Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

24 Jan 2022

Kenaikan Pangkat: Tahniah Pn. Ainun

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 
Puan 'Ainun Sa'adah bt Hj Abdul Rahim di atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ke Gred N22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) berkuatkuasa 14 April 2021. 

Buat masa ini, beliau kekal ditempatkan di Pejabat Operasi Gombak.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

13 Jan 2022

Majlis Perpisahan Cik Syikin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 13 Januari 2022 (Khamis), Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Cik Siti Norasyikin bt Mohd Ghani, Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 yang bertukar dan ditempatkan secara kader di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 4 Januari 2022.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah DOSM Selangor, YBrs. En. Muhammad Amri bin Idris.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua POG, En. Frankie, wakil anggota POG iaitu En. Ali dan En. Azeman serta En. Muhammad Amri yang berkongsi kenangan serta merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan khidmat cemerlang sepanjang Cik Syikin berkhidmat di POG. 

Seterusnya Cik Syikin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang beliau berada di POG. Setelah lebih 8 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 










Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran serta merakamkan terima kasih tidak terhingga atas segala tunjuk ajar, teguran, dorongan dan nasihat yang telah beliau berikan dan mendoakan beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.

Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi   



Baca selanjutnya...

4 Jan 2022

Selamat Datang Puan Shikin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 4 Januari 2022 (Selasa), Puan Norashikin bt Nasokha, Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak. 

Beliau menggantikan Cik Siti Norasyikin bt Mohd Ghani yang bertukar tempat dengan beliau di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur.

Berasal dan menetap di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, beliau telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia selama 10 tahun 6 bulan, sebelum ini beliau ditempatkan bertugas secara kader di MITI.



POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Shikin ke dalam keluarga POG, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...

Survei Penilaian Impak Bencana Banjir Terhadap Tempat Kediaman & Premis Perniagaan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Banjir yang melanda negara sejak 18 Disember 2021 yang lalu telah mengakibatkan banyak kerosakan dan kerugian kepada mereka yang terlibat dengan bencana alam ini.


Justeru, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengambil inisiatif untuk menjalankan Survei Penilaian Impak Bencana Banjir bagi kawasan yang terjejas akibat banjir bermula 30 Disember 2021 sehingga 12 Januari 2022.


Survei ini dijalankan bagi menilai impak bencana banjir dari segi nilai kos kerosakan dan kerugian serta kategori kerosakan di tempat kediaman dan di premis perniagaan atau bukan tempat kediaman.


Warga POG turut terlibat dalam melaksanakan survei ini iaitu di :


Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada 30 Disember 2021 








Taman Sri Muda, Shah Alam pada 4 Januari 2022






Kami warga POG amat bersimpati dan terus mendoakan anda yang terlibat dalam bencana banjir ini supaya dipermudahkan urusan dan tabah menghadapi ujian.


Baca selanjutnya...

3 Jan 2022

Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Rohaizad

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 
En. Rohaizad bin Mohamad Hashim atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Perangkaan Gred E22 secara hakiki berkuatkuasa 3 Januari 2022. 


Beliau kekal ditempatkan di Pejabat Operasi Gombak, di Unit Perkhidmatan & Kewangan.


Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

23 Dec 2021

DOSM Selangor Stats Relief

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bencana banjir luar biasa yang melanda negara khususnya di Selangor pada 18-19 Disember 2021 turut mengakibatkan kediaman beberapa anggota DOSM Selangor ditenggelami banjir, terutamanya di sekitar Shah Alam, Puchong, Kelang, Sepang dan Hulu Langat. 

Bagi meringankan beban anggota yang terkesan akibat banjir, DOSM Selangor Stats Relief digerakkan untuk membantu membersihkan dan mengemas kediaman anggota.

Pada 23 Disember 2021 (Khamis), beberapa anggota Pejabat Operasi Gombak berkesempatan turun padang membantu Encik Kaza bin Abidin, anggota tetap Pejabat Operasi Kajang membersihkan dan mengemas kediaman beliau di Jalan Sungai Lui, Hulu Langat yang turut terkesan.






Terserempak pula dengan pelakon & pelawak Saudara Ebby Yus yang sedang meninjau bekas tapak rumah beliau yang baru saja siap namun musnah dihanyutkan arus.




masih mampu tersenyum... dalam hati siapa yang tahu...


Aktiviti prihatin turun padang ini akan diteruskan sehingga semua warga DOSM Selangor berada dalam keadaan selesa. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua anggota yang terlibat dengan banjir ini dan semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.