Pengarah baharu DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tahniah kepada Pn. Wan Roslida binti Othman atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor menggantikan En. Sharuddin bin Shafie yang bertukar ke Bahagian Petunjuk Ekonomi, Ibu Pejabat Putrajaya.

Semoga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan meningkatkan perkhidmatan statistik ke peringkat yang lebih tinggi kepada negara.


Selamat datang ke DOSM Selangor dari seluruh warga kerja Pejabat Operasi Gombak.



Terima kasih En. Sharuddin atas segala jasa sepanjang perkhidmatan sebagai Timbalan Pengarah DOSM Selangor bermula 1 November 2018 hingga 31 Mac 2022 di DOSM Selangor...
Selamat maju jaya...

Baca selanjutnya...

29 Mar 2022

Sesi Walkabout Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah DOSM Selangor ke POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

29 Mac 2022 (Selasa) : Sesi Walkabout Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah DOSM Selangor ke Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor (POG). Sesi suaikenal ini disambut oleh Ketua Pejabat Operasi Gombak, Encik Frankie Albert Antau dan semua warga kerja POG. 







Baca selanjutnya...

22 Mar 2022

Selamat Datang (Kembali) Puan Tini; Pengarah Baharu DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya seluruh warga Pejabat Operasi Gombak ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hartini binti Yaacob atas pemangkuan Gred E54 sebagai Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor yang baharu berkuatkuasa mulai 14 Mac 2022.  

Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Pengarah DOSM Negeri Sembilan.

Beliau juga pernah bersama DOSM Selangor sebagai Timbalan Pengarah serta pernah juga memangku tugas-tugas Pengarah DOSM Selangor antara 14 Oktober 2016 - 15 Mac 2017, setelah Pengarah DOSM Selangor ketika itu, Tuan Haji Ibrahim bin Jantan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kanan (JUSA C), Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan (BPHPP) di Ibu Pejabat, Putrajaya.


Kami warga POG mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di DOSM Selangor kepada beliau. Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan baik seterusnya meningkatkan kecemerlangan DOSM Selangor.


Baca selanjutnya...

18 Mar 2022

Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Fadzly, En. Rahim, Pn. Siti Hajar & Pn. Nur Al-Kauthar

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa orang anggota POG di atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Perangkaan E19 ke Gred E22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) berkuatkuasa Julai 2021. 

Anggota-anggota tersebut adalah :

1. En. Mohd Fadzly b. Mohd Noor
2. En. Abdul Rahim b. Shaharuddin
3. Pn. Siti Hajar bt. Tajul Arus
4. Pn. Nur Al-Kauthar bt. Burhan



Sesi penyerahan surat lantikan telah diadakan di Ibu Pejabat DOSM Selangor dan disampaikan oleh Tuan Pengarah, En. Muhammad Amri bin Idris.



* Tiada gambar Pn. Siti Hajar (mengerjakan umrah) & Pn. Nur Al-Kauthar (bercuti)...



Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin 
dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

11 Mar 2022

Salam Perpisahan Pengarah DOSM Selangor, En. Amri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga POG merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris di atas perlantikan sebagai Pengarah DOSM Sabah berkuatkuasa 14 Mac 2022.


Pada 11 Mac 2022 (Jumaat), Tuan Pengarah sempat hadir ke POG bagi menyampaikan amanat dan mengucapkan salam perpisahan kepada warga POG dalam satu majlis ringkas.



Kami warga POG ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas segala jasa, nasihat, tunjuk ajar dan sumbangan yang telah beliau curahkan kepada DOSM Selangor khususnya kepada warga POG sejak menjawat jawatan Pengarah DOSM Selangor pada 16 Mac 2017. 

Mohon maaf atas segala keterlanjuran tingkah laku mahupun tutur kata yang menyinggung perasaan. 

Kami turut mendoakan semoga En. Amri dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, dipermudahkan segala urusan serta terus maju jaya dan lebih cemerlang dalam menjalankan tugas mentadbir DOSM Sabah nanti.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.