Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua POG, En. Frankie, wakil anggota POG iaitu En. Ali dan En. Azeman serta En. Muhammad Amri yang berkongsi kenangan serta merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan khidmat cemerlang sepanjang Cik Syikin berkhidmat di POG.
Seterusnya Cik Syikin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang beliau berada di POG. Setelah lebih 8 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau.
Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran serta merakamkan terima kasih tidak terhingga atas segala tunjuk ajar, teguran, dorongan dan nasihat yang telah beliau berikan dan mendoakan beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.
