Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Rohaizad bin Mohamad Hashim atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Perangkaan Gred E22 secara hakiki berkuatkuasa 3 Januari 2022.
Sepatah Dua Kata
3 Jan 2022
Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Rohaizad
Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Rohaizad bin Mohamad Hashim atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Perangkaan Gred E22 secara hakiki berkuatkuasa 3 Januari 2022.
23 Dec 2021
DOSM Selangor Stats Relief
Pada 23 Disember 2021 (Khamis), beberapa anggota Pejabat Operasi Gombak berkesempatan turun padang membantu Encik Kaza bin Abidin, anggota tetap
Pejabat Operasi Kajang membersihkan dan mengemas kediaman beliau
di Jalan Sungai Lui, Hulu Langat yang turut terkesan.
Terserempak pula dengan pelakon & pelawak Saudara Ebby Yus yang sedang meninjau bekas tapak rumah beliau yang baru saja siap namun musnah dihanyutkan arus.
Aktiviti prihatin turun padang ini akan diteruskan sehingga semua warga DOSM Selangor berada dalam keadaan selesa. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua anggota yang terlibat dengan banjir ini dan semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.
9 Dec 2021
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21 KSKS
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1)
Ucapan Pengerusi KSKS Sesi 2019/2020;
2) Pembentangan dan meluluskan Laporan Tahunan & Laporan Kewangan Tahun Berakhir
28 Februari 2021 KSKS Tahun 2019/2020;
3)
Pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) KSKS Sesi 2019/2020;
4)
Pemilihan AJK KSKS Sesi 2021/2022
Seramai 14 pegawai dan anggota tetap DOSM
Selangor telah diundi oleh majoriti ahli KSKS sebagai AJK KSKS Sesi 2021/2022.
Pengerusi - En. Mohd Shahrizal bin Alias
Naib Pengerusi - En. Mohammad Zamil bin Mansor
Bendahari - Pn. Munerah bt Mohamad Zaman
Setiausaha - En. Muhammed Hafizi bin Muhammed Awam
Penolong Setiausaha - Pn. Nurul Natasha bt Zaki Nazir
Wakil Seksyen & P.O :
Seksyen Rangka & Pemetaan - Mohd Azreel bin Ayub
Seksyen Isi Rumah - En. Mohd Haniff bin Jambari
Seksyen Harga-Harga - Pn. Siti Parikhah bt Badaruddin
Seksyen Industri - En. Mohammad Faizal Hasbi
Seksyen Perkhidmatan - En. Mohd Reza Adha
Seksyen Pentadbiran - En. Magendran a/l Peresami
Seksyen Prosesan - Pn. Rahayu bt Sidek@Maarof
P.O Kajang - En. Mohd Syafiq bin Rosali
P.O Gombak - En. Mohd Rashid bin Ahmad
Program HSN Virtual Aktiviti DOSM Selangor 2021
29 Nov 2021
Selamat Datang Puan Fatiha
Berasal dari Tanah Merah, Kelantan, beliau merupakan salah seorang dari kelompok pengambilan anggota baru bagi mengisi kekosongan jawatan di DOSM seluruh negara. Beliau ditugaskan di Unit Isi Rumah bagi mengisi 1 kekosongan sebelum ini.